CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 1

:: Skim Rumah Pertamaku hanya layak untuk pekerja swasta ::

KUALA LUMPUR 31 Mac - Skim Rumah Pertamaku yang memberikan kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli muda hanya layak untuk pekerja swasta dan bukannya kakitangan awam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kakitangan awam tidak layak memohon skim itu kerana golongan itu sudah pun mempunyai kemudahan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan.

Selain itu, katanya, para pembeli yang layak memohon juga perlulah dari kalangan warganegara Malaysia, membeli untuk rumah pertama, berumur di bawah 35 tahun dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

"Para pembeli juga perlu berjawatan tetap, telah disahkan jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan dengan majikan sama serta ansuran bulanan (di bawah skim pembelian) tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ir. Idris Haron (BN-Tangga Batu) dan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) mengenai Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.

Awang Adek menambah, para pembeli yang layak boleh memohon pinjaman melalui 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga di antara RM100,000 hingga RM220,000, katanya.


any comments?

rerasenya kebaikan / keburukan lagi banyak daripada skim ini..

sedang dipertimbangkan...

guys...need ur opinion...

thanks...

2 tukang komen:

Ayu said...

mcm best la! hihihi! at least ade gak utk pekerja private sector.. xde la asek utk gomen jerrkk..erkk?~ hehe!

mmm..nnti akk nk google2 lg la..nk cari info psl nih.. btw, nice layout blog nani.. matured sket.. ehehe! sesuai dgn title mum to be.. =)

fairiz ❤ ashnani = fahyim ❤ fayyad said...

kan...utk private sector...
tapi, few frens ckp this scheme lebih kurang mcm housing loan biasa je.cumenya down payment cagamas cover. tapi tak semestinya dorg nak cover.

nnti akak google2 eh pastu gtau eh..hehehe

** thanks kak.tp matured sket je ke? kang dah jadi mum tukar yg lagi matured lah.ahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...