CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 21

:: pisang buah 2 kali ke tak? ::

dahulu.saya ada seorang rakan. dan boleh dikatakan agak baik jugaklah.
tetapi dia telah menikam saya dari belakang (mujur tidak mati).
mengkhianati perhubungan persahabatan.
selepas itu saya tidak berjumpa dengan dia lagi.
sehinggala 2 tahun yang lepas tiba2 dia muncul kembali.
fobia saya datang kembali. (takut wooo)
takut pisang berbuah dua kali (pisang memang tak berbuah dua kali eh?? setahu aku jagung ye la.tp jagung tu buah ke?)
hari ini dia sms kepada saya bertanyakan soalan.
dia rasa seperti dipinggirkan (sebab byk benda x share dgn dia...aku tunang pun br tau)
dia bertanya beberapa soalan.
aku lagak seperti artis...aku jawab "no komen"
jahat kah aku?
aku sangat fobia dengan dia.
aku cakap kita kawan jela cam biasa.cuma dah lama x jumpa rasa janggal (janggal dalam english ape eh??)
he3...pastu dia senyap.x reply dah.terasa ke beb.

untuk pengetahuan dia..aku dah maafkan dia..benda dah lama.. dah 9 tahun dah weiii...

aku dan maafkan ko...tapi untuk menjadi sahabat sekali lagi...aku xkan fikirkan..ape2pun kita tetap berkawan...

Saturday, February 20

:: kelengkapan rumah baru ::

di sini ingin saya menyatakan hasrat di mana saya ingin meminta pandangan dan bantuan rakan2 yang membaca blog ini. (ada ke orang baca?)

memandangkan saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. dan berhasrat mahu menyewa rumah yang tidak bertangga... saya ingin meminta pendapat kengkawan semua barang apa yang TERPENTING yang perlu ada pada rumah baru...

1. FRIDGE
2. DAPUR memasak (walaupun saya tidak suka memasak)
3. KATIL (tilam sahaja memadai)
4. ALMARI
5. TV (ini sangat penting kerana nanti saya mati kebosanan)

lain-lain... seli beri buah fikiran anda...

sekian terima kasih

:: kebosanan tahap maksima ::

Okey... saat-saat untuk aku menunggu kedatangan hari Isnin adalah menyeksakan... Kenapa?

Sebab factory aku cuti seminggu... walaupun tujuan asal memenuhi hari cuti adalah memunggah barang2 dalam bilik bawa ke luar... tujuan pengubahsuaian... tetapi sehingga ke detik ini satu barang pun tak keluar lagi.. tinggal esok sahaj hari terakhir bagiku untuk move out... sebab aku tak buat adalah MALAS...

Cuti seminggu tetapi aku bekerja lebih masa selama 2 hari... dan akhirnya bercuti semula..

Inilah akibatnya... kebosanan tahap maksima...

Semalam aku tidak berbuat apa2 berkaitan dengan rumah kerna aku teramat LAZY...

Hari ini kerajinan ku bertambah sket... cuma brg2 dlm bilik tak keluar lagi sebab malasnye lahh..

inilah akibatnya bila melayan sangat perasaan malas...

dan semuanya jadi malas termasuklah orang ajak berjalan2 dan dating... wakakaka...

tapi bila dah malas...duduk rumah goyang kaki dan termenung sana sini... aku mengomel kata bosan... bosan tahap maksima dan sewaktu dengannya...

sekarang salah siapa?

aku pun tiada arah tujuan sewaktu mengepost entry ini... dan aku terfikir sesuatu..

wait till next entry... I NEED YOUR SUGGESTION....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...