CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 31

~ bosan di kala bercuti sekolah ~

salam.

aku tak tau nak post apa untuk kali ni. bosan. entahla. feel untuk menulis dan menekan2 keyboard dah takde. semangatku luntur.

memandangkan rancangan sempena cuti sekolah adalah menyiapkan beberapa pasang baju kurung, namun, sepasang pun aku tak siap. usik gunting pun tidak. hush! kerana menjaga ain dan merehatkan diri secukup2nya. ain tidur, aku tidur... minggu yg sangat malas. mujur bulan puasa. kalau tak ~ aktivitiku adalah menternak lemak.

hari sabtu adalah hari pertama di bulan ramadhan aku ke bazar - pasar ramadhan (param). aku ke paroi jaya (stadium)... mujur x rambang mata. dan mujur tidak melayan nafsuku. agakla... hahaha... tak banyak pun beli. just beli murtabak (mak kirim), taufufa (abah kirim), kuih cara dan air bliss (kegemaran seisi rumah)... tu jela...

hari ahad aku dan fairiz ke alamanda. tujuan ~ mencari cincin tunang di habib jewel. sebab aku nak sangat habib ok. tapi bak kata fairiz "apa yg kita nak, mesti x dpt" ... ayat tu sesuai untuk aku semalam. nak cincin habib, x banyak choice... beli kat tomei... nak sandel hitam xde saiz...beli sandel putih... nak slack jenis kain x jumpa2, beli khakis... nak baju hijau, fairiz cakap macam mak orang...beli baju lain..wakakaka...huk2... nak burger king pun x dpt sebab makan pizza untuk berbuka macam nak muntah...alhamdulillah. segala2nya selesai sudah.

hari ni, isnin, hari merdeka... aku dan adik beradikku ke midvalley. sangat penat. sebab ~ berkejar2an dengan ain... heee... x snap gambar pun... x ingat pun sebenarnya. tujuan ~ nak beli belt dan burger king (kelakar tak???)... belt tak dpt... mujur burger king dpt.. teringin... kat seremban xde...

tu jelah...

esok mula kerja setelah seminggu bercuti dan bermalas2an di rumah...

oh ya... ada attend interview sewaktu cuti sekolah. start kerja 1 jan 2010. itupun klu aku nak la..

nite..

salam..

Sunday, August 23

~ Majlis Berbuka Puasa ~

Salam. Satu majlis berbuka puasa akan diadakan.

TARIKH : 5 SEPT 2009
MASA : AZAN MAGHRIB
TEMPAT : VILLAGE VIEW, BANGI

kepada geng2 yang g trip hari tu + geng2 yang sekepala... jom kita buka puasa ramai2. tapi kena ada yang volunteer. ni cadangan cik asmaa' dan en zul...

sape boleh handle? kalau boleh yang berdekatan la. mudah hendak uruskan segalanya.

abg syuk, deli, zul, hakim, bond, nani, dira, min, asmaa, ct, kak sab, kak huda, rahmah, mahzan, ann dll...

p/s:vacation to PD by the end of this year... proceed or cancel?? keadaan persekitaran perlu di ambil kira...


~ minggu2 yang berlalu ~

salam. lama rasanya tidak mengemaskini blog ini. pertama sekali, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Semoga kita dirahmatiNya dan semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita.

Minggu lepas, ada perkhemahan badan beruniform di sekolah. Saya terlibat di sebelah malam sahaja. Dua malam tidur di sekolah. Emak saya demam. Sabtu malam saya dah batuk2, ditambah pula dengan aktiviti jangan pandang belakang. Gagahkan diri walau tahu badan tidak enak. Amanah harus dijalankan selagi mampu. Balik dari perkhemahan, terus terbaring. Demam sudah. Jumpa doktor. Dapatla mc 3 hari. Jadinya saya hanya ke sekolah 2 hari sahaja. Itupun tak larat. Sehingga ke hari ini, batuk dan selesema saya masih ada. Demam alhamdulillah sudah kebah. Sekarang harus berhati2 kerana virus influenza A merebak. Antibodi kena kuat. Tidak lupa memohon kepadaNya.

kepada yang demam di luar sana, makan ubat ikut saranan tuan doktor ye. Mahu cepat sembuh? Rajin2 makan ubat (bukan macam saya, skrg skip2)... bile nak baik??

mujur cuti sekolah ~ ~ ~

ok...selamat berpuasa

Sunday, August 9

~ congratz to FARA & APEND ~

Salam. first of all I want to congratulate Faranadia (fara) & her husband Mohd Affendy (apend).

