CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 19

~ isu ~

Salam. nampaknya sudah sebulan aku tidak mengemaskini blog ku ini. tidak punya idea hendak menulis ape. nak tulis catatan harian terasa membosankan kerana hari2 kulalui adalah sama, dan tidak ada cerit yang menarik. tadi membaca blog ntah sapa2 yang tidak ku kenali. google je.. then jumpa... then baca...

lately ni bila adanya majlis perkahwinan, ku lihat, anak2 remaja sekarang (termasuk mak2 dan makcik2 nya)... tidak berpakaian kebangsaan... memang takde dalam undang2 pun wajib pakai baju kurung (kebangsaan) sewaktu majlis perkahwinan, tetapi bagi aku tidak manis jika kita ke majlis perkahwinan dengan jeans + tshirt / blouse... untuk perempuan laaa... kan manis berbaju kurung... berbaju kebaya... kanak2 mengenakan gaun adalah fesyen mereka... tetapi akhir2 ini kerap aku lihat berpakaian macam nak pergi window shopping... mungkin dah bosan agaknya berbaju kurung... ape nak jadi kan...

dan semakin banyak kes isu pembuangan bayi... tadi di sekolah kami mengetengahkan isu ni... orang yang berzina ni, terus je dapat baby (mengandung)... orang yang dah kawin, betul2 nakkan zuriat, tidak dapat... ya, ianya bergantung pada ketetapanNya... tapi, tak sedar ke.. yang lahirkan anak luar nikah tu, dahla dosa berzina, pastu dosa buang anak lagi, kalau anak mati, tak ke dah dosa membunuh (walaupun secara tidak sengaja)... nauzubillah... dunia semakin hari semakin panas... tanda2 akhir zaman pun dah nampak... taktaulah mana lagi berat... kiri ke kanan, mudah2an kanan la kan... Insya Allah...

tak taula bile dapat mengelilingi kaabah... semoga tercapai sebelum ajalku tiba... insya Allah...

p/s : bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka (pesanan untuk diri sendiri dan rakan2 ku).. semoga kita di jalan yang benar... mudah2an hidup dirahmatiNya...

1 tukang komen:

syed mohammad sahir bin syed hassan said...

thanks mengingatkan diri ku yang sentiasa lupa ni..hehe
selamat mengikat tali pertunangan...jgn lama2 bertunang yer..nnt mcm2 buleh jd..cam adik aku last2 laki tue nak putuskan pertunangn dia..sadis betul..wat majlis pertunangan berubu riban habis..huhu...sabar jela..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...