CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 20

~ merisik ~

merisik.
apa yang anda tahu pasal merisik?

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.


Cincin belah rotan

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


(dipetik daripada http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm )

merisik?

ye.
aku dah dirisik semalam.
alhamdulillah.
semoga segalanya dipermudahkanNya.

Saturday, November 7

~ career fair ~

ATTENTION!

CAREER FAIR
PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC)
13 - 15 NOVEMBER

Thursday, November 5

~ pergi dah ~

ello. tau kan aku ada sorg abg je. dia dah pergi mozambique. flight 2.30 am, 5 nov... sekarang tak tau dia dah sampai ke belum....

semoga selamat pergi... dan selamat balik (7 jan 2010)... solat jangan tinggal... jangan duk perabih duit je... igt duit tu turun dari langit ke??? haih! (dalam nada marah ok)...

ha.. tu je la nak kasi tau...

so, the only one brother xde 2 bulan... (tinggal abg ipar je).. keretanya ditinggal2kan dan akan dibelasah cukup2 oleh the only adik yg aku ada... habihla...

adik, ko drive sorg2... xmo ikot... takut...

ok la... bosan... want to start herbalife again.. tapi x taula kali ni camne... hope my coach wannabe I boleh ajar saya ya gimana mau guna herbalife tu dgn cara yang betul dan berkesan...

p/s : hidup sihat. hati selamat. minda cergas. ibadah insya Allah sempurna.

Mudah2an segalanya dipermudahkanNya... amin


Tuesday, November 3

~ apa? tak sambung? ~

bila mendapat berita ini, walaupun ianya tidak pasti lagi, tapi bagi aku, aku memang dah agak dah kontrak tak sambung. cara MEREKA layan persoalan kami... cara MEREKA tidak menggambarkan yang kami ni bekerja untuk mereka. apa yang pasti cukup bukan dapat gaji... walaupun lambat, mereka tetap memberi kami gaji.

mula2 aku dapat offer kerja ni, aku terima sebab dia kata kontrak. but aku assume kontrak yang renew yearly la. tapi masa taklimat dia cakap kontrak under pakej... what the ????? hmmm... kerja jela... sebab dah resign kan kerja lama... kerja pun matlamat masing2 takde... kami dibiarkan terkontang kanting menyelesaikan masalah kami sendiri... tiada feedback dari MEREKA.... kami semua buat kerja syok sendiri... sampai ada org cakap kami kerja goyang kaki...

ye.. tidak dinafikan...sampai satu tahap... memang takde kerja... bile ada kerja... mmg banyak... dan bile kerja banyakla... kakitangan2 lain mula memberi kerja yang luar bidang... nasibla... kerja kontrak.. ikut je la...

pagi tadi dapat berita yang kontrak tidak akan disambung... itu aku dah agak sebab 70% tidak sambung dan 30% akan sambung... orang lain (yang seangkatan dgnku) akan marah kalau aku utarakan pendapat yang kontrak maybe tak sambung sebab i feel it ok...

dan ianya menjadi kenyataan.

permasalahan sekarang adalah mencari kerja baru.

kerja baru yang stabil.

yang tetap.

yang tidak memerlukan aku untuk bertukar2 kerja dan majikan.

aku sudah bosan.

bosan.

bosan.

tapi hidup perlukan duit.

kalau tak. kita TAK HIDUP...

p/s : semoga doaku untuk mendapat pekerjaan yang tetap berhasil. Insya Allah.

Tuesday, October 27

~ kesedaran ~

salam. kesedaran tentang ape? hari ni tulang belakang ku sangat sakit2 dan lenguh2. ya. memang aku TIDAK SUKA minum susu. nak2 susu warna putih dan yang berbau susu itu. yark. minum seteguk je. lebih aku buang dalam sink. dulu, pernah try anlene coklat. mujur beli small packaging. try minum. huish! tak sedap langsung. tak dapat diterima oleh tekak. aku pun bertanya2 dan searching pada mr. google. dan akhirnya aku jumpa ANLENE CONCENTRATE. so, wanna try it. maybe nak beli. tomorrow kot. so, kena kuarkan la duit. isk2... duit dah takde ni. gaji lambat lagi nieh. gara2 membeli barang lari daripada bajet. tiap2 bulan macam tu kan.

ini kesedaran yang ke2 untuk hari ini setelah aku mengira2 duit yang tinggal dalam purse ku. tak sampai RM50. minyak dah tinggal suku je. cukup 2 hari. mana nak cekau duit ni. hmmm... bila berkeadaan sebegini, mula la berfikir.. 'tula, beli macam2. out of budget plak tuh. fikirkan betul2 antara keperluan dan kehendak.'.. tapi, nila manusia... ada yang menghasut suruh membuat pembaziran. iman tak kuat lah tu. mujur aku dah tak berminat nak beli kasut2, baju2 dan seangkatan dengannya. so, harap belanjawan untuk bulan november tidak lari jauh la kan. banyak expenses bulan depan ni. so, less shopping & maintain my saving... pergh! cubaan!

okeylah... kesedaran yang ke3 untuk hari ini... mata dah mengantuk, saya nak tidur. selamat malam.

harapan : semoga tulang ku tidak sengal dan sakit lagi bila bangun esok pagi. nanti effect kat anak murid. yay!

Thursday, October 22

~ pengalaman pertama ~

aha! pengalaman pertama, setelah aku mengidam betul2 nak jadi cikgu kan...

that's it...

mula2 nak relief cikgu utk settle keje, alih2 kena jadi guru ganti untuk cikgu yang bersalin.. mujur dah akhir tahun... silibus dah habis... just buat revision je... minggu lusa exam.. (ada ke minggu lusa?).. ha ha ha...

1st masuk kelas, tahun 1 plak tu, nak2 budak2 kia2m... pergh... mula2 nak gelak gak.. last2 hangin gak laa... tp xpe... kusabarkan diri melayan mereka, tak perlu marah2 sangat..sakit kang...

semalam aku buat kemahiran membaca...

em a en gi ... mang... gi a... gis...manggis.... (faham dak?.. aku suh eja mangga, bukan manggis)...

pastu saje la letak gmbr mangga sebelah tulisan nanas...nak tau x apa jadi... n a. . . na... n a s ...nas...mangga... aku pun... SALAH!!!!

'betul la cikgu...ni kan gambar mangga...'....ahahaha...comel la tuh...

sabar2...

hari ni wat membaca lagi... ayat mudah...

Ini bola.
Ini bola Faizal.
Bola Faizal bulat.
Faizal ada 3 biji bola.
Faizal bermain bola di padang.

'cikgu, kenapa letak nama saya?'.... aku senyum jela... sebab time wat ayat2 ni aku x tau pun ada budak nama Faizal...ahahaha...

actually, copy & paste jeee...

anak2, rajin2kan membaca okeee....

esok kite bertempik lagi...lalalala...



Tuesday, October 20

~ hari ini ~

apa topik hari ini?

masih belum difikirkan.

kepala asyik memikirkan bagaimana mahu mencari duit dengan banyak dalam tempoh 7 bulan ni.

dan bagaimana mahu mendapatkan pekerjaan yang tetap dan menjamin masa depan.

dan...

saya mahu main the sims 3.

bye3

Monday, October 19

~ isu ~

Salam. nampaknya sudah sebulan aku tidak mengemaskini blog ku ini. tidak punya idea hendak menulis ape. nak tulis catatan harian terasa membosankan kerana hari2 kulalui adalah sama, dan tidak ada cerit yang menarik. tadi membaca blog ntah sapa2 yang tidak ku kenali. google je.. then jumpa... then baca...

lately ni bila adanya majlis perkahwinan, ku lihat, anak2 remaja sekarang (termasuk mak2 dan makcik2 nya)... tidak berpakaian kebangsaan... memang takde dalam undang2 pun wajib pakai baju kurung (kebangsaan) sewaktu majlis perkahwinan, tetapi bagi aku tidak manis jika kita ke majlis perkahwinan dengan jeans + tshirt / blouse... untuk perempuan laaa... kan manis berbaju kurung... berbaju kebaya... kanak2 mengenakan gaun adalah fesyen mereka... tetapi akhir2 ini kerap aku lihat berpakaian macam nak pergi window shopping... mungkin dah bosan agaknya berbaju kurung... ape nak jadi kan...

dan semakin banyak kes isu pembuangan bayi... tadi di sekolah kami mengetengahkan isu ni... orang yang berzina ni, terus je dapat baby (mengandung)... orang yang dah kawin, betul2 nakkan zuriat, tidak dapat... ya, ianya bergantung pada ketetapanNya... tapi, tak sedar ke.. yang lahirkan anak luar nikah tu, dahla dosa berzina, pastu dosa buang anak lagi, kalau anak mati, tak ke dah dosa membunuh (walaupun secara tidak sengaja)... nauzubillah... dunia semakin hari semakin panas... tanda2 akhir zaman pun dah nampak... taktaulah mana lagi berat... kiri ke kanan, mudah2an kanan la kan... Insya Allah...

tak taula bile dapat mengelilingi kaabah... semoga tercapai sebelum ajalku tiba... insya Allah...

p/s : bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka (pesanan untuk diri sendiri dan rakan2 ku).. semoga kita di jalan yang benar... mudah2an hidup dirahmatiNya...

