CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 27

~ kesedaran ~

salam. kesedaran tentang ape? hari ni tulang belakang ku sangat sakit2 dan lenguh2. ya. memang aku TIDAK SUKA minum susu. nak2 susu warna putih dan yang berbau susu itu. yark. minum seteguk je. lebih aku buang dalam sink. dulu, pernah try anlene coklat. mujur beli small packaging. try minum. huish! tak sedap langsung. tak dapat diterima oleh tekak. aku pun bertanya2 dan searching pada mr. google. dan akhirnya aku jumpa ANLENE CONCENTRATE. so, wanna try it. maybe nak beli. tomorrow kot. so, kena kuarkan la duit. isk2... duit dah takde ni. gaji lambat lagi nieh. gara2 membeli barang lari daripada bajet. tiap2 bulan macam tu kan.

ini kesedaran yang ke2 untuk hari ini setelah aku mengira2 duit yang tinggal dalam purse ku. tak sampai RM50. minyak dah tinggal suku je. cukup 2 hari. mana nak cekau duit ni. hmmm... bila berkeadaan sebegini, mula la berfikir.. 'tula, beli macam2. out of budget plak tuh. fikirkan betul2 antara keperluan dan kehendak.'.. tapi, nila manusia... ada yang menghasut suruh membuat pembaziran. iman tak kuat lah tu. mujur aku dah tak berminat nak beli kasut2, baju2 dan seangkatan dengannya. so, harap belanjawan untuk bulan november tidak lari jauh la kan. banyak expenses bulan depan ni. so, less shopping & maintain my saving... pergh! cubaan!

okeylah... kesedaran yang ke3 untuk hari ini... mata dah mengantuk, saya nak tidur. selamat malam.

harapan : semoga tulang ku tidak sengal dan sakit lagi bila bangun esok pagi. nanti effect kat anak murid. yay!

Thursday, October 22

~ pengalaman pertama ~

aha! pengalaman pertama, setelah aku mengidam betul2 nak jadi cikgu kan...

that's it...

mula2 nak relief cikgu utk settle keje, alih2 kena jadi guru ganti untuk cikgu yang bersalin.. mujur dah akhir tahun... silibus dah habis... just buat revision je... minggu lusa exam.. (ada ke minggu lusa?).. ha ha ha...

1st masuk kelas, tahun 1 plak tu, nak2 budak2 kia2m... pergh... mula2 nak gelak gak.. last2 hangin gak laa... tp xpe... kusabarkan diri melayan mereka, tak perlu marah2 sangat..sakit kang...

semalam aku buat kemahiran membaca...

em a en gi ... mang... gi a... gis...manggis.... (faham dak?.. aku suh eja mangga, bukan manggis)...

pastu saje la letak gmbr mangga sebelah tulisan nanas...nak tau x apa jadi... n a. . . na... n a s ...nas...mangga... aku pun... SALAH!!!!

'betul la cikgu...ni kan gambar mangga...'....ahahaha...comel la tuh...

sabar2...

hari ni wat membaca lagi... ayat mudah...

Ini bola.
Ini bola Faizal.
Bola Faizal bulat.
Faizal ada 3 biji bola.
Faizal bermain bola di padang.

'cikgu, kenapa letak nama saya?'.... aku senyum jela... sebab time wat ayat2 ni aku x tau pun ada budak nama Faizal...ahahaha...

actually, copy & paste jeee...

anak2, rajin2kan membaca okeee....

esok kite bertempik lagi...lalalala...



Tuesday, October 20

~ hari ini ~

apa topik hari ini?

masih belum difikirkan.

kepala asyik memikirkan bagaimana mahu mencari duit dengan banyak dalam tempoh 7 bulan ni.

dan bagaimana mahu mendapatkan pekerjaan yang tetap dan menjamin masa depan.

dan...

saya mahu main the sims 3.

bye3

Monday, October 19

~ isu ~

Salam. nampaknya sudah sebulan aku tidak mengemaskini blog ku ini. tidak punya idea hendak menulis ape. nak tulis catatan harian terasa membosankan kerana hari2 kulalui adalah sama, dan tidak ada cerit yang menarik. tadi membaca blog ntah sapa2 yang tidak ku kenali. google je.. then jumpa... then baca...

lately ni bila adanya majlis perkahwinan, ku lihat, anak2 remaja sekarang (termasuk mak2 dan makcik2 nya)... tidak berpakaian kebangsaan... memang takde dalam undang2 pun wajib pakai baju kurung (kebangsaan) sewaktu majlis perkahwinan, tetapi bagi aku tidak manis jika kita ke majlis perkahwinan dengan jeans + tshirt / blouse... untuk perempuan laaa... kan manis berbaju kurung... berbaju kebaya... kanak2 mengenakan gaun adalah fesyen mereka... tetapi akhir2 ini kerap aku lihat berpakaian macam nak pergi window shopping... mungkin dah bosan agaknya berbaju kurung... ape nak jadi kan...

dan semakin banyak kes isu pembuangan bayi... tadi di sekolah kami mengetengahkan isu ni... orang yang berzina ni, terus je dapat baby (mengandung)... orang yang dah kawin, betul2 nakkan zuriat, tidak dapat... ya, ianya bergantung pada ketetapanNya... tapi, tak sedar ke.. yang lahirkan anak luar nikah tu, dahla dosa berzina, pastu dosa buang anak lagi, kalau anak mati, tak ke dah dosa membunuh (walaupun secara tidak sengaja)... nauzubillah... dunia semakin hari semakin panas... tanda2 akhir zaman pun dah nampak... taktaulah mana lagi berat... kiri ke kanan, mudah2an kanan la kan... Insya Allah...

tak taula bile dapat mengelilingi kaabah... semoga tercapai sebelum ajalku tiba... insya Allah...

p/s : bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka (pesanan untuk diri sendiri dan rakan2 ku).. semoga kita di jalan yang benar... mudah2an hidup dirahmatiNya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...