CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 20

Keli zat babi haram

oke.baca tajuk d atas yg agak menggelikan tekak ku la.sebab aku antara peminat ikan keli.mmg minat gile la....nak2 kalau goreng...nyummy...tp bile aku baca berita kat KOSMO semalam (19 Mei)...yarks...meloyakan sangat...

hari ni punya berita ikan keli kena sijil halal plak kan... lihatlah keadaan dunia sekarang... ikan keli pun nak kena sijil halal..sekarang ni yg halal belum tentu halal sepenuhnya kan... mula berasa curiga... sebab kita as consumer tak tau mana penjual dpt bekalan ikan2 tu sume...yg kat pasar malam, yg kita beli kat kedai yg sememangnya dah siap di masak kan... kita tak tau pembekal dia..unless kite pergi beli sendiri kat penternak ikan keli...sekarang kan ramai org yg menternak ikan keli...

PETALING JAYA - Pengusaha ternakan ikan keli di negara ini perlu mempunyai sijil halal yang sah kerana mereka juga bertindak sebagai pembekal yang memasarkan produk itu kepada pihak lain seperti peruncit.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.

"Sebagai pembekal, mereka mesti ingat kalau mereka tak ada sijil halal, tidak boleh bekalkan sesuatu barang itu kepada para peruncit yang menyediakan bahan-bahan halal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh yang didakwa penduduk dicemari dengan air sisa kumbahan dari ladang ternakan babi berhampiran.

Jamil bagaimanapun memberitahu, pihaknya bersedia untuk melakukan siasatan di tapak 10 kolam ternakan ikan keli tersebut.
sumber ; KOSMO! Online , 20 Mei 2009.
selepas ini aku akan berfikir2 untuk makan ikan keli terutamanya di warung2 atau kedai2. . . . .

0 tukang komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...