Thursday, September 17

assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, hari ni hari ke-27 (malam 28) kita semua umat Islam berpuasa. Shukur ke hadrat Ilahi dipanjangkan umur untuk menyambut Syawal beberapa hari lagi.

Syawal dah nak dekat... macam mana persiapan semua?
Seluar, tshirt, kasut, belt semua dah beli.
Baju kurung??? in progress.. matila camni. baru siap dua je..takkan raya dua hari kot... paling kurang nak 5 pasang baju kurung...

ni tengah takde mood nak menjahit... dengan sakit purut nye lagi..
diorg sume p seremban parade... mls nak ikut. sakit perut + menjimatkan duit...

di kesempatan ini, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin, maaf tersalah kata, tersalah ungkap, dan segala2nya (ada ke orang baca blog aku nih???)

To all DRIVERS - berhati2 di jalan raya, ingatlah orang tersayang... xpun ingatlah nyawa sendiri dan ingatlah orang yang sayang kat korang sume...

SALAM SYAWAL... biar lambat asal selamat (agak lambat tu tolongla jangan duk lane kanan sekali ye)...

Sunday, September 6

~ iftar di village view (reko) ~

aku gerak dari rumah jam 11 pagi... sebab nak pergi jalan2 tanpa arah tuju di alamanda... huhuhu.. pose2 ni buang masa plak dia... orang yang ajak g alamanda tak beli pape pun... duit aku plak yg habis... dekat RM100 gak la... tp takpe... benda berfaedah... gi mengkayakan mph... huk2...

beli buku NUMBERS ZOO untuk birthday ain... AKU TERIMA NIKAHNYA 2 - BERCINTA SAMPAI KE SYURGA... yang tak menahan tu, aku beli buku MEMASAK ITU MUDAH... (tak teragak je...) dialog aku n rahmah...

aku : mah, ko rasa buku ni leh membantu aku ke minat masak?
mah : boleh... tu pun kalau kau baca...

aha... aku ni beli je buku... tp x baca2... last,last,last month (x ingat bila)... beli gak buku... 2 buah lagi... tapi x habis baca pun lagi... haish!

then, kumpul semua orang... dan bond mengajak kami tengok movie... d sebabkan tiada arah tuju, aku pun setuju jela.... kami tengok THE FINAL DESTINATION...

pastu bergerak ke ukm menunaikan solat asar dan seterusnya bergerak ke village view (reko) untuk berbuka puasa...

*abg syuk *kak asmah *aku
*bond *kak syana *asmaa'
*zul *nabila *fariha
*hakim *dira *ct


kami makan2, makan kek (birthday untuk semua org), n meeting for next trip... langkawi maybe... insya Allah... harapnye dapat keizinan dari dia...

k la... nak tidur...

oh ya...tahniah to STTJ sebab berjaya buat reunion buka pose di village view... ramai ku lihat... bagus... penglibatan yang menggalakkan... macam nila kite nak... walaupun x join, tp ku lihat dari jauh jela...menjenguk 2 kali sahaja (sampai dan pulang)...

nite everybody...jgn lupa bangun sahur sok...

Thursday, September 3

~ tiada arah tuju ~

salam.

tujuan entri ni adalah TIADA TUJUAN... TIADA ARAH TUJU... main ketuk2 keyboard je... ape yg terlintas di hati, itulah yang aku taip...

sekarang sedang menemani anak buahku tidur. ini kerana mak abah dia pergi ke pasar malam ampangan. jadinya, aku pun berbaring dan bermalas-malasan di bilik anak buahku yg berusia 1 tahun (11 sept nanti)... sambil membawa notebook kepunyaan emakku... mujur streamyx wireless abangku binakan... hua2... kalau tak berebutlah seisi rumah dengan komputer dan talian internet yang satu itu (tanpa wireless)...

tapi bila dah ada wireless ni, semua duk terperap je... nasib tak semua seisi rumah mempunyai laptop. kalau tak... tak dapek den nak nolong... huhuhu..

betul tak??? entri ku ini tiada arah tuju. aku terasa sangat bosan. nak lipat kain MALAS. nak jahit baju MALAS. nak pack tudung untuk dijual, SEBENTAR lagi setelah parents ain insyirah pulang. ini kerana mahu bawa ke tempat kerja esok untuk dijaja pada teman2 sekerja.

mahu tudung??? ala-ala ariani tu la... harga antara RM45-RM70. bergantung pada jenis kain yang digunakan. buatan sendiri. saya merasakan saya tidak sesuai mengenakan tudung tersebut kerana muka ku yang kecil dan leherku yang jinjang... jadinya so funny... entahla.. tp kalau nak ke mana2 aku sarung je... mudah di pakai ke mana2. tak perlu amik brooch.. cucuk2 kat tudung bawal tu... hik hik hik...

ape lagi ekkk... hmm... hari ni dah hari ke 13 kita semua umat islam berpuasa. dah berapa banyak amalan buat? aku takdela banyak pun. masih tidak insaf (mengaku seh! jujur pada diri sendiri)... baju raya dah beli (tshirt & seluar)... kasut raya pun sudah (white sandel, carlo rino)... baju kurung... jeng jeng jeng... no mood la nak potong and jahit baju.. sape2 nak amik tempahan? tolongla aku ni... dah malas tahap gaban nieh... hmmm... lagi 2 minggu suku nak raya... camno??? nampaknya mau baju raya tahun lepas, jadi baju raya tahun depan... tahun ni mau 2,3,4,5 helai je yang siap... mujur jahit sendiri... jimat kos kan... kalau tak.. mau sehelai setahun je..

okeylah... dah blank... ngantuk plak tengok insyirah tidur bersumbatkan puting nya.. (pandai dia pusing puting tu kalau salah, even mata dia terpejam rapat)...

kepada yang belum shopping raya... berpada-padalah... jimat cermat ye... jangan boros... amalan syaitan... memandangkan syaitan takde d bulan puasa ni, kalau still boros... that mean anda memang seorang yg pemboros sentiasa... bukan tunggu event je.. memang pemboros...

oklah kengkawan...
selamat menjalani ibadah puasa...
selamat bershopping dan...
selamatkanlah duit anda dari pembaziran...

sekian... terima kasih...

Monday, August 31

~ bosan di kala bercuti sekolah ~

salam.

aku tak tau nak post apa untuk kali ni. bosan. entahla. feel untuk menulis dan menekan2 keyboard dah takde. semangatku luntur.

memandangkan rancangan sempena cuti sekolah adalah menyiapkan beberapa pasang baju kurung, namun, sepasang pun aku tak siap. usik gunting pun tidak. hush! kerana menjaga ain dan merehatkan diri secukup2nya. ain tidur, aku tidur... minggu yg sangat malas. mujur bulan puasa. kalau tak ~ aktivitiku adalah menternak lemak.

hari sabtu adalah hari pertama di bulan ramadhan aku ke bazar - pasar ramadhan (param). aku ke paroi jaya (stadium)... mujur x rambang mata. dan mujur tidak melayan nafsuku. agakla... hahaha... tak banyak pun beli. just beli murtabak (mak kirim), taufufa (abah kirim), kuih cara dan air bliss (kegemaran seisi rumah)... tu jela...

hari ahad aku dan fairiz ke alamanda. tujuan ~ mencari cincin tunang di habib jewel. sebab aku nak sangat habib ok. tapi bak kata fairiz "apa yg kita nak, mesti x dpt" ... ayat tu sesuai untuk aku semalam. nak cincin habib, x banyak choice... beli kat tomei... nak sandel hitam xde saiz...beli sandel putih... nak slack jenis kain x jumpa2, beli khakis... nak baju hijau, fairiz cakap macam mak orang...beli baju lain..wakakaka...huk2... nak burger king pun x dpt sebab makan pizza untuk berbuka macam nak muntah...alhamdulillah. segala2nya selesai sudah.

hari ni, isnin, hari merdeka... aku dan adik beradikku ke midvalley. sangat penat. sebab ~ berkejar2an dengan ain... heee... x snap gambar pun... x ingat pun sebenarnya. tujuan ~ nak beli belt dan burger king (kelakar tak???)... belt tak dpt... mujur burger king dpt.. teringin... kat seremban xde...

tu jelah...

esok mula kerja setelah seminggu bercuti dan bermalas2an di rumah...

oh ya... ada attend interview sewaktu cuti sekolah. start kerja 1 jan 2010. itupun klu aku nak la..

nite..

salam..

