CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 20

Keli zat babi haram

oke.baca tajuk d atas yg agak menggelikan tekak ku la.sebab aku antara peminat ikan keli.mmg minat gile la....nak2 kalau goreng...nyummy...tp bile aku baca berita kat KOSMO semalam (19 Mei)...yarks...meloyakan sangat...

hari ni punya berita ikan keli kena sijil halal plak kan... lihatlah keadaan dunia sekarang... ikan keli pun nak kena sijil halal..sekarang ni yg halal belum tentu halal sepenuhnya kan... mula berasa curiga... sebab kita as consumer tak tau mana penjual dpt bekalan ikan2 tu sume...yg kat pasar malam, yg kita beli kat kedai yg sememangnya dah siap di masak kan... kita tak tau pembekal dia..unless kite pergi beli sendiri kat penternak ikan keli...sekarang kan ramai org yg menternak ikan keli...

PETALING JAYA - Pengusaha ternakan ikan keli di negara ini perlu mempunyai sijil halal yang sah kerana mereka juga bertindak sebagai pembekal yang memasarkan produk itu kepada pihak lain seperti peruncit.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.

"Sebagai pembekal, mereka mesti ingat kalau mereka tak ada sijil halal, tidak boleh bekalkan sesuatu barang itu kepada para peruncit yang menyediakan bahan-bahan halal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh yang didakwa penduduk dicemari dengan air sisa kumbahan dari ladang ternakan babi berhampiran.

Jamil bagaimanapun memberitahu, pihaknya bersedia untuk melakukan siasatan di tapak 10 kolam ternakan ikan keli tersebut.
sumber ; KOSMO! Online , 20 Mei 2009.
selepas ini aku akan berfikir2 untuk makan ikan keli terutamanya di warung2 atau kedai2. . . . .

Monday, May 18

POSTPAID : MAXIS vs CELCOM

Aku tergerak nak post benda ni sebab aku sangat marah dengan maxis. atau sangat marah dengan diri sendiri. sebelum ni guna prepaid, aku ke istanbul dan bangkok, takyah susah payah nak roaming bagai. automatik je. tapi bila guna postpaid, nak salinan pasport and RM300. RM300 tu walaupun ko kat luar negara seminggu je. tak ke..... (marah ni) . . . lagi senang guna prepaid la jawabnye. sengal!...

meh sini aku listkan benda2 yang aku sering buat perbandingan.. pasal harga aku tak berapa kisah sangat...yg penting servis bagus dan tak menyusahkan semua pengguna.

mula2 aku tukar maxis prepaid ke maxis postpaid - hari tu siap..dlm tempoh 2-3 jam...walaupun hari sabtu...
TAPI bila tukar celcom prepaid ke celcom postpaid - aku pergi hari sabtu jugak..tapi... yang buat aku hangin tu 2,3 hari baru leh guna line tu...

itu nasib baik aku ada 2 line..kalau satu line je (celcom) tak ke haru..sebabnya 2-3 hari tu aku nak guna line ape??? pleaselah cepatkan korang nye servis...

lagi pasal roaming2 nie...salah sendiri kot sebab tak mentelaah...tp kenapa roaming prepaid lagi senang dari roaming postpaid?????
maxis - nak salinan pasport & RM300
celcom - just mintak owner call celcom customer servis...sume settle... NO FEE oke...

yg lagi aku hangin ni, hari sabtu baru fairiz balik... dia takleh roaming sebabnya tak g customer servis...wakakakaka...stupid tul...sapa yg stupid?? kitaorang ke LINE....

confirm lepas ni ktorg nak tukar no maxis tu ke line CELCOM...
liputan pun luas...
semua senang....
walaupun customer servis hampagas!!!!

huhuhahahahha...

tak baik marah2 weh..amalan setan...
aku nak g solat isyak...bg tenang sket...
wlaupn tak tenang..

Monday, May 11

DPLI

nak buat semakan temuduga DPLI ambilan Julai 2009?
klik sini
https://www.mohe.gov.my/semakan_temuduga/default.php

inilah HASILNYA...

Dukacita anda TIDAK TERPILIH untuk menghadiri temu duga bagi Program Pengajian Pendidikan di IPTA.

mula2 tak rasa ape2, rasa biasa je.. tp bila 1 by 1 org sekelilingku berjaya untuk panggilan temuduga, sedih, terkilan, kecewa semua ada la..

kali ke dua amik DPLI, dan kali ke tiga amik KPLI

HASILNYA mengecewakan..

mungkin betul apa yg sesetengah org cakap
'terimalah hakikat yg ko mmg tak dilahirkan jadi cikgu'

agak rrrr...

hmmm... takpe, nekad sampai di sini sahaja cubaan untuk menjadi guru

I need to move forward... another step...
sampai bile? perlu cari kerja yang stabil...
duit nak kawin x cukup lagi ni...

hmm...

kepada yg berjaya...all the best..
dah dpt peluang, buat yg terbaik...jgn tak g interview plak...
ada jugak yang KENA dgn aku sat gi...(termasuk yg lain2 x dpt tu)

okey...
kepada bakal2 guru,
jadilah seorang guru yang berdedikasi..
amanah yang sangat besar tanggungjawabnya..

ALL THE BEST
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI & MERAHMATI SEMUA WARGA PENDIDIK

16 MEI - HARI GURU
SELAMAT HARI GURU

esp for my MOM

Sunday, May 3

w380i + k530i

last friday aku pergi terminal 1 untuk replace my phone

i went to VS Comm, tapi takde original phone for w380i..n for k530i also..

then, we (me & my heart) went to other booth phone...

w380i dah takde keluaran, yg tinggal only AP set..wah.. terkecewa aku sekejap

tapi k530i tu ada la yg original set..midland lagi...

memandangkan dah bulat hati nak w380i...aku beli gak walaupun AP set..

1st time in my life i bought AP set...tapi pagi tadi hp ni wat hal la plak...ni yg aku nyampah beli AP set ni.. memory stick dia problem+sengal sket+banyak...wakakakaka...
fairiz beli AP set k530i, even ada yg ori...sbbnya dia mmg selalu beli AP set...

hanginnye aku pagi2 tgk hp ni jadi sengal...baru 3 hari kat tangan aku...
huhuhuhuhuhuhu...

xpela...tunggu jela dia rosak, baru beli hp lagi...
tobat taknak beli AP set...SENGAL...

Friday, May 1

KPLI

nampaknya KPLI kali ini tidak berjaya LAGI...

kali pertama, GAGAL (maths)
kali kedua, BERJAYA (pjk) ke temuduga, dan GAGAL mengikuti kursus
kali ketiga, GAGAL lagi (maths) untuk ambilan Jun 2009

kita tunggu DPLI 11 Mei nanti

aku sangat bosan

what the !#@$%...

tersangat la bosan..hari ni kan cuti hari pekerja
tak kerja bosan
kerja pun bosan
apakah yang tidak membosankan??
kawanku kata TIDO...
kalau tido lama2 pun agak membosankan...

what should I do..

petang kang nak gi terminal 1 la...
la la la la...
mencari new handphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...