CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 20

W42.18.19.10.2008

week 42
18 & 19 october 2008

18 october
open house au3,nilai k15 & bukit mahkota + habib

tepat jarum pendek jam di tangan menginjak ke angka 10, aku bergegas amik kunci kereta dan bergerak ke bus stop tepian gelanggan untuk amik ira. dia nak pergi karnival kerjaya kat ukm, aku nak pergi beraya sakan. tapi tetap bawak CV and all the certificate (konon nak cari kerja pas raye la) :p

semasa di dalam perjalan, mahzan call "nani, ko dah sampai mane?" aku baru sampai nilai. sebaik dia letak telefon aku pun memecut kereta ku kerana ku sangkakan dia dah berada di tempat yang dah dijanjikan (pusanika). yelah, tak pernah2 tepati janji, tiba2 dia dah sampai (macam dah sampaila sebab 2 kali dia call aku). alih2 aku sampai kat situ dia kat rumah lagi..
mahzan memang tetap mahzan. tak pernah tepati masa. 45 minit jugaklah aku tunggu kedatangan dia dan viva hijaunya. si dira and asma yang kat south lake city pun dari 1030 dah tunggu kami (si viva hijau). hmmm... tepat kul 12 barulah kami sampai ke destinasi pertam (south lake city aka banar tasik selatan). masuk2 je kereta " kitorg dah macam tugu negara tunggu ko mahzan"...pergh...amik ko...tapi dia mcm biasa la...masuk telinga kiri kuar telinga kanan tak singgah pun kat hati dia...ha3 :(

then jalan punya jalan punya jalan, sampailah ke destinasi utama, rumah abg syuk, open house... adalah 45 minit kami kat situ. spageti, laksa johor n nasi briyani. pastu mahzan drop aku,dira n asma kat lrt setiawangsa, yang sepatutnya ktorg pergi wangsa maju tapi x jumpa jln.. confius dgn direction abg syuk :p

dorg balik umah, aku g masjid jamek (semua house, habib jewel). my parents dah tunggu situ tuk trade in :) dptlah gelang n cincin baru... thank you abah & emak :) aku punya gelang n cincin sebijik mcm adik aku punye... "laaa....sama lagi..mm"

then kami ke bukit mahkota, rumah kenalan lama abah ku. masuk2 je... "eh.eh.macam mana ko ada kat sini"....si fuadi, dak kolej merangkap fakulti ku tapi lain course. dia terkejut, aku pun terkejut...ha2... rupa2nya tu rumah kenalannya :p suspen je sebab aku igt tu umah dia... ha3...

pastu kami g ukm tuk amik kereta yg aku bawak then g nilai rumah kawan ayahku juga di kuarters klia, K15 blok F... pastu terus gi umah maksu kat senawang, aku bawak dgn berhemah sbb ayah ku ikut di belakang.... "he will follow me"... jeng2...

balik umah, mandi then terbongkang tido (tak senonohnya. terbongkang).

19 october
felda lui selatan, umah jiran & port dickson

kami bergerak ke felda lui selatan (umah pak long aku), dan perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. untuk beraya. makan2, tido2, tgk tv, balik :) ahaks.... raya sakan tu

then bertolak pulang jam 4 ptg, banyak sungguh kereta di jalan...sampai rumah hampir kul 6 ptg. beraya rumah jiran (open house). tak sempat g rumah dira kat sungai buloh sebab sudah lewat petang. then aku, abah & emak gi port dickson, rumah makcik ku... minggu depan dia wat open house, tapi mak abah x dapat pergi sebab pergi kelantan. aku takut tak sempat sebab minggu depan rakan sekelas ku melangsungkan perkahwinan. sampai rumah jam 10 mlm.

mandi, baring2, gayut...

nak bagi nasihat sikit, kalau korang dah penat tak yahlah gayut lama2...
mcm aku la....penat dia bercerita di hujung talian, tapi aku terlelap...sedar2 je dengar orang jerit "HELLLLOOOOO!!!!" hahahaha... sakitnya hati dia. maaf ye bang, tak sengaja.ngantuk sgt :p

habis dah...tak menarik pun tapi saje je post ngarut2...

bye2

Thursday, October 16

:: terima kasih cinta ::

Kehidupan di dunia ini tidak akan lari daripada untuk disayangi dan juga menyayangi. Sayang antara manusia dan Pencipta, sayang antara sesama manusia, sayang dengan makhluk yang diciptakanNya. Syukur sebab diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini untuk merasai nikmat kasih sayang.

