Amalan bersunat telah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Orang Islam dan Yahudi mengamalkannya sejak dari dahulu lagi. Orang Kristian pula telah meninggalkan amalan ini sejak dari peringkat yang agak awal. Sekarang ini ramai yang menyedari akan kebaikan amalan berkhatan dan mula mengamalkannya untuk menjaga kebersihan, mencegah penyakit dan sebagai rawatan untuk beberapa jenis penyakit.
Agama Islam mengalakkan amalan bersunat dilakukan pada hari ke 7, ke 40 atau umur 7 tahun. Dari segi perubatan bersunat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pada masa kini ada sesetengah orang berpendapat bahawa bersunat ini patut dilakukan secepat mungkin selepas lahir. Ini akan mengurangkan rasa sakit bayi dan lukanya pun akan sembuh dengan cepat. Ini juga bergantung kepada pengalaman doktor yang menyunatkan kanak-kanak tersebut.
Musim cuti sekolah telah pun bermula, dan seperti biasa, ramai kanak-kanak terutamanya di kalangan sekolah rendah akan bersunat atau pun berkhatan di musim cuti sekolah. Tidak ketinggalan 2 orang adik sepupuku.
week47
22 & 23 november 2008
22 november
home, restoran jejantas sg buloh, prima beruntung
Hari ni bangun hujan lebat, maka dengan itu aku pun menarik selimut untuk sambung tidur. Bangun masak sedikit nugget untuk santapan di waktu pagi. Selepas itu aku sambung bermain The Sims 2. Dan kami bersiap-siap untuk bergerak ke destinasi utama kami di hujung minggu ini. Rumah Cik Eda, di Prima Beruntung, Bukit Beruntung.
Jam 2 petang kami bergerak ke Bukit Beruntung dalam keadaan perut masing-masing berdondang-dendang lagu keroncong (kelaparan seh). Kami berhenti makan di restoran jejantas sungai buloh. Makan burger king. Di waktu itu aku membawa anak buahku, insyirah di dalam carry bag. ku panggil poket kangaroo. aku yang bawak dia dalam poket kanggaroo tu. senyap je dia duk dalam tu. orang lain duk tengok2, sampai akak aku cakap 'jatuhlah saham ko tgk ko bawak baby'... xpela sahamku jatuh sebab aku kan dah berpunya (insya allah).
Selepas makan kami bergerak ke destinasi utama, akhirnya tiba dalam keadaan cuaca mendung sahaja. Masuk, chit chat, mandi dan bekerja. Task perlu dilakukan, kupas kentang, kupas bawang then after siap semua melantak. lapar seh. makan lambat duk siapkan benda tu.
aku pun mainla game Ranch Rush kat laptop cikmi. gian seh main tu. 1230 mlm baru tido. sebab semua orang dah tido time tu.
23 november
prima beruntung, restoran jejantas sg buloh
kenduri bermula di awal 11 pagi. dan sebelum tu kami siap2kan la ape2 yg patut. dimulakan dengan kenduri baca yaasin oleh kaum perempuan dan selepas zohor, sedikit tahlil oleh kaum lelaki. oh ye... ini merupakan kenduri sunat adik saudara ku. Afiq & Amir. duk bertenggek kat kerusi sambil memegang kain. he3. muka bosan je masing2 sebab tidak boleh bergerak akfif (yg selalulnya akan membingitkan suasana).
selepas kenduri, kami bersiap2 untuk pulang dan bergerak pulang di kala jam menunjukkan angka 6.15. kami singgah di rest jejantas sg buloh, makan baskin robbin then solat maghrib. cuaca sepanjang perjalanan adalah hujan lebat. nasib menaiki crv, so masih boleh bergerak dengan kelajuan 120km/jam....he3...
kami singgah di rumah mak mentua kakak ku, sebab drop by dia dan daughter dia. her husband tak ikut sebab ada majlis merisik adiknya. yang bakal berlangsung majlis pertunangan pada 1.1.2009.
sampai rumah, tido.... 1030pm..
minggu yg penuh dengan aktiviti.
0 tukang komen:
Post a Comment