CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 29

:: my baby ::

semalam. balik kerja menaiki kenderaan awam. bas lah ape lagi kan. sampai rumah 745pm. segera menunaikan solat maghrib. mandi. dan berehat. aku berehat serba tak kena. baring atas katil. pindah. baring atas carpet. laki aku tengok jelah.

kebiasaannya balik kerja kalau aku berehat (berbaring), baby mesti akan sangat aktif.

semalam pun sama. aktif. mula2 duk tendang2... tapi aku tak pasti dia tendang ke ape.. sebab macam rasa jantung yang laju dekat perut ku ini. lepas tu mula la dia bergerak2. memang nampak pergerakan dia. bergerak2 perut ku. Ya Allah. terima kasih kerana memberikan aku perasaan ini, dan berpeluang membawa zuriat di dalam rahim ku ini.

aku terlentang. tetap aktif bergerak.

aku mengiring ke kiri. pun sama... lagi banyak dia bergerak.

aku mengiring ke kanan. pun sama jugak.

tetiba teringat misi cakap. kalau bergerak non-stop 5 minit, kemungkinan dia terbelit dengan tali pusat.

ya Allah...aku dah risau dah... air mata dah ngalir dah ni...

pastu laki aku datang...

tolong dengar...dia kata bukan jantung... baby tendang2 (either by hand / leg)

pastu bukan main terkejut lagi dia tengok baby bergerak dalam perut aku...

:) pengalaman ni, masa ni, insyaAllah akan berulang lagi kan...

"baby tak selesa kot... tgh cari port"

ye la kot.... aku turun makan dekat kul 9... lepas makan baru dia senyap..

"baby lapar kot...."

ahahaha.... ada masa hampir 8 minggu lagi baby nak duduk dalam rahim aku...

lepas ni dah keluar tengok dunia...jumpa ibu dan ayah ye...

tak sabar nak jumpa baby ;)

0 tukang komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...