CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 28

:: appreciation day + babies ::

sabtu.aku dan suami ke MIECC. bersebelahan dengan MINES, serdang. ada Appreciation 87Ki Honda. aktiviti dia, makan + main game + tengok persembahan artis je. memang tertutup habislah. semua between 4 walls.

kami sampai awal jugaklah. tupun ada yang kata "rumah dekat pun datang lambat ke?" rileks la. kata registration start 9.30. kami datang 9.00 kire awal lah tu..ahahaha...

lepas tu aku ditinggalkan keseorangan sebab suami ku salah seorang penerima award - long service.. kat honda ni long service dia 5 tahun.

aku pun tercangak2 masuk hall. honda biasalah. berkonsepkan duduk & bersila... ni dgn VVIP pun duduk bersila. seb baik org jepun ni tak kisah duduk2 ni (agaknyelah). yelah, kat jepun pun diorg makan bersila je kan.

emcee pembukaan adalah kak engku. sangat comel oke. daripada aku bosan duk sorang2, dah tak bosan dah. lawak la kak engku ni. heh... sekali dengan kak engku adalah chad hotfm dgn emi radio melaka. so fun, even between 4 walls.

habis je perasmian... gedebush!! belon2 kat atas stage semua jatuh... dan2 je time tu aku rasa berlambak2 plak belon jatuh atas aku.. rupe2nya aku duduk betul2 bawah belon kat tempat penonton. miahahaha... pastu faham2 jelah... mamat2 ni g letop2kan belon tu. apa lagi. melompat2 baby aku dalam perut ni.ahahaha...

kirenya bagi aku ok lah. tak memenatkan aku. duduk je kan appreciation day dorg. sepatutnya kami nak blah kul 12 nak g wedding di melaka + tengok baby2 kat melaka. at last, cancel. laki aku cakap "kita lepak sini sampai petang la"... aku dah agak dah... ahahaha...

ahad. bangun je kami g pasar (1st time g pasar ni beli sayur2 dan lauk bagai)... hahaha.. balik, laki aku mulakan mission dia, bukak "car wash".. aku jadi baby sitter jaga adeeb n ain..sampai aku pun ngantuk.. naik bilik aku tido sampai 130... nak tolong laki aku memang tak larat lah. panas2 camtu basuh kereta. kalau sebijik takpe... 2 bijik dia bantai... nasib bukan 4 bijik... dia kata lagi 2 bijik tu minggu depan. heh...

dia masuk bilik, aku bangun...pindah tido atas katil...dia lak sambung tengok laptop (kebiasaan dia sekarang)...heh...

sedar2 dia kejut suruh siap2... oh ye. kami nak ke melaka tengok baby kawan dia, and baby ayush...

so cute their babies... both are boys...

both moms were ceaser... me? insyaAllah normal...

tapi cerita ayush la paling ngeri aku pernah dengar... sampai 4 hari dia kontraksi.. sebab jalan tak bukak.. pergh... takut lak ai...tu yang last2 dia ceaser tu...hmmm..mudah2an segala2nya dipermudahkan buat aku...amin...

moral of the story daripada banyak org...air selusuh ke..segala benda yang disuruh makan + minum ke... semuanya depend to individual...

amalan sekarang...teruskan dengan bacaan ayat2 suci al-quran... itu sebaik2nya...

SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN BUATKU YA ALLAH...Amin..

0 tukang komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...