Terbaru, semua sedia maklum, ada dua kes pembuangan bayi di sebuah negeri di negara ini. Aku betul-betul tak faham, seseorang yang inginkan anak untuk disayangi, telah kehilangan kandungannya. Semoga Allah memberikan dia yang lebih baik pada masa akan datang. Ingat, Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya jika Dia tahu hambanya itu tidak mampu memikulnya. Setiap ujian, pasti ada hikmahnya, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Ayat ni selalu sahabat aku bagi jika aku ada kesulitan. Thanks my friend for being there when I need somebody to talk to. Thanks. Akan aku sentiasa ingat kata-kata tersebut.

Kuatkan diri, forget what is past. Hidup mesti diteruskan. Guru yang terbaik adalah pengalaman yang banyak memberikan kita pengajaran. Yang lepas, biarkan ianya berlalu. Kalau dikenang-kenang pun, kita yang susah hati.. tak betul apa aku cakap?

hmmm...hidup aku pun ada pengalaman jugak. Dalam bercinta ni. Dengar lagu kat post aku sebelum ni.. Begitu mendalam maksudnya untuk ku. dan dia, Fairiz Haidad.

Kami berkenalan ketika berumur 8 tahun, semasa di bangku sekolah rendah. Kat sekolah ada gak orang duk gosip2kan aku dengan FH ni. Ala, cinta di bangku sekolah, cinta monyet la katakan. Tahun berganti tahun, habis sekolah rendah aku tak pernah pun jumpa dia, apatah lagi untuk mencari dia. Sebab memang dah lost contact habis. Wakti akhir form 4, ada kawan aku (member sek rendah) bercerita tentang FH. Pulak tu dia datang sekolah aku sebab ada lawan bola sepak. Di situ bermulalah kisah aku.dia.kami.

Kami serius awal 2002, aku masuk matrik, dia sambung di IKBN. Dia kerja, aku sambung di UKM. Bermula hidup aku kat UKM, bermulalah dugaan untuk hubungan kami ni. Semua penyebab datang daripada diriku ni. Yelah, pakwe jauh, kat kampus banyak plak tu duk kacau-kacau.

Dalam 3 tahun je aku di kampus, 2 kali kami clash. Paling lama dekat setahun kami clash sebab aku couple dgn org lain. Jahat tak aku ni? Tak setia kan. Bukan sebab tak setia,sebab benda lain yang tak perlu diketahui. Melibatkan keluarga. Walaupun putus, tapi dia tetap contact aku, boleh dikatakan setiap minggu. Aku still layan sebab aku masih syg kat dia. Aku bukan kejam, tapi terpaksa. Mujur akhirnya aku dengan budak sekampus ku putus akhirnya. Tapi parah jugaklah aku. memang putus cinta katakan, agaknya macam tu la apa yg dia rasa kan? what goes around will come around. Hukum karma :)

Bulan 3 2006 kami berhubung kembali sehingga saat ini, alhamdulillah. Dia berikan pengajaran. Mengenalkan aku dengan insan yang salah sebelum bertemu yang sebenarnya. Semoga pilihan ini yang terbaik. Hanya Dia yang tahu perjalanan hambanya. Kita perlu berusaha.

Sekarang, kami berusaha kumpul duit...Kuang3...Bapak ku suh kawin weh... Lama sangat bercinta..

Apa-apa pun, sahabt handai, rakan taulan tunggulah berita terbaik dan gembira dari aku.dia.kami untuk semua.

Amin...doakan terbaik buat KAMI.

terima kasih cinta

Lirik Lagu Afgan - Terima Kasih Cinta

foto afgan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Video Klip Afgan - Terima Kasih Cinta

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Monday, October 13

raya+cukur jambul+open house=tired+satisfied

salam

1st of all masih sempat mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam di seluruh dunia. Syawal kan sebulan.

and really thanks to those who came to my house yesterday and sorry coz not all my frens are invited because this year is small one.Sekali dengan cukur jambul anak buah thats y open house star lambat n habis awal coz today already work. tired ma nak kemas umah.aku sorg je kerja hari ni.semua or amik cuti nak clean up the house.bukan xmau amik cuti, cuti tinggal sehari.bulan disember masih jauh lagi :)

penat memang penat.tp semalam best la...yg best tu kesian kat pakwe ku..hu3...dikenakan habis2an oleh abg ipar dan maksu ku.. :)

anyway, thanks 4 those who came yesterday.nothing to say.no idea right now.

ain insyirah today - 1 month and 2 days. growing up in front of me, our family...

okeylah..nak pergi amik medical claim ;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...