Minggu lepas, ada perkhemahan badan beruniform di sekolah. Saya terlibat di sebelah malam sahaja. Dua malam tidur di sekolah. Emak saya demam. Sabtu malam saya dah batuk2, ditambah pula dengan aktiviti jangan pandang belakang. Gagahkan diri walau tahu badan tidak enak. Amanah harus dijalankan selagi mampu. Balik dari perkhemahan, terus terbaring. Demam sudah. Jumpa doktor. Dapatla mc 3 hari. Jadinya saya hanya ke sekolah 2 hari sahaja. Itupun tak larat. Sehingga ke hari ini, batuk dan selesema saya masih ada. Demam alhamdulillah sudah kebah. Sekarang harus berhati2 kerana virus influenza A merebak. Antibodi kena kuat. Tidak lupa memohon kepadaNya.
kepada yang demam di luar sana, makan ubat ikut saranan tuan doktor ye. Mahu cepat sembuh? Rajin2 makan ubat (bukan macam saya, skrg skip2)... bile nak baik??
mujur cuti sekolah ~ ~ ~
ok...selamat berpuasa
0 tukang komen:
Post a Comment