Wednesday, November 16
:: kejadian minggu ke 2 di bulan november ::
Tuesday, October 18
:: my son turn to 5 month ::
assalamualaikum.
akhirnya dapat jugak aku curi-curi masa dekat office oppss mengupdate blog.
minggu lepas tak berkesempatan.
walhal banyak benda nak ditulis ditaip.
13 oktober 2011 genap anak kesayangan ku, Fahyim berusia 5 bulan.
sekelipan mata sahaja dah 5 bulan.
dan sepatutnya fahyim kena inject, tapi dia demam plak.bila tak jadi inject, terpaksa nurse bagi tarikh 2 minggu akan datang - 27.10.2011 dan sekaligus menyebabkan injection seterusnya delay.
nak inject pun ada delay2 bagai.
lepas pergi klinik, sekali dengan mama adeeb, kami pergi ke rumah wan adeeb di taman satria.
tengok newborn kak majie...and it's a BOY.
nampaknye ain jelah puteri hati embah & atok wan nye.
habislahhhhh!!!!
lepas pergi tengok baby, kami pergi kedai mak + abah di taman tuanku jaafar.
uminas enterprise. macam2 ado. mandian hidroterapi, homestay & tempahan baju kurung.
lepak2 sampai pukul 3 petang. semua tido kecuali aku.
pi mandi bubble lagi masyuk.
lepas tu kami pergi ke giant senawang.
makan kfc yg menyebabkan fahyim gatal2 dan jalan2 cuci mata.
hajat mencari DAHSYATNYA DOA IBU tidak kesampaian.
asyik takdo je camno?
Tuesday, October 11
:: baby bjorn ::
Monday, October 10
:: brainwash ::
.
.
.
.
.
.
ok sambung balik
:: akhirnya...tammat ::
jalan2 buang masa... tak sedar diri lagi ni ahad exam kannn...SPSS pun x siap lagi kannn....
Thursday, October 6
:: assignments....exams.... ::
Wednesday, October 5
:: addicted ::
addicted untuk berblogging semula
aktif? mungkin tidak...seminggu sekali boleh la kot kan
exam? release tensen, so blogging lah
sekarang?
mencantikkan blog
mencari blog template yang kiut miut...
sila lihat wajah baru blog saya? cantik bukan....thanks to Leelou Blogs
sila lihat blog fahyim juga...cantik tertarik menarik memang da boom kan
oklah...nak siap2 balik
hari ni balik naik bas
missed my fahyim & my hubby too...
malam ni pulun business research method!!
ohya! signature ku tak nampak plok...tgk la camne...nnti2 amend balik
Friday, September 23
hectic week....month...
blogging about Fahyim
aku mencipta satu blog khusus untuk Muhammad Nur Fahyim
so, aku takdela bercampur aduk
actually more to parenting lah...
and experience as first time mother
adios amigos!
http://gelaktawafahyim.blogspot.com/
Tuesday, September 6
:: raya datang lagi ::
Tahun ni tahun pertama beraya sebagai ibu. Beraya bertiga -aku-fairiz-fahyim-... betapa indahnya dunia..aku yang terexcited nak beraya dgn fahyim. mana taknya, budak tu mana ada feeling nak raye2 nih...ibu terlebih sudah...
malam raya aku menggosok apa yang patut, mengemas apa yang patut kerana malam pertama dan kedua raya kami bermalam di kampung gedung lalang...
semasa ayah pergi sembahyang raya ibu mandikan fahyim, pakaikan pampers, bagi susu dan dia pun tido (dengan nyenyaknye nak2 bila berpampers sahaja)...sempatla ibu siap2 ape yg patut...smpai kami semua bersalam2 dan bermakan2...si fahyim masih tido lagi di dalam strollernye lengkap berbaju melayu..tak lengkap manalah... samping + songkok takde...
seusai makan, kami bergerak ke kampung yang letaknya hanya 5 minit sahaja dari rumah..heh..
kami beraya2.. mujur fahyim tak meragam sangat... (sangatlah)...
raye ke2 kami ke jelebu dan rumah tok busu...malam ke rumah mak andak...
raye ke3 kami bergerak ke chenderong balai, perak...dan transit di rumah atok di taman koperasi polis gombak...bila dalam kereta aku la paling gumbira kerana fahyim akan tidur dengan nyenyaknye di car seat dia..dari tol jalan duta sehingga ke chenderong balai fahyim tido dengan jayanya...
