CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Tuesday, October 11

:: baby bjorn ::

baby bjorn

ada apa dengan baby bjorn?
dulu aku tersangatlah EXCITED nak memiliki baby bjorn
bukan sebab branded
bukan sebab famous errr famous kah?
tapi sebab aku tengok ianya semacam selesa
selesa...
di tambah plak dekat website dorg, yg product dorg ni dah dirujuk pada yang pakar
sesuai untuk anak
sesuai untuk parents duk angkat anak lah kan

aku beli active carrier
memang excited gile
dan aku baru guna sekali dekat fahyim

mula2
ini review aku eh
gile berat fahyim ni
sakit jugaklah bahu aku
lenguh gakla lama2 kan
tapi dia boleh bantai tido zzzzzzzz
TETAPI, sakit kat bahu tu tak terbawa2 sampai keesokan harinya...

hmm..
sekarang, agak menyesal pun ada kenapa setiap kali aku beli barang..lepas beli baru tau keburukannya hah!!!!
takdela keburukan
tapi aku rasa bila melibatkan tulang belakang anak
ianya teruk okeyh

hari ni... berguna kan fb ni..macam2 di discuss sampai pening
ada one mom discuss about babywearing
so aku ckp la aku guna bjorn...dulu guna sling ni yg kena guna balik ring sling nih
so, dia cakap bjorn (crotch carrier) ni tak elok utk spine
mula2 aku igt spine mak bapak
so, aku pun jointlah babywearing group
aku tanye if any evidence tentang crotch & spine nih
so...sementara tunggu jawapan aku jumpa la....artikel..from baby bjorn jugak - claim as pandangan daripada pakar
dan dorg (babywearing group) pun bagi jawapan
siap bagi link
dan
dan
dan
dan
menyebabkan aku tersangatlah menyesal

sepatutnya baby kalau duduk dlm carrier tu dalam M-position
macam time kite dukung baby lah...M position, kaki tak terjuntai
macam jugak orang dulu2 letak baby dalam kain batik...still M-position

WHY? WHY? WHY?
kenapalah tak terlintas langsung benda2 nih...
adeh lagi!!!!!!!

huh!
what should i do?
should i let go bjourn? baru guna sekali beb...
should i buy new carrier...which means mei-tai, SSC and whatsoever out there?
or letgo bjourn...don't buy anything...use your stroller meh

camno nih...
tak dapek nak pikir dah

Tuesday, May 31

:: 13 May 2011 ::

Salam
Tanggal 13 Mei 2011 adalah hari bersejarah buat aku dan suami ku...
Lahirlah zuriat kami pada jam 4.09petang dengan berat 2.85kg di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Diberi nama Muhammad Nur Fahyim

Orang cakap nak bersalin ni sakit
Aku ingat sakit waktu nak mengeluarkannya
Rupe2nya sakit contraction
gile sakit...tapi alhamdulillah, sakit ku tak lama...hanya memakan masa 8 jam sahaja...
walaupun doktor dan nurse kat situ tak percaya ckp aku dan buat aku sakit hati
tapi alhamdulillah proses kelahiran berjalan dengan lancar

mudah2an Fahyim jadi anak yang soleh buat ayah dan ibu
amin

Monday, January 3

:: kandunganku berusia 5 bulan ::

tu jelah nak bagitau
baby dalam perutku dah berusia 5 bulan
maknanya lagi 4 bulan ++ la baby nak lihat dunia
semoga aku selamat hendaknya
dan zuriat kami sihat hendaknya
jangkaan bersalin 19 Mei 2011
hari terakhir 2010, kami (aku + husband) pergi ke klinik pakar wanita
klinik sukhilmi tu
the doctor is very nice, peramah.. tapi lelaki lah..
aku datang bukan nak buat monthly check up dgn dia
just nak scan tengok baby aku macam mana
first time pregnant mestilah excited lebih kann
heeee
moment aku and husband tengok baby tu
serasa nak menangis je...
dia sangat aktif..asyik bergerak je..
doktor check semua
alhamdulillah cukup sifat, sihat dan takde masalah
jantina pun dah nampak
"doktor rasa, 60% lah... baby ni ************************* "
rahsia lah! lagipun aku taknak excited sangat..sebab kabur lagi
so tunggu 7 bulan..nak scan lagi
sampai ke rumah aku tersenyum je...syukran jazilan ya Allah
terbayang2 macam mana keadaan baby dalam perut aku ni
sampai aku cakap kat laki aku
"abg, kalau lah mesin tu murah, boleh beli, hari2 nak scan tengok baby dalam perut ni"
so sweet...
sangat comel...
tak sabar nak tunggu bulan lima...
oh ye..
sekarang dah boleh mula berbual dengan baby
bagi dengar ayat2 Quran selalu
mudah2an baby dengar semua tu
percakapan pun kena jaga
hmmm...
now i'm speechless...

