CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 21

walimatul urus

assalamualaikum semua. dan alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menjenguk blog ku ini. kesempitan masa dan juga halangan2 lain membuatkan aku tidak sempat untuk aku menegemaskini blog ini.

lihat tajuk saja pasti tertanya-tanya kan?
jangan risau. aku bukan hendak berkahwin, tetapi bulan disember ini sahaja, setiap minggu ada jemputan perkahwinan serta tak ketinggalan juga jemputan pertunangan.

tahniah kepada sesiapa yang sudah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri. semoga melayari alam rumah tangga dalam keadaan harmoni.

tidak tahu hendak tulis apa. cemburu?? memang cemburu memandangkan ramai rakan sebaya dan seangkatan ku sudah atau bakal menjadi ister serta tunangan orang. bertunang mungkin tiada beza yang ketara, tetapi berkahwinan merupakan suatu ikatan antara suami serta isteri.

tahniah kepada afidah & husband iaitu rakan sekerja ku yang telah berlangsung pada 14 disember kelmarin. tidak lupa juga tahniah kepada rakan ku sewaktu di sekolah rendah serta sekolah menengah, maryam & husband, semalam 20hb...

tahniah juga kepada fara, zawatil & khadijah yang bakal menjadi tunangan seseorang. tahniah kalian! semoga menjaga hubungan kalian dengan aman dan damai.

aku bile ye?? tidak dapat di jawab selagi tahun 2010 belum menunjukkan mukanya...

okeylah...anak buah ku dah nyanyi lagu rock tu...

jumpa di lain entri jika ada kesempatan.

kepada yang hendak berkahwin jangan lupa menjemputku. insya Allah, tiada aral akan ku pergi jua...

TAHNIAH

Monday, December 1

:: TWILIGHT ::

okey, aku dah malas nak tulis catatan harianku sebab ku rasakan setiap minggu ianya adalah perkara yang hampir-hampir sama dan aku pun agak bosan untuk menceritakannya.

jadinya, disini, di entry ini, aku hanya ingin berkongsi tentang filem yang telah ku tonton pada ahad lepas di pawagam tgv, jusco seremban2.

TWILIGHT - 2pm - hall 4

ini adalah cerita tangkap muat sebab kami hendak menonton James Bond sebenarnya, walaupun di hujung-hujung sebab kami tidak berkesempatan untuk meluangkan masa melihat james bond. tetapi memandangkan tayangan pada pukul 5petang, kami membuat keputusan untuk menonton TWILIGHT berbanding Selamat Pagi Cinta dan IGOR...

ternyata pilihan kami itu tepat dan jasinya tidaklah membazir duit tu walaupun aku tidak membayarnya (keran dibelanja).

filem ini mengisahkan percintaan vampire... aku sambung esok pagi di pejabat la...
dah malam2 ni takut plak nak cerita pasal vampire....

good night

Friday, November 28

hobi lama kembali

memandangkan setiap hari aku menganggur di kala malam menjelma, maka dengan itu, akan ku habiskan sekitar RM60 untuk membeli trio novel keluaran alaf 21. dahulu, itulah hobiku, membaca novel. tetapi dalam banyak-banyak novel, aku stuck dengan keluaran alaf 21. keluaran lain belum pernah ku membacanya lagi melainkan nukilan ahadiat akashah.

so, untuk permulaan bagi hobi lamaku ini, dan kembali bersemai dalam hati, aku memulakan trio novel november 2008.

mula-mula nak beli novel ni




tetapi tiada di popular lagi, taktaulah dah habis atau memang belum dipasarkan di pasaran. so, aku KIV dulu lah..



Then, novel ni



dah beli dah pun tadi, dekat popular sebab pilihan pertama tiada di pasaran.


dan last one for this month, this novel

so, memandagkan aku ni pembaca novel yang slow, its takes time for me to read the novel because di selang selikan dengan bermain The Sims 2 (i'm waiting for the sims 3 - addicted!).

nanti aku dah habis baca, aku story mory la... :)

p/s : u all yang beli novel banyak-banyak, after that u all simpan ke resale ke donate? TQ

kalau nak baca sinopsis, do clickat 'gengkicap'...adios!






