CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 28

12 Rounds

Movie : 12 Rounds
Location : TGV Jaya Jusco Seremban 2
Time : 400 pm
Rate : 5 STAR

Cast : John Cena (Detective Danny Fisher), Ashley Scott (Molly Porter), Aidan Gillen (Miles Jackson), Brian J. White (Det. Hank Carver), Taylor Cole (Erica Kessen), Gonzalo Menendez (Special Agent Ray Santiago), Steve Harris (Special Agent George Aiken) - ini watak2 yang masih melekat dalam ingatan aku.

Detective Danny Fisher is about to have the worst day of his life. A nearly untraceable internationally-known terrorist named Miles Jackson has kidnapped his girlfriend Molly Porter and forced him into "12 Rounds" of dangerous games carefully plotted throughout the streets of New Orleans. Danny struggles to keep focus while the obvious ticking clocks and crude consequences that accompany each one of these "rounds" do their best to derail him from rescuing the love of his life before it's too late. (www.imdb.com)

Round 1 - Rumah Danny meletup
Round 2 - Molly kena culik
Round 3 - Tempat pertama Miles & Danny berjumpa.
Rpund 4 - Balai Bomba tempat adik Danny.
Round 5 - Amik dua peti keselamatan - bomb actually.
Round 6 - Sampai ke dek sebelum bom meletup - at last letup dlm laut.
Round 7 - Selamatkan diri daripada lif tu terhempas ke bawah.
Round 8 - Jumpa Molly dalam bas 5050.
Round 9 - Berhentikan tram
Round 10 - George Aiken jejak kawan Miles
Round 11 - Miles jejak Aiken (kilang meletup) - watak Aiken mati.
Round 12 - Cari Molly. And Danny found her.

Faham?? tak faham pergi tengok sendiri. Tapi kalau tengok second time confirm aku tak tido.

Cerita biasa penonton bagi ayat macam ni "dia hero. hero takkan mati punya la"

why not end up dengan hero mati.. lain sket..

Next movie must watch : Fast & Furious 4 (2 April 2009)

Kota Kinabalu - Part 3

22 Mac 2009 - Ahad

Wake up at 6am. solat & take a shower. turun breakfat dan kami ke Pasar Philipin. untuk kaum adam, tempat itu agak membosankan. untuk kaum hawa. YES. sebabnya ada rantai, gelang, brooch, beg comel2 and etc.

aku beli brooch untuk min,dira & asma. also brooch for me - black & purple, serta yang kiut miut tuh. dan tak lupa kekasih hatiku - butang baju melayu.. agak2 dekat 200 jugakla habis kat pasar tu.

after that aku meronda di warisan square. lokasi bawah hotel tu. tujuan cari carlo rino & sembonia. akhirnya aku pun beli la beg kar CR. tengah2 nak bayar tu, adik datang 'nani, cuba ko tengok tu'.. aku pun menoleh dan tergamam 'apsal ko x ckp ada sembonia. buatnya lagi cun'... nak sedapkan hati after bayar di CR, jalanla jengok sembonia. mujur takde yang berkenan.. tak belek sangat pun. takut menyesal. after that kul 1 kami checkout.

khairul datang. minta tolong jasa baik hantar g airport. after check in di airport, kami lunch di Putatat. after lunch duk la tercangak2 kat KKIA tu. penerbangan MAS berlepas tepat pukul 530 petang dan kami sampai di KLIA jam 8malam.

sekia - berita dari KK..
percutian merehatkan minda & menghabiskan duit ku . . .

Kota Kinabalu - Part 2

21 Mac 2009 - Sabtu
Wake up at 6am.. terpisat2 lagi nak bangkit menunaikan solat subuh.. dua kali tengok jam baru teringat subuh di KK awal sejam.. melompat aku bangun sebelum jadi subuh gajah.. he3.. Then mandi2, siap turun breakfast.

