CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 25

5 days to go

Nampaknya lagi lima hari Syawal menjelma. Segala persiapan dah siap ke?? Aku tak siap lagi... tiba2 jadi malas nak jahit baju raya.. wawawa...

Ni ka office, macam biasa sistem problem... Lepas sistem merged, byk prob... tak taula nape... Hari ni tolong team Singapore plak... Quit similar with Malaysian C... (u don't know what i mean)... ha3...

Malam tadi sambut birthday Umairah yang ke-5... beli black chocolate (coklat + butte)... x sedap sgt cream dia... uwek... hmm dah besar rupenya kakak... salam pun dah xnak kiss pipi... malu...

hmmm.. ape nak cerita eh...semalam aku MC sebab dah 3 hari sakit kepala dgn tengkuk...g jmps dktr, dpt pain killer, alhamdulillah hr ni okey... nak tukar spect la... klu nak ngadap komputer almost 8 hours better spect macam mana eh... hmm... xtaula power naik ke turun...

oklah line dah clear...

selamat berbuka

Tuesday, September 23

Komputer boleh bawa maut???

Hello everybody..

Now,kat office.System problem again n my head also sakit balik...dari petang semalam sakit x hilang2. takkan nak telan actifast hari2 kot? x elok kan...

ni tgh sakit kepala tahap &*#^^@%$&*( sampai ke belakang tengkuk sakit. ikutkan hati nak tidur je... tp nak tidur pun susah sbb dah sakit sgt...

tapi gagah plak aku menekan2 keyboard ni... (hihihihihi)...

td nak cari artikel ttg sakit kepala... then, terjumpa benda lain plak Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

meh sini aku syer sikit,,,, xtau nak ckp aku repost dari siapa sebab byk sgt org yg mengepos tentang ni... so, i think newspaper kot...

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit
sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). . Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru..

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya



since my job every minute & every hour kena tenung komputer, so, i share this article with everyone who read this... thank you.

Monday, September 22

ku pohon restu ayah bonda

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

9 days before 1st Syawal

Assalamualaikum

Hmm...di kala kebosanan di pejabat, sebab system problem lagi...jadinya aku pun curi2 la tulang tangan ni untuk menekan2 keyboard mengepost benda ni...he3.. (kalau cikgu BM tengok mesti gagal).

Sekarang jam 11.37 pagi, sistem sekejap boleh masuk sekejap tak boleh. bila boleh masuk tiba-tiba tak boleh simpan plak semua data2 tu...ceh..sengal!!

Hmmm....lambatnya 430..nak balik tgk baby...

Semalam kan aku gi berbuka puasa dgn buah jantung...g buka dekat arena jusco je sebab dia ni jenis makan nasi... aku makan nasi putih+ayam merah+telur dadar (RM6.40), air tembikai (x sedap sebab dia guna buah yg tak elok)...aku minum sikit gile...jual balik kat kedai tu pun xpe...beli chocolate indulgence 1 slice...nyum2...yummy...

before berbuka tu aku g bayar zakat, then cari angpow tuk duit raye.. RM1.20 untuk 10 sampul (1 paket).aku beli 10 paket (RM12.00)... beli dekat popular....then kami jalan2 tgk baju baby...semua tomei2...padahal br semalam gi belikan syirah baju pink..

pastu dia beli sinar, aku beli intrend...cari seat kosong duduk membaca sementara tunggu jam 6ptg.... then g la buka puasa... pastu terus balik sbb dia nak balik melaka plak... :)

mlm td wan syirah datang dgn makcik n pak ngah nye.... pastu duk borak2 sampai kul 11.30 malam then aku pun masuk tidur...

tu jela

balik umah kang, malam kang aku story mory lagi....chau cin cau






Sunday, September 21

10 days before raya

Salam semua...

Macam mana dengan persiapan raya? baju raya? kuih raya? langsir raya? kasut raya? duit raya?
hu3.... mesti hampir siap kan? Baju raya baru siap 2 pasang... start esok hari2 kena jahit sepasang... kuih raya? dah buat dah cuma belum dapat lagi... he3... buat kat kedai kan... langsir raya?? xdelah..malas... sebab bilik dah kena operate... kasut raya? sandal je... tahun ni dah bekerja jadinya beli sikit la...sebab duit sendiri kan. kalau belum keje, rembat je... pama bayarkan... he3... duit raya?? dah tukar kat bank tapi sampul raya x beli lagi...katner ada jual eh?? popular ada ke??