Sunday, August 23

~ Majlis Berbuka Puasa ~

Salam. Satu majlis berbuka puasa akan diadakan.

TARIKH : 5 SEPT 2009
MASA : AZAN MAGHRIB
TEMPAT : VILLAGE VIEW, BANGI

kepada geng2 yang g trip hari tu + geng2 yang sekepala... jom kita buka puasa ramai2. tapi kena ada yang volunteer. ni cadangan cik asmaa' dan en zul...

sape boleh handle? kalau boleh yang berdekatan la. mudah hendak uruskan segalanya.

abg syuk, deli, zul, hakim, bond, nani, dira, min, asmaa, ct, kak sab, kak huda, rahmah, mahzan, ann dll...

p/s:vacation to PD by the end of this year... proceed or cancel?? keadaan persekitaran perlu di ambil kira...


~ minggu2 yang berlalu ~

salam. lama rasanya tidak mengemaskini blog ini. pertama sekali, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Semoga kita dirahmatiNya dan semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita.

Minggu lepas, ada perkhemahan badan beruniform di sekolah. Saya terlibat di sebelah malam sahaja. Dua malam tidur di sekolah. Emak saya demam. Sabtu malam saya dah batuk2, ditambah pula dengan aktiviti jangan pandang belakang. Gagahkan diri walau tahu badan tidak enak. Amanah harus dijalankan selagi mampu. Balik dari perkhemahan, terus terbaring. Demam sudah. Jumpa doktor. Dapatla mc 3 hari. Jadinya saya hanya ke sekolah 2 hari sahaja. Itupun tak larat. Sehingga ke hari ini, batuk dan selesema saya masih ada. Demam alhamdulillah sudah kebah. Sekarang harus berhati2 kerana virus influenza A merebak. Antibodi kena kuat. Tidak lupa memohon kepadaNya.

kepada yang demam di luar sana, makan ubat ikut saranan tuan doktor ye. Mahu cepat sembuh? Rajin2 makan ubat (bukan macam saya, skrg skip2)... bile nak baik??

mujur cuti sekolah ~ ~ ~

ok...selamat berpuasa

Sunday, August 9

~ congratz to FARA & APEND ~

Salam. first of all I want to congratulate Faranadia (fara) & her husband Mohd Affendy (apend).

Tahniah dan semoga kekal ke akhir hayat, dan selamat menempuh bahtera berumah tangga.

07.08.09 ~ majlis pernikahan berlangsung di rumah fara. sekitar jam 930 malam. mereka mengenakan buasana berwarna putih sempena majlis pernikahan mereka.

08.08.09 ~ resepsi di rumah sebelah perempuan (garden homes, seremban 2). mereka mengenakan busana berwarna oren. nice colour.

09.09.09 ~ resepsi di rumah sebelah lelaki (taman murugasu, ampangan). mereka mengenakan busana berwarna biru. sangat cantik & saya sangat berkenan dengan pelaminnya.

nanti saya upload gmbr next n3 ok..

chau

Monday, August 3

~ saya akan sangat bosan ~


ni n3 sajesuke..

saya bakal sangat bosan bermula esok sehingga hari ahad kerana kekasih hatiku sangat sibuk dengan MERDEKA MILLENNIUM RACE 2009 (6-8 AUGUST) di litar sepang.

jadi saya tidak boleh seperti biasa :
1) ber'sms' dengan dia
2) calling2 dia ~ walaupun sekadar ckp "saje je tepon"

jadinya ~ saya hanya perlu tunggu dan tunggu sehingga dia sms atau tepon saya

jom ramai2 tengok racing... sape nak pergi ajak aku ye..

p/s: dia mewakili HONDA RACING as a pit crew not a driver...

~ dari dekat jadi jauh ~

assalamualaikum.

sepatutnya aku post n3 ni semalam. tapi baru sekarang berkesempatan ngadap laptop and menekan2 keyboard ni.

semalam actually ada kenduri di sg. pelek, sepang. (TAHNIAH! SHAHIR & MUNEERAH. SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT)

sebenar-benarnya aku decide tak pergi (atas sebab2 tertentu). then early in the morning aku jaga anak buah aku tu, sambung tidur sebelah dia... then aku pun kemas2 rumah (melipat kain yang bertimbun2 untuk seisi rumah)... pastu tetiba kul 1115 si husna sms aku

"nani.ko pergi x umah munee?" haha...gelak aku... sebab setelah ber'sms' kami membuat keputusan untuk pergi. apa lagi...siap2 cepat and aku amik huse' n adiknya di rumahnya (taman guru)... ku pikirkan rumahnya di nilai. bajet perjalanan adalah sejam. tp semuanya main redah je kan...

SEREMBAN >> nilai >> kuala langat >> banting >> tanjong sepat >> SG PELEK >>
port dickson >> SEREMBAN

(seremban >> labu >> sg. pelek) ~ septunya ye kawan2

kitaorang berjalan sambil tengok peta, sambil tanye orang, sambil berenti kat petrol pam . . nak tau tak time tu ktorg dah kat mane?? kami menuju ke banting.. banting ok..tak ke jauh jadinya tu... sampai ke kanchong darat... macam nak balik kampung aku plak... siap lalu morib lagi.. barula kami sampai ke destinasi... perjalanan mengambil masa 2 jam..gilak ah..seb baik keteku tak buat hal... (sila rujuk peta di atas bagaimana kami berpusing2)

sebelum pulang aku bertanya pada tuan rumah (munee) jalan balik yang sonang... dia suh masuk LBJ...okeyh...tapi kami ni yg 'arif' dengan geografi negeri sembilan... menonong jela pergi PD... sebab konfius antara PD dan salak selatan... (anda akan jumpa salak selatan sebelum LBJ ok) dan kami pun terlajak la sampai PD... singgahla umah makcik ku...

hehe...perjalanan balik x sampai sejam pun...aiseh! kalau ku tahu makcik ku tahu tempatnya..aku tanye awal2...

moral of the story
1) jangan decide last minute, esp tempat yg korang tak arif.
2) tengok peta betul2, survey...supaya tak menyasar jauhhhhh....
3) bak kata huse' "kita ni perlukan kekuatan mental agar tak sesat jauh"

~adios...aku nak tido~

Thursday, July 23

~fadhilat syaaban~

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

resources from Al-Azim.com

p/s : sekarang dah Syaaban...pastu Ramadhan...for those yang masih belum habis ganti puasa, cepat2la ye...


Monday, July 20

~ kegiatan ain insyirah ~




nama di beri ain insyirah. lahir pada 11 september 2008. barangkali semua mudah ingat, itu adalah tragedi WTC 11/9... kebetulan kan...
hehe...sekarang dia dah pun berumur 10 bulan dan kami sangat suke menyakat dan mengacau dia.. ni aku amik pic antara kegiatan yg adventure dilakukan sendirian...

dia memanjat meja di bawah meja komputer...


ha...u see...ape dia buat tuh...dia sangat suke pergi situ dengan pergi tangga...

ni gmbr g kenduri semalam...


ain with mak nani

ni bantal flower yang aku belikan untuk ain insyirah... 70% that's y la mak nani belikan untuk ain..






Saturday, July 18

ANNOUNCEMENT - to geng2 trip cameron hari tu

ANNOUNCEMENT!!

To all ye...
Abg Shuk (cikgu)
Kak Huda (cikgu wannabe)
Kak Sab (unknown)
Zul (unknown)
Hakim (huawei)
Bond (unknown)
Deli (tnb)
dira (wvb)
asma (wvb)
rahmah (RA)
mahzan (RA)
nani (che'gu kontrak)
min (exec bank) sorry tertinggal nama ko..he3
ct tekno...

lagi sape nama tertinggal???

memandangkan perancangan ke pulau jerejak x bergerak... dan cadangan untuk buat di PD pun tidak bergerak (AHMAD FIRDAUS HAKIM!!!!)...kan...

so, maka dengan ini saya mencadangkan agar vacation ke PD berlangsung bulan 11 @ 12 . . .

mahu @ tidak??????

Thursday, July 16

~harry potter & half-blood prince~

1st sekali, hari ni tgk wayang macam tgk tv kat hostel. memekak je budak2 tkc tu. bayangkan la hampir half seat tu sume dak tkc. dgn masuk lambatnye. klu part memang patut gelak, jerit and so on..xdela kesssaaahhh kan...tp...alahai...sampai ada org ckp 'patutla bising. budak2 sekolah' :) walaupun aku pernah jadi budak sekolah, tp jaga2 la sket org awam yg lain . . . ini keluar je mamat hensem macam2 bunyi dengar... nak2 lagi bile part peluk2...kiss2 tu...lagi la...alahai dik...nak memekak mcm tu tgkla kat rumah/hostel... klu korg sek biasa xpe...ni TKC beb... dengan pakai uniform nye... tau x kat dlm tu ada pembaca berita... hmmm... sekolah gah, jaga nama...1st time la aku tgk wayang... org2 lain sume suh senyap 'sssshhhhhhhhhhhhhhh!'. . . klu tkc-ian terbaca my blog ni, sori la...d sebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga... len kali nak memekak mcm tu, smpi mall je g tukar baju, so then xde org leh recognize u all sume tu dari mana...setakat 10 org xpela...separuh hall beb...kuang2...rosak fokus aku...sampai adik aku ckp 'nak kena tgk again.sebab diorg memekak'... kui2...

oklah...nak cerita pasal HP sebenarnya...