Tahniah dan semoga kekal ke akhir hayat, dan selamat menempuh bahtera berumah tangga.

07.08.09 ~ majlis pernikahan berlangsung di rumah fara. sekitar jam 930 malam. mereka mengenakan buasana berwarna putih sempena majlis pernikahan mereka.

08.08.09 ~ resepsi di rumah sebelah perempuan (garden homes, seremban 2). mereka mengenakan busana berwarna oren. nice colour.

09.09.09 ~ resepsi di rumah sebelah lelaki (taman murugasu, ampangan). mereka mengenakan busana berwarna biru. sangat cantik & saya sangat berkenan dengan pelaminnya.

nanti saya upload gmbr next n3 ok..

chau

Monday, August 3

~ saya akan sangat bosan ~


ni n3 sajesuke..

saya bakal sangat bosan bermula esok sehingga hari ahad kerana kekasih hatiku sangat sibuk dengan MERDEKA MILLENNIUM RACE 2009 (6-8 AUGUST) di litar sepang.

jadi saya tidak boleh seperti biasa :
1) ber'sms' dengan dia
2) calling2 dia ~ walaupun sekadar ckp "saje je tepon"

jadinya ~ saya hanya perlu tunggu dan tunggu sehingga dia sms atau tepon saya

jom ramai2 tengok racing... sape nak pergi ajak aku ye..

p/s: dia mewakili HONDA RACING as a pit crew not a driver...

~ dari dekat jadi jauh ~

assalamualaikum.

sepatutnya aku post n3 ni semalam. tapi baru sekarang berkesempatan ngadap laptop and menekan2 keyboard ni.

semalam actually ada kenduri di sg. pelek, sepang. (TAHNIAH! SHAHIR & MUNEERAH. SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT)

sebenar-benarnya aku decide tak pergi (atas sebab2 tertentu). then early in the morning aku jaga anak buah aku tu, sambung tidur sebelah dia... then aku pun kemas2 rumah (melipat kain yang bertimbun2 untuk seisi rumah)... pastu tetiba kul 1115 si husna sms aku

"nani.ko pergi x umah munee?" haha...gelak aku... sebab setelah ber'sms' kami membuat keputusan untuk pergi. apa lagi...siap2 cepat and aku amik huse' n adiknya di rumahnya (taman guru)... ku pikirkan rumahnya di nilai. bajet perjalanan adalah sejam. tp semuanya main redah je kan...

SEREMBAN >> nilai >> kuala langat >> banting >> tanjong sepat >> SG PELEK >>
port dickson >> SEREMBAN

(seremban >> labu >> sg. pelek) ~ septunya ye kawan2

kitaorang berjalan sambil tengok peta, sambil tanye orang, sambil berenti kat petrol pam . . nak tau tak time tu ktorg dah kat mane?? kami menuju ke banting.. banting ok..tak ke jauh jadinya tu... sampai ke kanchong darat... macam nak balik kampung aku plak... siap lalu morib lagi.. barula kami sampai ke destinasi... perjalanan mengambil masa 2 jam..gilak ah..seb baik keteku tak buat hal... (sila rujuk peta di atas bagaimana kami berpusing2)

sebelum pulang aku bertanya pada tuan rumah (munee) jalan balik yang sonang... dia suh masuk LBJ...okeyh...tapi kami ni yg 'arif' dengan geografi negeri sembilan... menonong jela pergi PD... sebab konfius antara PD dan salak selatan... (anda akan jumpa salak selatan sebelum LBJ ok) dan kami pun terlajak la sampai PD... singgahla umah makcik ku...

hehe...perjalanan balik x sampai sejam pun...aiseh! kalau ku tahu makcik ku tahu tempatnya..aku tanye awal2...

moral of the story
1) jangan decide last minute, esp tempat yg korang tak arif.
2) tengok peta betul2, survey...supaya tak menyasar jauhhhhh....
3) bak kata huse' "kita ni perlukan kekuatan mental agar tak sesat jauh"

~adios...aku nak tido~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...