Monday, November 24

W47.22.23.11.2008

Amalan bersunat telah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Orang Islam dan Yahudi mengamalkannya sejak dari dahulu lagi. Orang Kristian pula telah meninggalkan amalan ini sejak dari peringkat yang agak awal. Sekarang ini ramai yang menyedari akan kebaikan amalan berkhatan dan mula mengamalkannya untuk menjaga kebersihan, mencegah penyakit dan sebagai rawatan untuk beberapa jenis penyakit.

Agama Islam mengalakkan amalan bersunat dilakukan pada hari ke 7, ke 40 atau umur 7 tahun. Dari segi perubatan bersunat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pada masa kini ada sesetengah orang berpendapat bahawa bersunat ini patut dilakukan secepat mungkin selepas lahir. Ini akan mengurangkan rasa sakit bayi dan lukanya pun akan sembuh dengan cepat. Ini juga bergantung kepada pengalaman doktor yang menyunatkan kanak-kanak tersebut.

Musim cuti sekolah telah pun bermula, dan seperti biasa, ramai kanak-kanak terutamanya di kalangan sekolah rendah akan bersunat atau pun berkhatan di musim cuti sekolah. Tidak ketinggalan 2 orang adik sepupuku.
week47
22 & 23 november 2008
22 november
home, restoran jejantas sg buloh, prima beruntung
Hari ni bangun hujan lebat, maka dengan itu aku pun menarik selimut untuk sambung tidur. Bangun masak sedikit nugget untuk santapan di waktu pagi. Selepas itu aku sambung bermain The Sims 2. Dan kami bersiap-siap untuk bergerak ke destinasi utama kami di hujung minggu ini. Rumah Cik Eda, di Prima Beruntung, Bukit Beruntung.
Jam 2 petang kami bergerak ke Bukit Beruntung dalam keadaan perut masing-masing berdondang-dendang lagu keroncong (kelaparan seh). Kami berhenti makan di restoran jejantas sungai buloh. Makan burger king. Di waktu itu aku membawa anak buahku, insyirah di dalam carry bag. ku panggil poket kangaroo. aku yang bawak dia dalam poket kanggaroo tu. senyap je dia duk dalam tu. orang lain duk tengok2, sampai akak aku cakap 'jatuhlah saham ko tgk ko bawak baby'... xpela sahamku jatuh sebab aku kan dah berpunya (insya allah).
Selepas makan kami bergerak ke destinasi utama, akhirnya tiba dalam keadaan cuaca mendung sahaja. Masuk, chit chat, mandi dan bekerja. Task perlu dilakukan, kupas kentang, kupas bawang then after siap semua melantak. lapar seh. makan lambat duk siapkan benda tu.
aku pun mainla game Ranch Rush kat laptop cikmi. gian seh main tu. 1230 mlm baru tido. sebab semua orang dah tido time tu.
23 november
prima beruntung, restoran jejantas sg buloh
kenduri bermula di awal 11 pagi. dan sebelum tu kami siap2kan la ape2 yg patut. dimulakan dengan kenduri baca yaasin oleh kaum perempuan dan selepas zohor, sedikit tahlil oleh kaum lelaki. oh ye... ini merupakan kenduri sunat adik saudara ku. Afiq & Amir. duk bertenggek kat kerusi sambil memegang kain. he3. muka bosan je masing2 sebab tidak boleh bergerak akfif (yg selalulnya akan membingitkan suasana).
selepas kenduri, kami bersiap2 untuk pulang dan bergerak pulang di kala jam menunjukkan angka 6.15. kami singgah di rest jejantas sg buloh, makan baskin robbin then solat maghrib. cuaca sepanjang perjalanan adalah hujan lebat. nasib menaiki crv, so masih boleh bergerak dengan kelajuan 120km/jam....he3...
kami singgah di rumah mak mentua kakak ku, sebab drop by dia dan daughter dia. her husband tak ikut sebab ada majlis merisik adiknya. yang bakal berlangsung majlis pertunangan pada 1.1.2009.
sampai rumah, tido.... 1030pm..
minggu yg penuh dengan aktiviti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...