Draco Malfoy dah join death eaters... mission - hapuskan dumbledore...
Tom Riddle is a Voldermort... x student hogwarts...
at last, dumbledore mati, Prof Snape yg bunuh...
n prof snape adlh half-blood prince...
death eater berjaya masuk hogwarts...to be continued...last film will be...???

hahaha...mls la nak cite byk2...bg yg penting je...

next movie will be :
final destination 4 (27 august)
the proposal (30 july)
g.i.joe (6 august)

k.la. . . tu je...sok sek...mau mandi & titon...

p/s : kepada mana2 group yg nak tgk wayang beramai2, i mean 20 and above...pleasela... memang la xcited tengok wayang dgn member tu lain...lagi plak beramai2...wayang tu korang yg punye...tp please, org lain pun beli tiket tgk cite yg sama... klu korang tgk 2,3 org leh plak x byk bunyi... :)

sape terasa, terasa la ye...malas nak amik tau...

Monday, July 13

~PPSMI dimansuhkan~

1st of all, thanks Allah sebab perkenankan doa hamba-hambaMu yang inginkan pemansuhan PPSMI. aku x rasa kecewa pun PPSMI dimansuhkan, sebab, masyarakat tak boleh beri komen dari pandangan diri sendiri.

mungkin masyarakat di bandar tidak setuju pemansuhan PPSMI kerana ia akan memundurkan rakyat malaysia. antara komen yang saya baca. ini kerana, u all yang di bandar memang tip top la english u all. tapi u all kat bandar tu fikir tak org di luar bandar? mereka akan terus mundur dan org di bandar akan terus maju jika PPSMI diteruskan. maka dengan itu, tidak mustahil satu hari nanti akan ada jurang yang teramat besar antara penduduk bandar dan luar bandar.

aku tak pihak mana2...cuma, kalau betul nak maju tanya diri sendiri. ada org boleh berjaya dengan bahasa inggeris... ada orang boleh berjaya juga tanpa penguasaan bahasa inggeris yang bagus. hakikatnya usaha diri sendiri. satu je aku nak tanye... kenapa orang jepun boleh maju?? dorang takdela plak nak jadikan bahasa inggeris tu bahasa pertama. memang tak diakui, untuk berdaya saing di peringkat global, english penting... tapi, ikut kemampuan masing2la... yang berjaya, akan terus berjaya... dan yang lemah akan terus lemah jika tiada usaha. dan yang berjaya janganla tindas yang lemah. bantu mereka!! maju bersama2... bukan makan sorang2 tau!

ini petikan BERITA HARIAN hari ni.

"Sebenarnya, kalau kita memahami hakikat dasar PPSMI sejak mula diperkenalkan, ia tidak membantu pencapaian murid... memang ada peningkatan penguasaan bahasa Inggeris untuk dua subjek berkenaan tetapi ia sebenarnya hasil inisiatif ibu bapa serta kemampuan murid di bandar yang mengikuti tuisyen.

"Hal ini langsung tidak terjadi di kawasan luar bandar dan penghapusan dasar itu tidak ada kaitan politik, sebaliknya tanggungjawab kerajaan yang mahu memastikan dasar tidak menjadi penyebab kemerosotan murid," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

hmm.. tepuk dada tanya selera... nak mantap bahasa inggeris, belajar bahasa inggeris bersungguh2, hantar tuisyen untuk BI sahaja.... dipasaran banyak kaedah2 untuk belajar BI dgn berkesan...

p/s: aku setuju dengan pemansuhan PPSMI
dan lain orang, lain pendapatnya...

Sunday, July 12

~bosan...~

apa korang nak buat bile:

1) kawan korang tiba2 tye "weh, ko bosan dengan aku ke?"

atau

2) pasangan korang tiba2 tye "awak dah bosan dengan saya ke?"

apa nak buat, walaupun kite dah gtau yg kite tak bosan dgn dia...
dan menyebabkan wujudnya satu jurang selepas persoalan itu, antara 'u n i'...

camno deh????

p/s: what will happen next?

Saturday, July 11

~ ICE AGE 3 ~

After the events of "Ice Age: The Meltdown", life begins to change for Manny and his friends: Scrat is still on the hunt to hold onto his beloved acorn, while finding a possible romance in a female sabre-toothed squirrel named Scratte. Manny and Ellie, having since become an item, are expecting a baby, which leaves Manny anxious to ensure that everything is perfect for when his baby arrives. Diego is fed up with being treated like a house-cat and ponders the notion that he is becoming too laid-back. Sid begins to wish for a family of his own, and so steals some dinosaur eggs which leads to Sid ending up in a strange underground world where his herd must rescue him, while dodging dinosaurs and facing danger left and right, and meeting up with a one-eyed weasel known as Buck who hunts dinosaurs intently. Written by Theshapeshifter


aku dah tgk ptg td...sakan jugak la gelak...smpi aku rase suara aku je tergelak sorg2...hahaha... aiseh! not badla...tp transformer lagi best...

so aku bagi 4 bintang

~pembelian pun bermula~

assalamualaikum kawan2 semua!!!

hari ni aku pergi JJ sebab tujuan utama nak beli kasut 'laki' aku. hehehe.. start this month nak beli sket2, xle terasa duitku mengalir sebegitu saje..

penat gak cari kasut. dkt sejam lbh. yg berkenan xde saiz...amik jela saiz ape yg ada.seb baik berkenan.. sbb beli hr ni kerana ada offer.. ceh!

so, barang lain yg perlu dibeli adlh kain bj melayu dan samping (sape2 tau samping songket mana yg murah???) . . .

pastu g beli fail untuk ku...berkorban apa saja, walaupun wang ringgit...wakakaka! x kawen la camni...

then, kami g tgk ice age 3..

boringla post ni



Wednesday, July 8

transformers : revenge of the fallen

jeng2... aku bukan ketinggalan tengok transformers tau..dah dua kali aku tgk...tp br hari ni berkesempatan untuk update blog ku ini... phew

The battle for Earth has ended but the battle for the universe has just begun. After returning to Cybertron, Starscream assumes command of the Decepticons, and has decided to return to Earth with force. The Autobots believing that peace was possible finds out that Megatron's dead body has been stolen from the US Military by Skorpinox and revives him using his own spark. Now Megatron is back seeking revenge and with Starscream and more Decepticon reinforcements on the way, the Autobots with reinforcements of their own, may have more to deal with then meets the eye. ~~~ http://www.imdb.com/title/tt1055369/synopsis ~~~

aku suke tengok bumblebee merajuk...so cute...hahahaha...robot pun ada perasaan tau...ni manusia tau buang anak rata2 je..(melalut plaks)

malas la nak taip...g tengok sendiri..

next will be HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE . . . 16 july

how about SKRIP 7707 ??? ada fasha sanda la plaks... xmau r tengok... tp hr tu aku suka tgk jln cerita KAWEN KONTRAK...even ada fasha sekalipun, aku gagahkan diri tengok gak sebab ada fahrin...sempoi habisla...penat makcik gelak...

**********************************************

JULY 2009 (info from GSC website)
JOMLAH C.I.U.M (MLY)
LAND OF THE LOST
THE TAKING OF PELHAM 123
COWEB (CANT)
GHOST OF GIRLFRIENDS PAST
OVERHEARD (CANT)
THE PROPOSAL
QUICK GUN MURUGAN (TML)
SETEM (MLY)

hasil kegiatan ku #1

nak tahu kegiatan ku sekarang...

menghabiskan kain ela yang berela2 kat dalam rumah dan menjadikannya sepasang baju kurung yg boleh dipakai untuk kegunaan harian ku..

ni hasil kegiatan pertamaku..

baju ala batik...green

p/s : lebih kurang sama plak dgn baju batik sekolah ku...
kebetulan la tu..hehehe

next will be 3 pasang baju berwarna merah+dark brown




Thursday, July 2

doa org teraniaya dimakbulkan

malam td kul 9 tunggu2 gak dia call.sbb kata kul 9 gerak balik.malas nak call takut dia tgh wat kerja..kul 915 aku hntr la sms...x delivered pun...assume bateri dah habis..tiba2 ada sms minta call semula no tu.aku pun call...rupe2nya hp dia dah hilang kat litar sepang..'bopid' betul la sape yg amik tu..hahahaha...(aku belajar perkataan baru semalam - bopid).

dia g toilet.letak hp kat flush tu.pastu terlupa.patah balik dah innalillah...huhuhuh...nak marah?? x bleh...dah benda nak jadi...biar jela...

so, mlm td pnjm tepon abg ipar...yg takde lampu..kena suluh guna lampu lain :) .. janji leh guna kan...so, td g authorize dealer maxis minta simcard baru and reactivated no dia...alhamdulillah.semuja settle..

yg paling best..mlm td call CS ckp nak reactivate byr RM10...pg tadi call kena byr RM10 + RM25 utk replace new simcard...alih2 aku g jj td...free of charge...xtaula klu dia charge dlm bill nnti...

kepada PENCOPET yang mencuri sony ericsson k530i yg baru berumur 2 bulan tu, HARAM la weh...walaupun ko tak baca benda ni kan...

sape yg curi tu, sok2 excident!!! padan muka... dah jadi habit la tu mencuri org punye.. takpe2... balasan Allah nanti ko dpt...bopid betul!!!

blah r...nak teruskan kegiatan ku....