Thursday, October 28

:: kakak besar ::

Okey…tengok tajuk ye…

Hari ni…baru je kejap tadi…satu kejadian telah berlaku…membuatkan aku sangat malu…sampai rase nak nyorok bawah meja…

Tulah padahnye kalau syok sgt berskype dgn coworkers yang lain…

Macam nilah ceritanya…

Aku email dekat bos…bukan big bos..office manager aku lah…tye psl client inquiries ni…so, dia tak suka discuss by email…lepas dia dah baca email..hajat di hati nak jumpa dia lah kann…

Dengan gagahnye aku bangun..tp tengok dia dah amik purse dgn hp, out for lunch (OM aku ni suke rehat lambat)…tak tau kenapa…

So aku dudukla balik..terus click kat skype dgn coworkers aku tuh…dan taip..

baru nak jumpa kakak besar..dah kuar makan” ....SEND....

tup tup..apsal lain je nih..rupenya aku hntr kat OM itu..oh tidakkkkkkk (dah kemaluan dah ni)

cepat2 aku tulis balik…

“sorry XXXX”
“I want to see you, then you go out for lunch”

aku pun p la solat..doa byk2 agar tak kena marah ke ape ke kann…dgn harapan balik solat dia dah ada…

dia pun dah balik,,,cepat je aku g bilik jmpa dia…dia br sudah baca skype aku sambil tersengih2 tengok aku…

aku dgn muka takde perasaan, muka orang tak bersalah (tp dah tak tahan nak tergelak nieh)..jmpa dia discuss…

hahaha…pastu aku kuar dia sengih je pandang aku…

tq kakak besar….tak marah…

moral of the story…jangan duk ralit no berskyping sewaktu bekerja… dan jgn sesukati panggil gelaran kat org...

Sunday, February 21

:: pisang buah 2 kali ke tak? ::

dahulu.saya ada seorang rakan. dan boleh dikatakan agak baik jugaklah.
tetapi dia telah menikam saya dari belakang (mujur tidak mati).
mengkhianati perhubungan persahabatan.
selepas itu saya tidak berjumpa dengan dia lagi.
sehinggala 2 tahun yang lepas tiba2 dia muncul kembali.
fobia saya datang kembali. (takut wooo)
takut pisang berbuah dua kali (pisang memang tak berbuah dua kali eh?? setahu aku jagung ye la.tp jagung tu buah ke?)
hari ini dia sms kepada saya bertanyakan soalan.
dia rasa seperti dipinggirkan (sebab byk benda x share dgn dia...aku tunang pun br tau)
dia bertanya beberapa soalan.
aku lagak seperti artis...aku jawab "no komen"
jahat kah aku?
aku sangat fobia dengan dia.
aku cakap kita kawan jela cam biasa.cuma dah lama x jumpa rasa janggal (janggal dalam english ape eh??)
he3...pastu dia senyap.x reply dah.terasa ke beb.

untuk pengetahuan dia..aku dah maafkan dia..benda dah lama.. dah 9 tahun dah weiii...

aku dan maafkan ko...tapi untuk menjadi sahabat sekali lagi...aku xkan fikirkan..ape2pun kita tetap berkawan...

Thursday, October 22

~ pengalaman pertama ~

aha! pengalaman pertama, setelah aku mengidam betul2 nak jadi cikgu kan...

that's it...

mula2 nak relief cikgu utk settle keje, alih2 kena jadi guru ganti untuk cikgu yang bersalin.. mujur dah akhir tahun... silibus dah habis... just buat revision je... minggu lusa exam.. (ada ke minggu lusa?).. ha ha ha...

1st masuk kelas, tahun 1 plak tu, nak2 budak2 kia2m... pergh... mula2 nak gelak gak.. last2 hangin gak laa... tp xpe... kusabarkan diri melayan mereka, tak perlu marah2 sangat..sakit kang...

semalam aku buat kemahiran membaca...

em a en gi ... mang... gi a... gis...manggis.... (faham dak?.. aku suh eja mangga, bukan manggis)...

pastu saje la letak gmbr mangga sebelah tulisan nanas...nak tau x apa jadi... n a. . . na... n a s ...nas...mangga... aku pun... SALAH!!!!

'betul la cikgu...ni kan gambar mangga...'....ahahaha...comel la tuh...

sabar2...

hari ni wat membaca lagi... ayat mudah...

Ini bola.
Ini bola Faizal.
Bola Faizal bulat.
Faizal ada 3 biji bola.
Faizal bermain bola di padang.

'cikgu, kenapa letak nama saya?'.... aku senyum jela... sebab time wat ayat2 ni aku x tau pun ada budak nama Faizal...ahahaha...

actually, copy & paste jeee...

anak2, rajin2kan membaca okeee....

esok kite bertempik lagi...lalalala...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...