Hari ni bangun terus jaga baby syirah... sampailah dia tertidur... pastu lipat kain seminggu punya stock for 7 pax... tapi sikit la pulak... minggu lepas banyak gile... penuh satu bilik...

tahun ni raya baju boria family warna coklat gold gitu... adik aku yg pilih... x lawa... hu3... ha3... disebabkan dah beli terpaksa la potong, jahit dan pakai dengan sendirinya...

apa lagi ek??? bosan la... selalu main game... tadi download 2 game from reflexive.com tapi xleh install plak... maybe that PC dah virus kot... asyik downlad game je... org kata download game byk2 ni leh rosak PC... tp dah addict la main game... the sims 2?? lama gile tak layan... pasni layan la balik klu rajin sebab dah bosan...

Now 1254 pm... petang ni nak g berbuka puasa dengan buah jantungku... kat jusco maybe... zakat x bayar lagi ni... petang ni insya allah... nak makan ape ek? dia nak makan nasi... kat jusco??? food court, chicken rice shop....tu jela...tp dia x suka CRS... silap2 makan KFC je... hua3... miss KFC... dah dekat stgh bulan x makan, last sekali birthday asma....

ape lagi ek???





okeylah... selamat berbuka puasa dan selamat menyediakan persiapan raya... esok isnin, kembalki bertugas,,, harap system x problem lagi... k ... chau

Saturday, September 20

R.O.O.M operation

Assalamualaikum & Morning everyone....

Di hujung minggu begini, masa yang terbaik untuk bangun lambat daripada biasa. Selalunya 5.ooam bangun sahur & terus siap2 untuk bekerja... tapi di hari sabtu & ahad ni, peluang untuk tidur lama serta bangun lambat tak perlu disia2kan walaupun ada yang mengatakan anak dara tak molek bangun lambat2.
Tak lambat manapun... 830am aku dah bangun dah...tu pun sebab gegaran di pintu... ha3... my abah kejut... operation room...

1stly I throw everything that unuseable...actually I need to clear my room because got termite..hu3..
lots of them...so, what left in
my room??????
bed, meja solek, almari... the important one...hu2...so my room became clear and looks empty.


ha3...
ni pun x habis kemas lagi sbb duk main dgn syirah...tapi dia dah tidur & my parents pun dah pergi balik kampung. aku pun curila sedikit masa untuk memblogkan diri ini. Jap g sambung kemas apa yg patut n yg penting before my dad balik everything clear..SIAP semua...


hu2...next week kan dah raye..baju raye x siap lagi..baru siap 2 pasang... that pic is ain insyirah

+++++ sedikit renungan +++++

Sbnrnye majoriti bangun awal untuk bekerja melainkan yg office dia 5 minit dah sampai. tapi weekend atau public holiday kita tidur berlebihan daripada biasa. Ada yg akan tidur sampai tengahari dan x ketinggalan juga yg tidur sampai tak subuh + zohor sebabnye tido lambat.

Actually ia adalah satu perkara yg salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock.

Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang disebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.


Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol.

Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.
Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.

Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah
keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di
penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur. Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan.

Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segala kebaikan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu
dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita di bulan Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih.


Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.


Justeru, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulahformula kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang di tuntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah.

dipetik daripada http://txh62.tblog.com/post/378338 (renung2kan dan selamat beramal) :)

Friday, September 19

SYSTEM ERROR!!!

Kelmarin, semalam dan hari ni...sistem ni asyik problem je...sengal...seb baik leh surf internet...

Dari pagi sampai sekarang (12.28pm) baru approve 3 reports... bile dah macam tu jadi malas, semalas-malasnye... Sebab tu tiba2 je aku posting benda ni... ha3... bajet nak delete this account sebab x aktif kan... hu3... ha3... hua3...

jap ye...sistem dah okey.. jap g sambung.... sebab bile sistem dah okey kena buat cepat... nak sampai target... kang kena bambu je... baik x yah.. (w/pun xde yg bambu)....

macam mana nak mencantikkan blog ni ha...ada sape2 boleh bantu x?

kuang2.... x reti nak menggodam blog ni... friendster reti la...

lalalalalala

k lah...jumpa esok atau malam nie....

rindu kat ain insyirah... "hr ni mak nani x kiss syirah sebelum g keje..." mana xnye...syirah tidoq dalam bilik...selalu tido depan tv...

selamat berbuka puasa semua


updated-
now pukul 4.28pm...masa untuk shut down pc...
angkat beg, kaki n blah
nak balik umah , kangen sama insyirah
hu3...sebelum tu kite shop kat watson dulu....my dad pick me at 5pm


selamat berbuka...jgn makan byk2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...