Monday, June 29

so boring

yeah.monday.sangat membosankan sebab semalam bercuti, hari ni kene kerja. plus kerja yg 'tak nampak'... sangat2 bosan... rakan2 yg lain dah mula menampakkan kebosanan masing2...

assembly, gb pun xde coz g lawatan. what to do today? retype everything... kuang2... time kerja xde ni, mula la wat kerja 2,3 kali...smpi ada yg ckp wat 4 kali pun xpe..drpd duk saja goyang kaki...

huhuhu...nila mslhnye kan...mmg nak mencari kerja lain la jwbnye nieh...sgt2 bosan... bile la semua ni nak berakhir..

balik umah terbongkang tido smbl tgh tgk upik abu & laura...kul 5 aku basuh kete wpun kedengaran guruh berdentum dentam...basuh je la...kete dah mcm ape ntah..

pastu...niela keje aku..

bosan kan...entry pun bosan

Sunday, June 28

i really love yesterday

semalam, after school (sek ganti tuk hari raya nnti), fairiz took me at school. then we went to jusco. he want buy transformers for yesterday night. but the Q is so long. so, he cancel.. then me, like always membebel2 kat dia... 'kan dah pesan suh beli awal2. cerita mcm ni mmgla full. ada ke nak tgk mlm ni, pg baru beli. jgn harap la!'. . . aku mmg hangin betul la.. pastu dia bebel2 kat aku plak... eh2.. sape yg salah sekarang. dr hr khamis aku suh g beli. tiket yg movie hr ni pun aku beli hr khamis tau. sbb booking online so hard. so, aku gagahkan diri g beli. time aku beli pun dah half of the hall dah full. last2, aku suh dia beratur gak untuk tomorrow (today la) punya tayangan. pagi sampai petang semua dah full. yg tinggal 730pm, 830, and 10... last2 beli 730...maghrib kat jj la jawabnya :)

after beli tiket, kami g poh kong. cari cincin merisik. untuk merisik tak yah mahal2 de... aku pun bukannya materialistik sgt. tp untuk cincin nikah nanti, nak taknak aku nak white gold - habib jewel punya... kejam tak... hahahhaha... walaupun org selalu ckp aku ni bengong sebab x mintak mahal2.. yela.. kawen kan skali seumur hidup. tp takkan la semata2 nak kawen sekali seumur hidup kita perlu demand. tak betul tu.. lain la pakwe ku (bakal suamiku) tu anak jutawan... betul tak. nak kawen ni bukannya nak menyusahkan pihak lelaki. prinsip aku satu je. tak menyusahkan dia, jgn sampai dia berhutang semata2 nak kawen... bg aku klu smpi tahap berhutang (pinjam dgn bank) mmgla tak patut.. it's not good tau.. lantakla org ckp aku ni ape ke.. janji aku x susahkan dia, and hatiku senang.. yg penting kerjasama n tolong menolong...

hehhee..pas beli cincin kami g makan kat food court. tgh2 makan tu sms masuk 'bestnya dating. kim salam kat abg baju putih ye'.. abg apis yg sms aku.. aku pun melilau la cari dia.. last2 x jumpa.. 'abg duk mana ha?'... 'sebelah nani je'... aku pun cari lagi.. last2 dia call.. 'kiri..kiri lagi...belakang sket'... ha! then i see him... patutla..berubah.. dah pakai spect, memang la x perasan... :) dah 2 kali jumpa kat jj... (sebab dia duk cheras)...

pastu kami g solat n then tgk transformers.. ni 2nd time aku tgk tranformers... best gile.. memang ada transformers ke3 pasni... gabra je optimus prime dgn sam mati... :) last2 dua2 hidup balik.. huhuhuhu... harunya... 'i love u'

pastu kami balik sebab fairiz nak g main bola... balik umah je aku terbongkang kepenatan...

p/s : harap2 hari mendatang menceriakan aku... yeay!!

dah nak kul 9 ni..kul 11 ada perjumpaan dengan guru2 pentaksir sekitar n9... mintak2 ramaila... byk benda leh share bersama...dan discuss bersama...

Friday, June 19

apa yang penting?? kerjasama

huhuhu... aku teringat2 si kieran & ag punya tone... "apa yg penting... kerjasama"

whole this week terasa penat banget... penat memikirkan what to do next? how to do it? haiya... wat kerja xde banchmark and xde arahan khusus menjadi kami semua pusing... ke aku sprg je pusing?

td meeting dgn semua cikgu2. gb bg cerita psl kura2 dgn si arnab. ni oldies punye cerita... tp ada tambahan... arnab duk pikir macam mana nak menang je... dan si kura2 pun duk pk, mcm mana nak kalahkan arnab (sebabnya kura2 menang pun kerana arnab tertido).

maka kura2 ajak arnab berlumba lagi, tetapi laluan perlumbaan kura2 yg tentukan...

race pun bermula, arnab sampai dulu di check point1, d mana seterusnya memerlukan kedua2nya menyeberangi sungai. kelebihan pd kura2 sbb ia boleh berenang. arnab???

akhirnya kura2 ppun monang...

tp kite takleh mcm tu... mereka harus tolong menolong (apa yg penting... kerjasama). sewaktu menyeberangi sungai, arnab duk atas kura2. sewaktu berlari, kura2 duk atas arnab... (boleh ke?)...akhirnya2 seri...

moral : mesti saling bekerjasama untuk menjayakan sesuatu perkara...jangan ada niat mahu menjatuhkan kawan lain, sbb kite dengkikan dia...

namun, manusia.... hati manusia tak siapa yg tahu... hanya DIA yang tahu...

hmm...camne agaknya kerja ku nnti ye...skrg masih nmpk kerjasama yg diberikan... harap2 sampai selesai segalanya bekerjasama...

P/S : mari dengar hotfm....

Wednesday, June 3

what t o do

alhamdulillah. rezeki aku agaknya. walaupun sekadar kontrak (pakej rangsangan ekonomi), tapi ku rasa ianya bagus berbanding tempat lama. sekurang2nya banyakla sikit aku nak menyimpan duit nanti. harap2nya begitula.

pagi isnin lalu aku melapor diri di SK dato shah bandar abu bakar. selepas itu aku bergegas ke kl untuk hantar notis 24jam. and bayar one month gaji. thanks to all sbb buat farewell untuk aku. siap ada kek lagi tuh. nyummy2...

bekerja di tempat baru sebagai guru pentaksir kontrak... tiada kerja yg perlu dilakukan ini kerana taklimat minggu depan. jadinya aku duk melangut je la kat school tu dari 8-2..bayangkan... penat sangat sebab bosan.

Wednesday, May 20

Keli zat babi haram

oke.baca tajuk d atas yg agak menggelikan tekak ku la.sebab aku antara peminat ikan keli.mmg minat gile la....nak2 kalau goreng...nyummy...tp bile aku baca berita kat KOSMO semalam (19 Mei)...yarks...meloyakan sangat...

hari ni punya berita ikan keli kena sijil halal plak kan... lihatlah keadaan dunia sekarang... ikan keli pun nak kena sijil halal..sekarang ni yg halal belum tentu halal sepenuhnya kan... mula berasa curiga... sebab kita as consumer tak tau mana penjual dpt bekalan ikan2 tu sume...yg kat pasar malam, yg kita beli kat kedai yg sememangnya dah siap di masak kan... kita tak tau pembekal dia..unless kite pergi beli sendiri kat penternak ikan keli...sekarang kan ramai org yg menternak ikan keli...

PETALING JAYA - Pengusaha ternakan ikan keli di negara ini perlu mempunyai sijil halal yang sah kerana mereka juga bertindak sebagai pembekal yang memasarkan produk itu kepada pihak lain seperti peruncit.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.

"Sebagai pembekal, mereka mesti ingat kalau mereka tak ada sijil halal, tidak boleh bekalkan sesuatu barang itu kepada para peruncit yang menyediakan bahan-bahan halal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh yang didakwa penduduk dicemari dengan air sisa kumbahan dari ladang ternakan babi berhampiran.

