Tuesday, April 26
:: aku gile ke? ko yg gile? ::
gile ganas entry aku kann...hah
okey.
pagi tadi bangun tido.
terasa badan ni macam dah overweight plak.
khamis ni routine check-up.
so, after salam my mak (kebiasaan sebelum g kerja), aku bergegas cari penimbang.
HAH! amik ko! 75.9 kg...
terbeliak mata aku..
within 2 weeks...2 WEEKS ok..not 2 months..
naik 3kg...mmg mampus la khamis ni kena ceramah dgn misi...
ok..
lets take a look my weights...
week 09 - 62kg
week 15 - 64kg
week 19 - 64kg
week 23 - 67kg (kena marah sebab naik 3kg dlm masa SEBULAN)
week 27 - 68kg
week 29 - 69kg
week 30 - 71.5kg
week 32 - 71.5kg
week 33 - 72.5kg
week 34 - 73kg
week 37 - ??? (aku timbang pagi tadi 75.9kg) agak2 kena ceramah ape naik 3kg within 2 WEEKS???
lets read behind the buku merah
perkara 3. pertambahan berat badan
* pertambahan berat badan sihat:
- bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama - 0.5 kg/bulan
- bagi jangkamasa kandungan seterusnya - 0.5 kg/seminggu
so...tambah tolak...sewaktu mengandung sekurang2nya kenaikan maksimum = 12.5kg..
aku skrg kenaikan dah 14kg...
memang gile kann
korang tak gile
aku je gile
minggu lepas...ntah berapa kali KFC aku makan..
dahtu hari ni nak makan KFC lagi plak tuh kann...
oh my goodness.....
tunggu je la entry aku this thursday...
P/S: mood bercelaru..camne nak kasi turun berat dlm masa 2 hari?
mustahil lah!
Wednesday, April 20
:: already 26 ::
Bersyukur kepadaMu kerana menambahkan lagi usia ku
dan masih dikelilingi suami tercinta, keluarga tersayang & rakan2 seperjuangan
dan InsyaAllah, bulan depan akan dikurniakan cahaya mata
malam tadi kami beli pizza bawak balik je (padah boleh je order kan, delivery)
menggatal nak g giant
tujuan: nak duplicate kunci dgn beli sabun
sabun dah beli...plus pau habibi mak aku kirim
lepas tu beli kek...
ingatkan lepas beli sabun & kek nak duplicate kunci
tp, time dlm giant nak byr, adik aku tepon suh beli mee
nak mencari mee tu satu hal
dahla somput den jalan ha
nasib jumpa...setelah tanye orang (nampak benor tak pernah beli barang dapur kannnn)
lepas bayar...beli kek...terus amik pizza yang diorder...
sampai rumah makan2....
adalah 4 slices aku makan + soup + salad + kek sket...
banyak gile ah
nak tidur rase nak muntah je sebab dah overload...
baby pun tak byk gerak..sebab kekenyangan KOT...
heeeehhhh...
guess what??
aku lupa nak duplicate kunci
pagi tadi nak g koreje baru terhingat...
p/s: thanks to all 4 the wishes....
i'm turn to 26 right now...and become a mother next month :D
then, my life was complete...insyaAllah
semoga berbahagia selamanya...
Monday, April 18
:: lampin moden?? ::
Ada apa dgn lampin moden?
atau CLOTH DIAPER...
atau CD...
hmm..memandangkan bulan depan aku dah nak deliver
sedang mempertimbangkan untuk menggunakan CD atau tidak
aku?
nak guna CD ni kena rajin
persoalan sekarang
aku akan jadi ibu yang rajin ke...huhuhuh
INSYA ALLAH
memandangkan aku dah decide nak bagi full BF kat anak aku nanti, kire aku rajin la tu
sebab nak kena rajin mengepam
semoga Allah perbanyakkan susu ku ini :)
pasal CD
penjimatan wang
ya...kami perlu melakukan perkara yang menjimatkan wang
dan oleh itu saya perlu rajin...
jadinya..
kepada ibu2 di luar sana...
anda ada experience menggunakan CD?
CD mana yang elok
brand lah
yang fofular sekarang LUNATOTS....
sila2 jgn malu2 bg pandangan...
terima kasih
:: moral of the day ::
Thursday, April 14
:: happy birthday EMAK ::
semoga emak dikurniakan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
dipanjangkan umur
hidup diberkati Allah
dan
dikurniakan cucu-cucu yang comel2 (heh)
"I always LOVE you MOM"
mmmmuuuaaaaahhhhh!!!!
:: kebas2 kaki dan tangan ::
:: jalan2 bersama kaki tido ::
Tuesday, April 12
:: chicken soup for the soul ::
terima kasih to rahmah sebab mengingatkan aku tentang koleksi buku2 ini CHICKEN SOUP FOR THE SOUL.
mula2 aku tertarik dgn buku ini adalah daripada rakan baik ku...cik zanariah...ada pelbagai cerita dalam 1 buku, yang bagi aku kiranya tidak membosankan (untuk memotivasi diri) kerana buku motivasi yang selalu aku tgk agak membosankan (bagi akulah)... sebab aku lagi suke baca yang berbentuk cerita... mcm buku "aku terima nikahnya" tu...
oke...dulu time sekolah nak beli..tp buku ni agak mahal (time sekolah la) sebab takde duit sendiri kannn..
NOW...
I'm working...
I should start buying all the series....
a book a month maybe...
so..i'll start from this month...
nanti dah beli aku update oke...
daaa....sebab banyak gile titles dia..
click here
Chicken soup for the soul
ok...bye3
Wednesday, April 6
:: stroller types ::
kalau boleh aku nak yang
1) of courselah boleh jadi stroller
2) yang boleh letak infant punye tempat - yg boleh jugak diusung masuk kereta
ni aku share maklumat dari baby strollers guide
aku malas nak copy & paste...so click je la link tu ye
aku letak dlm blog supaya balik rumah kang aku leh godek2
ni sekarang kat opis
nampak benar aku tak buat kerja kan
buat online shopping plak
eh..aku tak shopping
aku cari maklumat je
hahahaha
dan sebenarnye tetiba aku berkenan dengan yang ini
WALKABYE
anyone from NY or Illinois (betul ke eja) nak belikan tak?
berkurunlah jawabnye...
Monday, April 4
:: sedetik lebih ::
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
sekian, terima kasih (*-*)
Friday, April 1
:: Skim Rumah Pertamaku hanya layak untuk pekerja swasta ::
KUALA LUMPUR 31 Mac - Skim Rumah Pertamaku yang memberikan kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli muda hanya layak untuk pekerja swasta dan bukannya kakitangan awam.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kakitangan awam tidak layak memohon skim itu kerana golongan itu sudah pun mempunyai kemudahan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan.
Selain itu, katanya, para pembeli yang layak memohon juga perlulah dari kalangan warganegara Malaysia, membeli untuk rumah pertama, berumur di bawah 35 tahun dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
"Para pembeli juga perlu berjawatan tetap, telah disahkan jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan dengan majikan sama serta ansuran bulanan (di bawah skim pembelian) tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Ir. Idris Haron (BN-Tangga Batu) dan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) mengenai Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.
Awang Adek menambah, para pembeli yang layak boleh memohon pinjaman melalui 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga di antara RM100,000 hingga RM220,000, katanya.
any comments?
rerasenya kebaikan / keburukan lagi banyak daripada skim ini..
sedang dipertimbangkan...
guys...need ur opinion...
thanks...