week 4218 & 19 october 200818 octoberopen house au3,nilai k15 & bukit mahkota + habib tepat jarum pendek jam di tangan menginjak ke angka 10, aku bergegas amik kunci kereta dan bergerak ke bus stop tepian gelanggan untuk amik ira. dia nak pergi karnival kerjaya kat ukm, aku nak pergi beraya sakan. tapi tetap bawak CV and all the certificate (konon nak cari kerja pas raye la) :p
semasa di dalam perjalan, mahzan call "nani, ko dah sampai mane?" aku baru sampai nilai. sebaik dia letak telefon aku pun memecut kereta ku kerana ku sangkakan dia dah berada di tempat yang dah dijanjikan (pusanika). yelah, tak pernah2 tepati janji, tiba2 dia dah sampai (macam dah sampaila sebab 2 kali dia call aku). alih2 aku sampai kat situ dia kat rumah lagi..
mahzan memang tetap mahzan. tak pernah tepati masa. 45 minit jugaklah aku tunggu kedatangan dia dan viva hijaunya. si dira and asma yang kat south lake city pun dari 1030 dah tunggu kami (si viva hijau). hmmm... tepat kul 12 barulah kami sampai ke destinasi pertam (south lake city aka banar tasik selatan). masuk2 je kereta " kitorg dah macam tugu negara tunggu ko mahzan"...pergh...amik ko...tapi dia mcm biasa la...masuk telinga kiri kuar telinga kanan tak singgah pun kat hati dia...ha3 :(
then jalan punya jalan punya jalan, sampailah ke destinasi utama, rumah abg syuk, open house... adalah 45 minit kami kat situ. spageti, laksa johor n nasi briyani. pastu mahzan drop aku,dira n asma kat lrt setiawangsa, yang sepatutnya ktorg pergi wangsa maju tapi x jumpa jln.. confius dgn direction abg syuk :p
dorg balik umah, aku g masjid jamek (semua house, habib jewel). my parents dah tunggu situ tuk trade in :) dptlah gelang n cincin baru... thank you abah & emak :) aku punya gelang n cincin sebijik mcm adik aku punye... "laaa....sama lagi..mm"
then kami ke bukit mahkota, rumah kenalan lama abah ku. masuk2 je... "eh.eh.macam mana ko ada kat sini"....si fuadi, dak kolej merangkap fakulti ku tapi lain course. dia terkejut, aku pun terkejut...ha2... rupa2nya tu rumah kenalannya :p suspen je sebab aku igt tu umah dia... ha3...
pastu kami g ukm tuk amik kereta yg aku bawak then g nilai rumah kawan ayahku juga di kuarters klia, K15 blok F... pastu terus gi umah maksu kat senawang, aku bawak dgn berhemah sbb ayah ku ikut di belakang.... "he will follow me"... jeng2...
balik umah, mandi then terbongkang tido (tak senonohnya. terbongkang).
19 octoberfelda lui selatan, umah jiran & port dicksonkami bergerak ke felda lui selatan (umah pak long aku), dan perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. untuk beraya. makan2, tido2, tgk tv, balik :) ahaks.... raya sakan tuthen bertolak pulang jam 4 ptg, banyak sungguh kereta di jalan...sampai rumah hampir kul 6 ptg. beraya rumah jiran (open house). tak sempat g rumah dira kat sungai buloh sebab sudah lewat petang. then aku, abah & emak gi port dickson, rumah makcik ku... minggu depan dia wat open house, tapi mak abah x dapat pergi sebab pergi kelantan. aku takut tak sempat sebab minggu depan rakan sekelas ku melangsungkan perkahwinan. sampai rumah jam 10 mlm.
mandi, baring2, gayut...
nak bagi nasihat sikit, kalau korang dah penat tak yahlah gayut lama2...
mcm aku la....penat dia bercerita di hujung talian, tapi aku terlelap...sedar2 je dengar orang jerit "HELLLLOOOOO!!!!" hahahaha... sakitnya hati dia. maaf ye bang, tak sengaja.ngantuk sgt :p
habis dah...tak menarik pun tapi saje je post ngarut2...
bye2