CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 20

~ merisik ~

merisik.
apa yang anda tahu pasal merisik?

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.


Cincin belah rotan

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


(dipetik daripada http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm )

merisik?

ye.
aku dah dirisik semalam.
alhamdulillah.
semoga segalanya dipermudahkanNya.

Saturday, November 7

~ career fair ~

ATTENTION!

CAREER FAIR
PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC)
13 - 15 NOVEMBER

Thursday, November 5

~ pergi dah ~

ello. tau kan aku ada sorg abg je. dia dah pergi mozambique. flight 2.30 am, 5 nov... sekarang tak tau dia dah sampai ke belum....

semoga selamat pergi... dan selamat balik (7 jan 2010)... solat jangan tinggal... jangan duk perabih duit je... igt duit tu turun dari langit ke??? haih! (dalam nada marah ok)...

ha.. tu je la nak kasi tau...

so, the only one brother xde 2 bulan... (tinggal abg ipar je).. keretanya ditinggal2kan dan akan dibelasah cukup2 oleh the only adik yg aku ada... habihla...

adik, ko drive sorg2... xmo ikot... takut...

ok la... bosan... want to start herbalife again.. tapi x taula kali ni camne... hope my coach wannabe I boleh ajar saya ya gimana mau guna herbalife tu dgn cara yang betul dan berkesan...

p/s : hidup sihat. hati selamat. minda cergas. ibadah insya Allah sempurna.

Mudah2an segalanya dipermudahkanNya... amin


Tuesday, November 3

~ apa? tak sambung? ~

bila mendapat berita ini, walaupun ianya tidak pasti lagi, tapi bagi aku, aku memang dah agak dah kontrak tak sambung. cara MEREKA layan persoalan kami... cara MEREKA tidak menggambarkan yang kami ni bekerja untuk mereka. apa yang pasti cukup bukan dapat gaji... walaupun lambat, mereka tetap memberi kami gaji.

mula2 aku dapat offer kerja ni, aku terima sebab dia kata kontrak. but aku assume kontrak yang renew yearly la. tapi masa taklimat dia cakap kontrak under pakej... what the ????? hmmm... kerja jela... sebab dah resign kan kerja lama... kerja pun matlamat masing2 takde... kami dibiarkan terkontang kanting menyelesaikan masalah kami sendiri... tiada feedback dari MEREKA.... kami semua buat kerja syok sendiri... sampai ada org cakap kami kerja goyang kaki...

ye.. tidak dinafikan...sampai satu tahap... memang takde kerja... bile ada kerja... mmg banyak... dan bile kerja banyakla... kakitangan2 lain mula memberi kerja yang luar bidang... nasibla... kerja kontrak.. ikut je la...

pagi tadi dapat berita yang kontrak tidak akan disambung... itu aku dah agak sebab 70% tidak sambung dan 30% akan sambung... orang lain (yang seangkatan dgnku) akan marah kalau aku utarakan pendapat yang kontrak maybe tak sambung sebab i feel it ok...

dan ianya menjadi kenyataan.

permasalahan sekarang adalah mencari kerja baru.

kerja baru yang stabil.

yang tetap.

yang tidak memerlukan aku untuk bertukar2 kerja dan majikan.

aku sudah bosan.

bosan.

bosan.

tapi hidup perlukan duit.

kalau tak. kita TAK HIDUP...

p/s : semoga doaku untuk mendapat pekerjaan yang tetap berhasil. Insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...