sampai di kampung ayahnye buat lemang bersama pakcik2 dan embah2 yang lain..mlm kami ke teluk intan..daku terkenan sama McDonald..walhal beli nugget je pun..haih!...
si fahyim sepanjang perjalanan tak tau duk diam...happy semacam je..tpi bila nak balik pengsan sudah...
raya ke4 kami ke batu gajah rumah kawan ayahnye...
raya ke5 kami pulang ke seremban...transit di sg buloh & pd...
balik2 ibu collapse...ayah lagila collapse...fahyim main sorang2...ahaha..
udah2...dah 215...curi2 update blog time koje...nak p solat...bye2
Friday, August 5
Saturday, July 30
:: uits ::
Tuesday, May 31
:: 13 May 2011 ::
Thursday, May 12
Thursday, May 5
:: pengangguran bermula ::
Tuesday, April 26
:: aku gile ke? ko yg gile? ::
gile ganas entry aku kann...hah
okey.
pagi tadi bangun tido.
terasa badan ni macam dah overweight plak.
khamis ni routine check-up.
so, after salam my mak (kebiasaan sebelum g kerja), aku bergegas cari penimbang.
HAH! amik ko! 75.9 kg...
terbeliak mata aku..
within 2 weeks...2 WEEKS ok..not 2 months..
naik 3kg...mmg mampus la khamis ni kena ceramah dgn misi...
ok..
lets take a look my weights...
week 09 - 62kg
week 15 - 64kg
week 19 - 64kg
week 23 - 67kg (kena marah sebab naik 3kg dlm masa SEBULAN)
week 27 - 68kg
week 29 - 69kg
week 30 - 71.5kg
week 32 - 71.5kg
week 33 - 72.5kg
week 34 - 73kg
week 37 - ??? (aku timbang pagi tadi 75.9kg) agak2 kena ceramah ape naik 3kg within 2 WEEKS???
lets read behind the buku merah
perkara 3. pertambahan berat badan
* pertambahan berat badan sihat:
- bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama - 0.5 kg/bulan
- bagi jangkamasa kandungan seterusnya - 0.5 kg/seminggu
so...tambah tolak...sewaktu mengandung sekurang2nya kenaikan maksimum = 12.5kg..
aku skrg kenaikan dah 14kg...
memang gile kann
korang tak gile
aku je gile
minggu lepas...ntah berapa kali KFC aku makan..
dahtu hari ni nak makan KFC lagi plak tuh kann...
oh my goodness.....
tunggu je la entry aku this thursday...
P/S: mood bercelaru..camne nak kasi turun berat dlm masa 2 hari?
mustahil lah!
Wednesday, April 20
:: already 26 ::
Bersyukur kepadaMu kerana menambahkan lagi usia ku
dan masih dikelilingi suami tercinta, keluarga tersayang & rakan2 seperjuangan
dan InsyaAllah, bulan depan akan dikurniakan cahaya mata
malam tadi kami beli pizza bawak balik je (padah boleh je order kan, delivery)
menggatal nak g giant
tujuan: nak duplicate kunci dgn beli sabun
sabun dah beli...plus pau habibi mak aku kirim
lepas tu beli kek...
ingatkan lepas beli sabun & kek nak duplicate kunci
tp, time dlm giant nak byr, adik aku tepon suh beli mee
nak mencari mee tu satu hal
dahla somput den jalan ha
nasib jumpa...setelah tanye orang (nampak benor tak pernah beli barang dapur kannnn)
lepas bayar...beli kek...terus amik pizza yang diorder...
sampai rumah makan2....
adalah 4 slices aku makan + soup + salad + kek sket...
banyak gile ah
nak tidur rase nak muntah je sebab dah overload...
baby pun tak byk gerak..sebab kekenyangan KOT...
heeeehhhh...
guess what??
aku lupa nak duplicate kunci
pagi tadi nak g koreje baru terhingat...
p/s: thanks to all 4 the wishes....
i'm turn to 26 right now...and become a mother next month :D
then, my life was complete...insyaAllah
semoga berbahagia selamanya...
