CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 21

walimatul urus

assalamualaikum semua. dan alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menjenguk blog ku ini. kesempitan masa dan juga halangan2 lain membuatkan aku tidak sempat untuk aku menegemaskini blog ini.

lihat tajuk saja pasti tertanya-tanya kan?
jangan risau. aku bukan hendak berkahwin, tetapi bulan disember ini sahaja, setiap minggu ada jemputan perkahwinan serta tak ketinggalan juga jemputan pertunangan.

tahniah kepada sesiapa yang sudah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri. semoga melayari alam rumah tangga dalam keadaan harmoni.

tidak tahu hendak tulis apa. cemburu?? memang cemburu memandangkan ramai rakan sebaya dan seangkatan ku sudah atau bakal menjadi ister serta tunangan orang. bertunang mungkin tiada beza yang ketara, tetapi berkahwinan merupakan suatu ikatan antara suami serta isteri.

tahniah kepada afidah & husband iaitu rakan sekerja ku yang telah berlangsung pada 14 disember kelmarin. tidak lupa juga tahniah kepada rakan ku sewaktu di sekolah rendah serta sekolah menengah, maryam & husband, semalam 20hb...

tahniah juga kepada fara, zawatil & khadijah yang bakal menjadi tunangan seseorang. tahniah kalian! semoga menjaga hubungan kalian dengan aman dan damai.

aku bile ye?? tidak dapat di jawab selagi tahun 2010 belum menunjukkan mukanya...

okeylah...anak buah ku dah nyanyi lagu rock tu...

jumpa di lain entri jika ada kesempatan.

kepada yang hendak berkahwin jangan lupa menjemputku. insya Allah, tiada aral akan ku pergi jua...

TAHNIAH

0 tukang komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...