1st of all, thanks Allah sebab perkenankan doa hamba-hambaMu yang inginkan pemansuhan PPSMI. aku x rasa kecewa pun PPSMI dimansuhkan, sebab, masyarakat tak boleh beri komen dari pandangan diri sendiri.
mungkin masyarakat di bandar tidak setuju pemansuhan PPSMI kerana ia akan memundurkan rakyat malaysia. antara komen yang saya baca. ini kerana, u all yang di bandar memang tip top la english u all. tapi u all kat bandar tu fikir tak org di luar bandar? mereka akan terus mundur dan org di bandar akan terus maju jika PPSMI diteruskan. maka dengan itu, tidak mustahil satu hari nanti akan ada jurang yang teramat besar antara penduduk bandar dan luar bandar.
aku tak pihak mana2...cuma, kalau betul nak maju tanya diri sendiri. ada org boleh berjaya dengan bahasa inggeris... ada orang boleh berjaya juga tanpa penguasaan bahasa inggeris yang bagus. hakikatnya usaha diri sendiri. satu je aku nak tanye... kenapa orang jepun boleh maju?? dorang takdela plak nak jadikan bahasa inggeris tu bahasa pertama. memang tak diakui, untuk berdaya saing di peringkat global, english penting... tapi, ikut kemampuan masing2la... yang berjaya, akan terus berjaya... dan yang lemah akan terus lemah jika tiada usaha. dan yang berjaya janganla tindas yang lemah. bantu mereka!! maju bersama2... bukan makan sorang2 tau!
ini petikan BERITA HARIAN hari ni.
"Sebenarnya, kalau kita memahami hakikat dasar PPSMI sejak mula diperkenalkan, ia tidak membantu pencapaian murid... memang ada peningkatan penguasaan bahasa Inggeris untuk dua subjek berkenaan tetapi ia sebenarnya hasil inisiatif ibu bapa serta kemampuan murid di bandar yang mengikuti tuisyen.
"Hal ini langsung tidak terjadi di kawasan luar bandar dan penghapusan dasar itu tidak ada kaitan politik, sebaliknya tanggungjawab kerajaan yang mahu memastikan dasar tidak menjadi penyebab kemerosotan murid," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
hmm.. tepuk dada tanya selera... nak mantap bahasa inggeris, belajar bahasa inggeris bersungguh2, hantar tuisyen untuk BI sahaja.... dipasaran banyak kaedah2 untuk belajar BI dgn berkesan...
p/s: aku setuju dengan pemansuhan PPSMI
dan lain orang, lain pendapatnya...
Perihal Tiga Jenis Usia
8 years ago
0 tukang komen:
Post a Comment