After breakfast, we go to Kundasang. Pergi kaki Gunung Kinabalu.. Sejuk.. Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam.. Lunch di pekan Kundasang.. Pulang sewaktu hujan turun.. Berhenti membeli souviner.. Macam biasa wajib beli t-shirt dan key chain.. Ku bekalkan magnet untuk ofismate.. dan ku bekalkan juga t-shirt serta keychain untuk fairiz.. Selepas itu, kami ke jambatan Tamparoli.. Hujan kan.. Jadinya kami hanya melihat dari jauh.. serta air sungai naik.. keta memang xleh lalu la.. kang hanyut di bawa air sungai yang deras itu..

Selepas itu kami singgah di 1 borneo.. ku pusing2 cari beg tangan.. tiada yang berkenan.. pukul 5 kami pulang ke hotel.. tapi aku, zila n adik perfi CP (depan hotel)... mission cari carlo rino & sembonia (bajet kat semenanjung takde kot kedai tu).. ha ha ha.. malangnya takde pun kat CP tuh.. kami pulang dan pergi dinner di Kampung Nelayan..

Sambil makan ada persembahan kaum Sabah. Menari2, tarian yang guna buluh tu.. ape namanya?? sumpit lagi.. bila mereka turun nak panggil tetamu untuk turut serta, kami segera buat2 makan.. wakakaka.. hasilnya berjaya.. makan. makan. makan dan makan.

balik hotel kami tido..

Monday, March 23

Kota Kinabalu - Part 1

20 Mac 2009 - Jumaat
Jam menunjukkan angka 630 pagi. Setelah di kejut oleh Fairiz, aku bergegas menunaikan solat Subuh dan mengemas segala kelengkapan untuk bercuti di Sabah. Mengemas apa yang patut. Install game ke dalam PSP ku, supaya perjalanan ku tidak membosankan. Setelah mengemas apa yang patut, aku dan kakak ku bertolak ke RHB Bank, Senawang dan Bank Rakyat. (faham2 jela ye kalau nak pergi berjalan). Kemudian kami ke UOB Bank, Seremban - kakak membayar kredit kadnya. Supaya boleh shopping sakan (adakah???). Setelah selesai segala urusan kami di bank2 berkenaan, kami bergerak ke UKM untuk mengambil adik kami, dan terus ke LCCT.
Penerbangan kami, AK5108 Kota Kinabalu, Jam1415. Kami tiba di LCCT jam 1200 dan makan tengahari. Sesudah selesai, kami terus beratur untuk check-in. Begitu ramai orang. Terutamanya rakyat Dhaka yang hendak pulang ke tanah air :-) terasa macam bukan kat Malaysia plak. Bangladesh? Dhaka kat Bangladesh ke? (malas nak search kat mr. google).

Flight delay pulak tuh. Pukul 3 baru terbang. Sampai lambat la. Kesian kat khairul kena tunggu setengah jam. Dalam plane aku macam orang gila. Ha ha ha...bapak bosan dengan penerbangan yang mengambil masa 2jam 25minit. Adik aku cakap tak boleh main psp. Ceh... Tapi aku rasa boleh. Maka dengan itu, aku dan adikku memekak la dalam plane tu. Memekak sekadar didengari kakak kami. Hua2. Dia nak tido pun tak boleh. Sebab ktorg kacau dia dan pau dia (nasi lemak, hot milo, iced lemon tea & milo). Heee... Geram je dia... wakakaka... Kami tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu jam1725. Khairul sudah menunggu bersama Myvi goldnye... Dia just hantar kami ke Imperial International Hotel di KK. Ingat nak ajak gi 1Bormeo. Tapi pulang ke kampung katanya. Thanks for jemput we all.

After check-in, kami lepak2 dan kemudian ke pasar Philipine untuk dinner. We ate ikan bakar, sotong bakar and wings. Agak kenyang jugak la. Sampai tak larat nak berjalan2... After that, kami berjalan2 di sekitar - shop lots. And we go back to sleep. At 9pm. Pukul 9 dah balik hotel. Bosan giler. Takde tempat nak berjalan2.

Okey....tunggu next entry.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...