Jamil bagaimanapun memberitahu, pihaknya bersedia untuk melakukan siasatan di tapak 10 kolam ternakan ikan keli tersebut.
sumber ; KOSMO! Online , 20 Mei 2009.
selepas ini aku akan berfikir2 untuk makan ikan keli terutamanya di warung2 atau kedai2. . . . .

Monday, May 18

POSTPAID : MAXIS vs CELCOM

Aku tergerak nak post benda ni sebab aku sangat marah dengan maxis. atau sangat marah dengan diri sendiri. sebelum ni guna prepaid, aku ke istanbul dan bangkok, takyah susah payah nak roaming bagai. automatik je. tapi bila guna postpaid, nak salinan pasport and RM300. RM300 tu walaupun ko kat luar negara seminggu je. tak ke..... (marah ni) . . . lagi senang guna prepaid la jawabnye. sengal!...

meh sini aku listkan benda2 yang aku sering buat perbandingan.. pasal harga aku tak berapa kisah sangat...yg penting servis bagus dan tak menyusahkan semua pengguna.

mula2 aku tukar maxis prepaid ke maxis postpaid - hari tu siap..dlm tempoh 2-3 jam...walaupun hari sabtu...
TAPI bila tukar celcom prepaid ke celcom postpaid - aku pergi hari sabtu jugak..tapi... yang buat aku hangin tu 2,3 hari baru leh guna line tu...

itu nasib baik aku ada 2 line..kalau satu line je (celcom) tak ke haru..sebabnya 2-3 hari tu aku nak guna line ape??? pleaselah cepatkan korang nye servis...

lagi pasal roaming2 nie...salah sendiri kot sebab tak mentelaah...tp kenapa roaming prepaid lagi senang dari roaming postpaid?????
maxis - nak salinan pasport & RM300
celcom - just mintak owner call celcom customer servis...sume settle... NO FEE oke...

yg lagi aku hangin ni, hari sabtu baru fairiz balik... dia takleh roaming sebabnya tak g customer servis...wakakakaka...stupid tul...sapa yg stupid?? kitaorang ke LINE....

confirm lepas ni ktorg nak tukar no maxis tu ke line CELCOM...
liputan pun luas...
semua senang....
walaupun customer servis hampagas!!!!

huhuhahahahha...

tak baik marah2 weh..amalan setan...
aku nak g solat isyak...bg tenang sket...
wlaupn tak tenang..

Monday, May 11

DPLI

nak buat semakan temuduga DPLI ambilan Julai 2009?
klik sini
https://www.mohe.gov.my/semakan_temuduga/default.php

inilah HASILNYA...

Dukacita anda TIDAK TERPILIH untuk menghadiri temu duga bagi Program Pengajian Pendidikan di IPTA.

mula2 tak rasa ape2, rasa biasa je.. tp bila 1 by 1 org sekelilingku berjaya untuk panggilan temuduga, sedih, terkilan, kecewa semua ada la..

kali ke dua amik DPLI, dan kali ke tiga amik KPLI

HASILNYA mengecewakan..

mungkin betul apa yg sesetengah org cakap
'terimalah hakikat yg ko mmg tak dilahirkan jadi cikgu'

agak rrrr...

hmmm... takpe, nekad sampai di sini sahaja cubaan untuk menjadi guru

I need to move forward... another step...
sampai bile? perlu cari kerja yang stabil...
duit nak kawin x cukup lagi ni...

hmm...

kepada yg berjaya...all the best..
dah dpt peluang, buat yg terbaik...jgn tak g interview plak...
ada jugak yang KENA dgn aku sat gi...(termasuk yg lain2 x dpt tu)

okey...
kepada bakal2 guru,
jadilah seorang guru yang berdedikasi..
amanah yang sangat besar tanggungjawabnya..

ALL THE BEST
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI & MERAHMATI SEMUA WARGA PENDIDIK

16 MEI - HARI GURU
SELAMAT HARI GURU

esp for my MOM

Sunday, May 3

w380i + k530i

last friday aku pergi terminal 1 untuk replace my phone

i went to VS Comm, tapi takde original phone for w380i..n for k530i also..

then, we (me & my heart) went to other booth phone...

w380i dah takde keluaran, yg tinggal only AP set..wah.. terkecewa aku sekejap

tapi k530i tu ada la yg original set..midland lagi...

memandangkan dah bulat hati nak w380i...aku beli gak walaupun AP set..

1st time in my life i bought AP set...tapi pagi tadi hp ni wat hal la plak...ni yg aku nyampah beli AP set ni.. memory stick dia problem+sengal sket+banyak...wakakakaka...
fairiz beli AP set k530i, even ada yg ori...sbbnya dia mmg selalu beli AP set...

hanginnye aku pagi2 tgk hp ni jadi sengal...baru 3 hari kat tangan aku...
huhuhuhuhuhuhu...

xpela...tunggu jela dia rosak, baru beli hp lagi...
tobat taknak beli AP set...SENGAL...

Friday, May 1

KPLI

nampaknya KPLI kali ini tidak berjaya LAGI...

kali pertama, GAGAL (maths)
kali kedua, BERJAYA (pjk) ke temuduga, dan GAGAL mengikuti kursus
kali ketiga, GAGAL lagi (maths) untuk ambilan Jun 2009

kita tunggu DPLI 11 Mei nanti

aku sangat bosan

what the !#@$%...

tersangat la bosan..hari ni kan cuti hari pekerja
tak kerja bosan
kerja pun bosan
apakah yang tidak membosankan??
kawanku kata TIDO...
kalau tido lama2 pun agak membosankan...

what should I do..

petang kang nak gi terminal 1 la...
la la la la...
mencari new handphone

Saturday, March 28

12 Rounds

Movie : 12 Rounds
Location : TGV Jaya Jusco Seremban 2
Time : 400 pm
Rate : 5 STAR

Cast : John Cena (Detective Danny Fisher), Ashley Scott (Molly Porter), Aidan Gillen (Miles Jackson), Brian J. White (Det. Hank Carver), Taylor Cole (Erica Kessen), Gonzalo Menendez (Special Agent Ray Santiago), Steve Harris (Special Agent George Aiken) - ini watak2 yang masih melekat dalam ingatan aku.

Detective Danny Fisher is about to have the worst day of his life. A nearly untraceable internationally-known terrorist named Miles Jackson has kidnapped his girlfriend Molly Porter and forced him into "12 Rounds" of dangerous games carefully plotted throughout the streets of New Orleans. Danny struggles to keep focus while the obvious ticking clocks and crude consequences that accompany each one of these "rounds" do their best to derail him from rescuing the love of his life before it's too late. (www.imdb.com)

Round 1 - Rumah Danny meletup
Round 2 - Molly kena culik
Round 3 - Tempat pertama Miles & Danny berjumpa.
Rpund 4 - Balai Bomba tempat adik Danny.
Round 5 - Amik dua peti keselamatan - bomb actually.
Round 6 - Sampai ke dek sebelum bom meletup - at last letup dlm laut.
Round 7 - Selamatkan diri daripada lif tu terhempas ke bawah.
Round 8 - Jumpa Molly dalam bas 5050.
Round 9 - Berhentikan tram
Round 10 - George Aiken jejak kawan Miles
Round 11 - Miles jejak Aiken (kilang meletup) - watak Aiken mati.
Round 12 - Cari Molly. And Danny found her.

Faham?? tak faham pergi tengok sendiri. Tapi kalau tengok second time confirm aku tak tido.

Cerita biasa penonton bagi ayat macam ni "dia hero. hero takkan mati punya la"

why not end up dengan hero mati.. lain sket..

Next movie must watch : Fast & Furious 4 (2 April 2009)

Kota Kinabalu - Part 3

22 Mac 2009 - Ahad

Wake up at 6am. solat & take a shower. turun breakfat dan kami ke Pasar Philipin. untuk kaum adam, tempat itu agak membosankan. untuk kaum hawa. YES. sebabnya ada rantai, gelang, brooch, beg comel2 and etc.

aku beli brooch untuk min,dira & asma. also brooch for me - black & purple, serta yang kiut miut tuh. dan tak lupa kekasih hatiku - butang baju melayu.. agak2 dekat 200 jugakla habis kat pasar tu.

after that aku meronda di warisan square. lokasi bawah hotel tu. tujuan cari carlo rino & sembonia. akhirnya aku pun beli la beg kar CR. tengah2 nak bayar tu, adik datang 'nani, cuba ko tengok tu'.. aku pun menoleh dan tergamam 'apsal ko x ckp ada sembonia. buatnya lagi cun'... nak sedapkan hati after bayar di CR, jalanla jengok sembonia. mujur takde yang berkenan.. tak belek sangat pun. takut menyesal. after that kul 1 kami checkout.

khairul datang. minta tolong jasa baik hantar g airport. after check in di airport, kami lunch di Putatat. after lunch duk la tercangak2 kat KKIA tu. penerbangan MAS berlepas tepat pukul 530 petang dan kami sampai di KLIA jam 8malam.

sekia - berita dari KK..
percutian merehatkan minda & menghabiskan duit ku . . .

