Kehidupan di dunia ini tidak akan lari daripada untuk disayangi dan juga menyayangi. Sayang antara manusia dan Pencipta, sayang antara sesama manusia, sayang dengan makhluk yang diciptakanNya. Syukur sebab diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini untuk merasai nikmat kasih sayang.
Terbaru, semua sedia maklum, ada dua kes pembuangan bayi di sebuah negeri di negara ini. Aku betul-betul tak faham, seseorang yang inginkan anak untuk disayangi, telah kehilangan kandungannya. Semoga Allah memberikan dia yang lebih baik pada masa akan datang. Ingat, Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya jika Dia tahu hambanya itu tidak mampu memikulnya. Setiap ujian, pasti ada hikmahnya, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Ayat ni selalu sahabat aku bagi jika aku ada kesulitan. Thanks my friend for being there when I need somebody to talk to. Thanks. Akan aku sentiasa ingat kata-kata tersebut.
Kuatkan diri, forget what is past. Hidup mesti diteruskan. Guru yang terbaik adalah pengalaman yang banyak memberikan kita pengajaran. Yang lepas, biarkan ianya berlalu. Kalau dikenang-kenang pun, kita yang susah hati.. tak betul apa aku cakap?
hmmm...hidup aku pun ada pengalaman jugak. Dalam bercinta ni. Dengar lagu kat post aku sebelum ni.. Begitu mendalam maksudnya untuk ku. dan dia, Fairiz Haidad.
Kami berkenalan ketika berumur 8 tahun, semasa di bangku sekolah rendah. Kat sekolah ada gak orang duk gosip2kan aku dengan FH ni. Ala, cinta di bangku sekolah, cinta monyet la katakan. Tahun berganti tahun, habis sekolah rendah aku tak pernah pun jumpa dia, apatah lagi untuk mencari dia. Sebab memang dah lost contact habis. Wakti akhir form 4, ada kawan aku (member sek rendah) bercerita tentang FH. Pulak tu dia datang sekolah aku sebab ada lawan bola sepak. Di situ bermulalah kisah aku.dia.kami.
Kami serius awal 2002, aku masuk matrik, dia sambung di IKBN. Dia kerja, aku sambung di UKM. Bermula hidup aku kat UKM, bermulalah dugaan untuk hubungan kami ni. Semua penyebab datang daripada diriku ni. Yelah, pakwe jauh, kat kampus banyak plak tu duk kacau-kacau.
Dalam 3 tahun je aku di kampus, 2 kali kami clash. Paling lama dekat setahun kami clash sebab aku couple dgn org lain. Jahat tak aku ni? Tak setia kan. Bukan sebab tak setia,sebab benda lain yang tak perlu diketahui. Melibatkan keluarga. Walaupun putus, tapi dia tetap contact aku, boleh dikatakan setiap minggu. Aku still layan sebab aku masih syg kat dia. Aku bukan kejam, tapi terpaksa. Mujur akhirnya aku dengan budak sekampus ku putus akhirnya. Tapi parah jugaklah aku. memang putus cinta katakan, agaknya macam tu la apa yg dia rasa kan? what goes around will come around. Hukum karma :)
Bulan 3 2006 kami berhubung kembali sehingga saat ini, alhamdulillah. Dia berikan pengajaran. Mengenalkan aku dengan insan yang salah sebelum bertemu yang sebenarnya. Semoga pilihan ini yang terbaik. Hanya Dia yang tahu perjalanan hambanya. Kita perlu berusaha.
Sekarang, kami berusaha kumpul duit...Kuang3...Bapak ku suh kawin weh... Lama sangat bercinta..
Apa-apa pun, sahabt handai, rakan taulan tunggulah berita terbaik dan gembira dari aku.dia.kami untuk semua.
Amin...doakan terbaik buat KAMI.
Perihal Tiga Jenis Usia
8 years ago
4 tukang komen:
amin...
:D
=)
org yg bercinta dgn rs bhagia ada potensi utk hidup lbh lama...
mudah2n la korg beranak cucu.
amin...mudah2an segalanya dipermudahkan kalau tujuan tu baik :)
thanks again tomato_biru
insyaAllah... kawen jgn lupa jemput...
alamat jgn hilangkan taw... hheh :P
Post a Comment