CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 13

CAMERON HIGLAND : part 1

Kami (aku, dira & asma) bangun seawal 530 pagi untuk memasak sarapan bagi budak2 ni makan. hua... masak mihun yg tak berapa nak lembutla... bihun bogel akak aku kata... sayur takde langsung... bihun semata2, tu pun ada letak fishball... cut cost la beb...

pukul 8am, kami (myvi zoomers) bergerak ke tol senawang dulu untuk tambah nilai touch and go. then, terus ke tol seremban/labu, amik sis huda plak. kat situ je dah 830am. Janji dengan geng2 lain pukul 9am di pusanika, ukm. Maka dengan itu, aku pun memecut, maintain 140..xtau la kena ke tak sebab setahu aku area nilai - bangi tu ada speed trap.

tepat 9am aku sampai kat ukm, yg tambah sakit hati tu, budak2 ni tak kunjung tiba jugak... orang jauh sampai dulu la... xdela jauh sgt pun...saga knight sampai, then baru nissan frontier sampai.

915am kami bergerak dari ukm menuju ke jejantas sg buloh untuk bersarapan. sampai2, makan2, borak2, kul 11am kami bergerak semula ke destinasi yang dituju. kami konvoi 4 biji kereta dan menjadikan manusianya 15 orang shj. berhenti di Tapah dan meneruskan perjalanan stgh jam kemudian. kami sampai di puncak arabella tepat jam 330ptg.

masing2 kepenatan... mana taknya, yang tak drive pun kepenatan sebab duk membebel tak tentu hala, inikan pula yg drive... kaum lelaki aku tak tau mereka buat ape. barangkali menghabiskan bihun dan membuta. manakala kaum perempuan, kemas2 ape yang patut dan memasak.

sekitar 7pm (tak berapa pasti sebenarnya), kami makan malam dan memulakan agenda pertama iaitu, pasar malam. see the pic...

ini pasar malam di brinchang. macam2 diborong... dari teh, strawberi kering, bantal, keychain dan macam2 la...penuh kiri kanan masing2. mujur tak hujan.


tengok dan lihatlah... makanan je kami borong.... sejuk2 ni perut cepat lapaq..

tu, aku beli monopoly :)

okey. hari pertama di cameron hanyalah ke pasar malam.. main monopoly sampai 12am. aku la tuan tanah yang berjaya :p

Thursday, February 5

.penat.sakit otak.stressed.

apakah?

sudah agak lama tidak meng'update' blog ku ini. hampir 2 bulan lamanya. banayk cerita untuk diceritakan, tapi agak membosankan andainya aku mengulangi cerita2 yang telah berlalu. hmm..
dari seawal 12am tadi aku berfikir, samada untuk delete blog ini atau tidak???

delete - sebab aku jarang sekali mengemaskinikan blog ini.
tidak - sebab kekadang aku rasa ingin menulis dan mencoret sesuatu.

hmm... agak bosanla jugak... sangat2 bosan...
esok seharusnya aku bekerja, tetapi aku amik cuti 2 hari... setelah 10 hari bercuti, dan 2 hari bekerja, esok aku bercuti semula... 5 hari... apakah?? sangat malas untuk bekerja dengan penuh dedikasi... cheh...

esok bercuti kerana agenda ku sendiri... jumaat?? malas... hua hua hua... harap2 bosku tidak membacanya...

no la... actually aku nak merehatkan otak yang berserabut nie...
my friends (dira, asma) & I organize bercuti ke cameron pada this week...

chef - dira... asma - kewangan... nani - logistik

agak la... RM1160 untuk 2 malam dan 2 unit... increase the cost +160
fuel and toll lagi... how much sebenarnya... aku tak tahu... ku kira2.. RM50 - 100... biar lebih jgn kurang...nnti semua shot!!

perkara yang agak merunsingkan pemikiran ku adalah MACAM MANA IF someone cancel the trip??? (increase the cost RM150)... if someone... IF 1,2,3,4..... mampus aku... serius...

now 14 org... agak membebankan organize benda ni...
sbnrnye xde sape suruh pun. tapi teringin nak bercuti, then i made a decision to do this trip, with helping from my frenz... thanks for listening to my pot pet pot pet...wakakakaka..

aku rasa nak bukak travel agensi la...
aku rasa nak bukak butik la...
aku rasa nak bukak kedai sewa novel la...

aku rasa nak tido la...

bosan kan post entry macam ni..actually no idea meh...
akan ku aktifkan semula daya pemikiran ku setelah pulang dari bercuti nanti...

adios!!

salam

Sunday, December 21

walimatul urus

assalamualaikum semua. dan alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menjenguk blog ku ini. kesempitan masa dan juga halangan2 lain membuatkan aku tidak sempat untuk aku menegemaskini blog ini.

lihat tajuk saja pasti tertanya-tanya kan?
jangan risau. aku bukan hendak berkahwin, tetapi bulan disember ini sahaja, setiap minggu ada jemputan perkahwinan serta tak ketinggalan juga jemputan pertunangan.

tahniah kepada sesiapa yang sudah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri. semoga melayari alam rumah tangga dalam keadaan harmoni.

tidak tahu hendak tulis apa. cemburu?? memang cemburu memandangkan ramai rakan sebaya dan seangkatan ku sudah atau bakal menjadi ister serta tunangan orang. bertunang mungkin tiada beza yang ketara, tetapi berkahwinan merupakan suatu ikatan antara suami serta isteri.

tahniah kepada afidah & husband iaitu rakan sekerja ku yang telah berlangsung pada 14 disember kelmarin. tidak lupa juga tahniah kepada rakan ku sewaktu di sekolah rendah serta sekolah menengah, maryam & husband, semalam 20hb...

tahniah juga kepada fara, zawatil & khadijah yang bakal menjadi tunangan seseorang. tahniah kalian! semoga menjaga hubungan kalian dengan aman dan damai.

aku bile ye?? tidak dapat di jawab selagi tahun 2010 belum menunjukkan mukanya...

okeylah...anak buah ku dah nyanyi lagu rock tu...

jumpa di lain entri jika ada kesempatan.

kepada yang hendak berkahwin jangan lupa menjemputku. insya Allah, tiada aral akan ku pergi jua...

TAHNIAH

Monday, December 1

:: TWILIGHT ::

okey, aku dah malas nak tulis catatan harianku sebab ku rasakan setiap minggu ianya adalah perkara yang hampir-hampir sama dan aku pun agak bosan untuk menceritakannya.

jadinya, disini, di entry ini, aku hanya ingin berkongsi tentang filem yang telah ku tonton pada ahad lepas di pawagam tgv, jusco seremban2.

TWILIGHT - 2pm - hall 4

ini adalah cerita tangkap muat sebab kami hendak menonton James Bond sebenarnya, walaupun di hujung-hujung sebab kami tidak berkesempatan untuk meluangkan masa melihat james bond. tetapi memandangkan tayangan pada pukul 5petang, kami membuat keputusan untuk menonton TWILIGHT berbanding Selamat Pagi Cinta dan IGOR...

ternyata pilihan kami itu tepat dan jasinya tidaklah membazir duit tu walaupun aku tidak membayarnya (keran dibelanja).

filem ini mengisahkan percintaan vampire... aku sambung esok pagi di pejabat la...
dah malam2 ni takut plak nak cerita pasal vampire....

good night
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...