Kota Kinabalu - Part 2

21 Mac 2009 - Sabtu
Wake up at 6am.. terpisat2 lagi nak bangkit menunaikan solat subuh.. dua kali tengok jam baru teringat subuh di KK awal sejam.. melompat aku bangun sebelum jadi subuh gajah.. he3.. Then mandi2, siap turun breakfast.

After breakfast, we go to Kundasang. Pergi kaki Gunung Kinabalu.. Sejuk.. Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam.. Lunch di pekan Kundasang.. Pulang sewaktu hujan turun.. Berhenti membeli souviner.. Macam biasa wajib beli t-shirt dan key chain.. Ku bekalkan magnet untuk ofismate.. dan ku bekalkan juga t-shirt serta keychain untuk fairiz.. Selepas itu, kami ke jambatan Tamparoli.. Hujan kan.. Jadinya kami hanya melihat dari jauh.. serta air sungai naik.. keta memang xleh lalu la.. kang hanyut di bawa air sungai yang deras itu..

Selepas itu kami singgah di 1 borneo.. ku pusing2 cari beg tangan.. tiada yang berkenan.. pukul 5 kami pulang ke hotel.. tapi aku, zila n adik perfi CP (depan hotel)... mission cari carlo rino & sembonia (bajet kat semenanjung takde kot kedai tu).. ha ha ha.. malangnya takde pun kat CP tuh.. kami pulang dan pergi dinner di Kampung Nelayan..

Sambil makan ada persembahan kaum Sabah. Menari2, tarian yang guna buluh tu.. ape namanya?? sumpit lagi.. bila mereka turun nak panggil tetamu untuk turut serta, kami segera buat2 makan.. wakakaka.. hasilnya berjaya.. makan. makan. makan dan makan.

balik hotel kami tido..

Monday, March 23

Kota Kinabalu - Part 1

20 Mac 2009 - Jumaat
Jam menunjukkan angka 630 pagi. Setelah di kejut oleh Fairiz, aku bergegas menunaikan solat Subuh dan mengemas segala kelengkapan untuk bercuti di Sabah. Mengemas apa yang patut. Install game ke dalam PSP ku, supaya perjalanan ku tidak membosankan. Setelah mengemas apa yang patut, aku dan kakak ku bertolak ke RHB Bank, Senawang dan Bank Rakyat. (faham2 jela ye kalau nak pergi berjalan). Kemudian kami ke UOB Bank, Seremban - kakak membayar kredit kadnya. Supaya boleh shopping sakan (adakah???). Setelah selesai segala urusan kami di bank2 berkenaan, kami bergerak ke UKM untuk mengambil adik kami, dan terus ke LCCT.
Penerbangan kami, AK5108 Kota Kinabalu, Jam1415. Kami tiba di LCCT jam 1200 dan makan tengahari. Sesudah selesai, kami terus beratur untuk check-in. Begitu ramai orang. Terutamanya rakyat Dhaka yang hendak pulang ke tanah air :-) terasa macam bukan kat Malaysia plak. Bangladesh? Dhaka kat Bangladesh ke? (malas nak search kat mr. google).

Flight delay pulak tuh. Pukul 3 baru terbang. Sampai lambat la. Kesian kat khairul kena tunggu setengah jam. Dalam plane aku macam orang gila. Ha ha ha...bapak bosan dengan penerbangan yang mengambil masa 2jam 25minit. Adik aku cakap tak boleh main psp. Ceh... Tapi aku rasa boleh. Maka dengan itu, aku dan adikku memekak la dalam plane tu. Memekak sekadar didengari kakak kami. Hua2. Dia nak tido pun tak boleh. Sebab ktorg kacau dia dan pau dia (nasi lemak, hot milo, iced lemon tea & milo). Heee... Geram je dia... wakakaka... Kami tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu jam1725. Khairul sudah menunggu bersama Myvi goldnye... Dia just hantar kami ke Imperial International Hotel di KK. Ingat nak ajak gi 1Bormeo. Tapi pulang ke kampung katanya. Thanks for jemput we all.

After check-in, kami lepak2 dan kemudian ke pasar Philipine untuk dinner. We ate ikan bakar, sotong bakar and wings. Agak kenyang jugak la. Sampai tak larat nak berjalan2... After that, kami berjalan2 di sekitar - shop lots. And we go back to sleep. At 9pm. Pukul 9 dah balik hotel. Bosan giler. Takde tempat nak berjalan2.

Okey....tunggu next entry.

Friday, February 27

MAHZAN MD TAB

tadi.dia shout kat blog aku.masih tidak berpuas hati mengenai kejadian kami di tanah tinggi cameron.maka dengan itu.aku.nani.tertarik nak bercerita sedikit mengenai sahabat aku yang seorang ni.menarik atau tidak, terpulang,cuma mahu berkongsi kisah suka duka menjadi sahabatnya.the only one bestfriend I had - male.....

empunya diri bernama mahzan md tab.orang batu pahat.
aku mengenalinya sewaktu di tahun kedua, di UKM.itupun kerana kami terlibat dengan pesta konvokesyen.dia merupakan Pengurus Tugas-Tugas Khas.seorang pengurus yang agak sengal bagi aku.(jangan marah ek).bermula dari era tu... macam dah berabad lamanya je...wakakaka... aku dah jadi kamcing dengan dia, walaupun dia selalu jadi mangsa marahku. masalahnya, dia memang selalu buat orang marah.sehingga sekarang, kami masih keep in touch...

aku senang berkawan dengannya kerana, dia seorang yang agak happy go lucky, dan agak kelam kabut, dan agak kusut bila ada masalah, dan aku suka memarahinya (tergur je sebenanrnya, mungkin cara ku dan suaraku yg lantang ini membuatkan orang sekeliling ingat aku marah dia).dan yang paling penting, dia boleh dibawa berbincang. tak gitu mahzan.

benda yang aku tahu tidak berubah tentang dia, (tak taulah kalau dia berubah-tak perasan sebab skrg jarang2 jumpa dia) *tak pernah tepati janji (sebab tula aku jadi jam loceng a.k.a reminder dia), oppss...kalau pernah pun boleh dibilang dengan jari... maaf ye mahzan selalu paksa2 ko suh cepat, sebab ko selalu lambat. ON THE WAY ko tu macam jauh sangat bagi aku. wakakakaka.... *lagi satu, tentang hati dan perasaan dia (girl) la... sangat... ntahla... aku pun x faham... aku dan dira je la faham... letih pun ada dengan mahzan ni...

sampaikan, dia minat orang, tapi respon on off...yang tergila2kan dia pun ada gak... siap bagi macam2 tu... last2 aku plak yang kena menyamar jadi makwe dia.. hua2... nyampah aku... seb baik pakwe aku bg aku kawan dengan ko Mahzan oi....

yang paling aku betul2 marah ni...time kejadian kami pergi cameron highland... bleh plak dia marah2 aku sebab kami semua tinggalkan dia kat UKM. dia call aku sekitar 8malam, sewaktu kami di pasar malam brinchang.aku rasa 1 pasar dengar suara aku cakap dengan mamat sengal nih...mana aku x marah, dia ckp kami ni tak tunggu dia (kul 8mlm tu dia br habis projek dgn dak2 master dia)... yang makin aku marah kul 10 pagi lusanya dia dah kena ada dalam lab... tak ke sengal namanya... wakakakaka..

apa lagi ek...yang pasti bestla kawan dengan ko... walaupun sahabat2 ku ramai, jangan terasa tau, aku post entry ni pun sebab dia suka cari pasal je.... korang nak kena post jugak, carila pasal dengan aku ye...

ape2 pun, semua orang akan berubah menjadi yang lebih baik, atau menjadi yang tidak baik. masing2 bergantung kepada diri dan pegangan masing2....

hargailah sahabat,rakan dan insan di sekeliling anda... tanpa mereka, hidup tidak bermakna, selain keluarga tercinta...

doakan kesejahteraan mereka, bahagia dunia akhirat... amin...

p/s ; mahzan, secret recipe birthday ko tahun ni la... tapi ko kena belanja kenny dulu bulan april ni..

bye2... sape kite????
mahzan, jangan marah ye. saja suka2, yg pasti saham ko takkan jatuhlah....

s.e.v.e.n

tahap kebosanan yang teramat sangat... jaga anak buah, dia dah tido... nak tido, baru kul 11pm... awal lagi, padahal selalu kul 10 dah tido. yelah...sok kan tak kerja.... ngeh2...

aku bosan2, baca blog orang...

