Kami (aku, dira & asma) bangun seawal 530 pagi untuk memasak sarapan bagi budak2 ni makan. hua... masak mihun yg tak berapa nak lembutla... bihun bogel akak aku kata... sayur takde langsung... bihun semata2, tu pun ada letak fishball... cut cost la beb...
pukul 8am, kami (myvi zoomers) bergerak ke tol senawang dulu untuk tambah nilai touch and go. then, terus ke tol seremban/labu, amik sis huda plak. kat situ je dah 830am. Janji dengan geng2 lain pukul 9am di pusanika, ukm. Maka dengan itu, aku pun memecut, maintain 140..xtau la kena ke tak sebab setahu aku area nilai - bangi tu ada speed trap.
tepat 9am aku sampai kat ukm, yg tambah sakit hati tu, budak2 ni tak kunjung tiba jugak... orang jauh sampai dulu la... xdela jauh sgt pun...saga knight sampai, then baru nissan frontier sampai.
915am kami bergerak dari ukm menuju ke jejantas sg buloh untuk bersarapan. sampai2, makan2, borak2, kul 11am kami bergerak semula ke destinasi yang dituju. kami konvoi 4 biji kereta dan menjadikan manusianya 15 orang shj. berhenti di Tapah dan meneruskan perjalanan stgh jam kemudian. kami sampai di puncak arabella tepat jam 330ptg.
masing2 kepenatan... mana taknya, yang tak drive pun kepenatan sebab duk membebel tak tentu hala, inikan pula yg drive... kaum lelaki aku tak tau mereka buat ape. barangkali menghabiskan bihun dan membuta. manakala kaum perempuan, kemas2 ape yang patut dan memasak.
sekitar 7pm (tak berapa pasti sebenarnya), kami makan malam dan memulakan agenda pertama iaitu, pasar malam. see the pic...
ini pasar malam di brinchang. macam2 diborong... dari teh, strawberi kering, bantal, keychain dan macam2 la...penuh kiri kanan masing2. mujur tak hujan.
Perihal Tiga Jenis Usia
8 years ago
0 tukang komen:
Post a Comment