then jumpa yang cantik, menarik, tertarik... lebih kurang macam kat bulletin friendster... Q&A... anythingla... bosan sgt2 nie

a) 7 Fakta tentang saya
♥ i'm a woman, of course :)
♥ anak ke-4 daripada 5
♥ alor setar, kedah
♥ tak muak dengan game...
♥ 19 april
♥ 2 feb 2002
♥ had a happy family

b) 7 Perkara menakutkan saya di dunia
♥ mati....
♥ kehilangan orang tersayang (abah,mak,keluarga & fairiz)
♥ di fitnah
♥ menjadi orang jahat... :/
♥ tidak berupaya melakukan apa2...
♥ nikmat di tarikNYA...syukurlah dengan apa yang ada
♥ hilang arah

c) 7 lagu buat masa sekarang
♥ aku dan dirimu
♥ crush
♥ matahariku
♥ tak mungkin kerna sayang
♥ andai dapat ku undurkan masa
♥ nilai cintamu
♥ lagu raya... wakakaka

d) 7 perkara yang selalu disebut
♥ alhamdulillah
♥ bismillah
♥ wah...cantiknya swift tu
♥ i love you
♥ mata cantik ni...
♥ nak kawen weh
♥ duit habis dah

e) 7 perkara yang amat bernilai
♥ nyawa
♥ mak abah
♥ siblings
♥ fairiz
♥ masa
♥ duit
♥ kenangan

f) 7 Pertama kali dalam hidupku
♥ pakai spect - 8thn
♥ melihat dunia - 19april1985
♥ true love - fairiz haidad bin nazeni@nazri
♥ ada handphone - 18thn
♥ main bowling - 17thn
♥ duk asrama - 13thn
♥ pegang duit sendiri - 22thn (bekerja sendiri...ghmm..dah lama x mntk duit kan...)



k la ... nak tido la...sok2 sambung... bosan kan.. blog mcm nie...

Friday, February 13

CAMERON HIGHLAND : part 2 . . . again

okey. tadi rasa macam panjang pulak kan..

so, next destination is Butterfly farm... macam biasa, ada butterfly la kan... cactus, flowers, snakes, and serangga pelik2...



aku yang 'takut' dengan butterfly

then, pergi big red strawberry farm plaks... benda pertama adalah cari tandas, then kami makan 'benda pelik' ni... nak tau?? fries, waffle strawberry...byk lagi la.... pastu kami semua pergi petik strawberi. nak rasa macam mana rupanya. tapi xde rase pape pun. amik gunting petik (potong sbnrnya) jela..wakakaka...pastu bergambar dengan sang kaktus dan kami pun pulang ke tanah rata, then makan kat marrybrown then balik rehat...


ni gambar sebelum berangkat pulang ke KL

ni gmbr di butterfly farm
(sis sab, dira, sis huda, fariha, rahmah, nani, asma, ct, min, zul, deli, bond, hakim, cikgu ashuk)

ni cameraman kite... xde pun gmbr dia kan :p

okey. dahlah... tu je la nak cerita... malas dah nak bercerita...
tadi bersemangat, sekarang udah malas...






CAMERON HIGHLAND : part 2 (ladang teh)

Okey. Bangun seawal 6pagi dan menyediakan sarapan untuk disantap bersama. seperti dijanjikan, sarapan pada pukul 8. tu pun dah duk berbunyi handsetku 'weh, dah siap belum. roger tau'... tu la kan kaum adam, tau makan je... gurau2 ye kawan2...

selepas sarapan, kami menuju ke destinasi pertama, BOH sungei palas. dengan menaiki 3 biji kereta sahaja bagi menjimatkan wang (waja,myvi,frontier). perjalanan dari puncak arabella, tanah rata ke BOH sungei palas, tringkap mengambil masa sekitar 10-15 minit.... tetapi dari mula masuk hingga ke ladang teh tak pasti sebenarnya sebab semua duk gayat2... jalan yang sempit, di kiri lereng bukit, di kanan curam. mujur kami gerak pagi sebab xdela jammed sgt. nak balik nanti confirm sesak.


asyuk,zul,asma,ct,kak sab,deli,fariha,min,dira,aku
rahmah,kak huda,hakim,bond

(cameraman : med)


zul bayarkan, barang dia 1 je..lain barang orang

selepas melawat kilang teh, ladang teh, kami bergerak balik...tetapi...jeng2.. sesak oooooo.... cuak je.. pempuan la. laki cool je (mcm biasa, tunjuk macho)... senyum beb, jgn marah2...

lihat sahajalah gambar2 ni...


sekian, berita dari ladang teh....

CAMERON HIGLAND : part 1

Kami (aku, dira & asma) bangun seawal 530 pagi untuk memasak sarapan bagi budak2 ni makan. hua... masak mihun yg tak berapa nak lembutla... bihun bogel akak aku kata... sayur takde langsung... bihun semata2, tu pun ada letak fishball... cut cost la beb...

pukul 8am, kami (myvi zoomers) bergerak ke tol senawang dulu untuk tambah nilai touch and go. then, terus ke tol seremban/labu, amik sis huda plak. kat situ je dah 830am. Janji dengan geng2 lain pukul 9am di pusanika, ukm. Maka dengan itu, aku pun memecut, maintain 140..xtau la kena ke tak sebab setahu aku area nilai - bangi tu ada speed trap.

tepat 9am aku sampai kat ukm, yg tambah sakit hati tu, budak2 ni tak kunjung tiba jugak... orang jauh sampai dulu la... xdela jauh sgt pun...saga knight sampai, then baru nissan frontier sampai.

915am kami bergerak dari ukm menuju ke jejantas sg buloh untuk bersarapan. sampai2, makan2, borak2, kul 11am kami bergerak semula ke destinasi yang dituju. kami konvoi 4 biji kereta dan menjadikan manusianya 15 orang shj. berhenti di Tapah dan meneruskan perjalanan stgh jam kemudian. kami sampai di puncak arabella tepat jam 330ptg.

masing2 kepenatan... mana taknya, yang tak drive pun kepenatan sebab duk membebel tak tentu hala, inikan pula yg drive... kaum lelaki aku tak tau mereka buat ape. barangkali menghabiskan bihun dan membuta. manakala kaum perempuan, kemas2 ape yang patut dan memasak.

sekitar 7pm (tak berapa pasti sebenarnya), kami makan malam dan memulakan agenda pertama iaitu, pasar malam. see the pic...

ini pasar malam di brinchang. macam2 diborong... dari teh, strawberi kering, bantal, keychain dan macam2 la...penuh kiri kanan masing2. mujur tak hujan.


tengok dan lihatlah... makanan je kami borong.... sejuk2 ni perut cepat lapaq..

tu, aku beli monopoly :)

okey. hari pertama di cameron hanyalah ke pasar malam.. main monopoly sampai 12am. aku la tuan tanah yang berjaya :p

Thursday, February 5

.penat.sakit otak.stressed.

apakah?

sudah agak lama tidak meng'update' blog ku ini. hampir 2 bulan lamanya. banayk cerita untuk diceritakan, tapi agak membosankan andainya aku mengulangi cerita2 yang telah berlalu. hmm..
dari seawal 12am tadi aku berfikir, samada untuk delete blog ini atau tidak???

delete - sebab aku jarang sekali mengemaskinikan blog ini.
tidak - sebab kekadang aku rasa ingin menulis dan mencoret sesuatu.

hmm... agak bosanla jugak... sangat2 bosan...
esok seharusnya aku bekerja, tetapi aku amik cuti 2 hari... setelah 10 hari bercuti, dan 2 hari bekerja, esok aku bercuti semula... 5 hari... apakah?? sangat malas untuk bekerja dengan penuh dedikasi... cheh...

esok bercuti kerana agenda ku sendiri... jumaat?? malas... hua hua hua... harap2 bosku tidak membacanya...

no la... actually aku nak merehatkan otak yang berserabut nie...
my friends (dira, asma) & I organize bercuti ke cameron pada this week...

chef - dira... asma - kewangan... nani - logistik

agak la... RM1160 untuk 2 malam dan 2 unit... increase the cost +160
fuel and toll lagi... how much sebenarnya... aku tak tahu... ku kira2.. RM50 - 100... biar lebih jgn kurang...nnti semua shot!!

perkara yang agak merunsingkan pemikiran ku adalah MACAM MANA IF someone cancel the trip??? (increase the cost RM150)... if someone... IF 1,2,3,4..... mampus aku... serius...

now 14 org... agak membebankan organize benda ni...
sbnrnye xde sape suruh pun. tapi teringin nak bercuti, then i made a decision to do this trip, with helping from my frenz... thanks for listening to my pot pet pot pet...wakakakaka..

aku rasa nak bukak travel agensi la...
aku rasa nak bukak butik la...
aku rasa nak bukak kedai sewa novel la...

aku rasa nak tido la...

bosan kan post entry macam ni..actually no idea meh...
akan ku aktifkan semula daya pemikiran ku setelah pulang dari bercuti nanti...

adios!!

salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...