Monday, April 18
:: lampin moden?? ::
Ada apa dgn lampin moden?
atau CLOTH DIAPER...
atau CD...
hmm..memandangkan bulan depan aku dah nak deliver
sedang mempertimbangkan untuk menggunakan CD atau tidak
aku?
nak guna CD ni kena rajin
persoalan sekarang
aku akan jadi ibu yang rajin ke...huhuhuh
INSYA ALLAH
memandangkan aku dah decide nak bagi full BF kat anak aku nanti, kire aku rajin la tu
sebab nak kena rajin mengepam
semoga Allah perbanyakkan susu ku ini :)
pasal CD
penjimatan wang
ya...kami perlu melakukan perkara yang menjimatkan wang
dan oleh itu saya perlu rajin...
jadinya..
kepada ibu2 di luar sana...
anda ada experience menggunakan CD?
CD mana yang elok
brand lah
yang fofular sekarang LUNATOTS....
sila2 jgn malu2 bg pandangan...
terima kasih
:: moral of the day ::
Thursday, April 14
:: happy birthday EMAK ::
semoga emak dikurniakan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
dipanjangkan umur
hidup diberkati Allah
dan
dikurniakan cucu-cucu yang comel2 (heh)
"I always LOVE you MOM"
mmmmuuuaaaaahhhhh!!!!
:: kebas2 kaki dan tangan ::
:: jalan2 bersama kaki tido ::
Tuesday, April 12
:: chicken soup for the soul ::
terima kasih to rahmah sebab mengingatkan aku tentang koleksi buku2 ini CHICKEN SOUP FOR THE SOUL.
mula2 aku tertarik dgn buku ini adalah daripada rakan baik ku...cik zanariah...ada pelbagai cerita dalam 1 buku, yang bagi aku kiranya tidak membosankan (untuk memotivasi diri) kerana buku motivasi yang selalu aku tgk agak membosankan (bagi akulah)... sebab aku lagi suke baca yang berbentuk cerita... mcm buku "aku terima nikahnya" tu...
oke...dulu time sekolah nak beli..tp buku ni agak mahal (time sekolah la) sebab takde duit sendiri kannn..
NOW...
I'm working...
I should start buying all the series....
a book a month maybe...
so..i'll start from this month...
nanti dah beli aku update oke...
daaa....sebab banyak gile titles dia..
click here
Chicken soup for the soul
ok...bye3
Wednesday, April 6
:: stroller types ::
kalau boleh aku nak yang
1) of courselah boleh jadi stroller
2) yang boleh letak infant punye tempat - yg boleh jugak diusung masuk kereta
ni aku share maklumat dari baby strollers guide
aku malas nak copy & paste...so click je la link tu ye
aku letak dlm blog supaya balik rumah kang aku leh godek2
ni sekarang kat opis
nampak benar aku tak buat kerja kan
buat online shopping plak
eh..aku tak shopping
aku cari maklumat je
hahahaha
dan sebenarnye tetiba aku berkenan dengan yang ini
WALKABYE
anyone from NY or Illinois (betul ke eja) nak belikan tak?
berkurunlah jawabnye...
Monday, April 4
:: sedetik lebih ::
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
sekian, terima kasih (*-*)
Friday, April 1
:: Skim Rumah Pertamaku hanya layak untuk pekerja swasta ::
KUALA LUMPUR 31 Mac - Skim Rumah Pertamaku yang memberikan kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli muda hanya layak untuk pekerja swasta dan bukannya kakitangan awam.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kakitangan awam tidak layak memohon skim itu kerana golongan itu sudah pun mempunyai kemudahan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan.
Selain itu, katanya, para pembeli yang layak memohon juga perlulah dari kalangan warganegara Malaysia, membeli untuk rumah pertama, berumur di bawah 35 tahun dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
"Para pembeli juga perlu berjawatan tetap, telah disahkan jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan dengan majikan sama serta ansuran bulanan (di bawah skim pembelian) tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Ir. Idris Haron (BN-Tangga Batu) dan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) mengenai Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.
Awang Adek menambah, para pembeli yang layak boleh memohon pinjaman melalui 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga di antara RM100,000 hingga RM220,000, katanya.
any comments?
rerasenya kebaikan / keburukan lagi banyak daripada skim ini..
sedang dipertimbangkan...
guys...need ur opinion...
thanks...
Thursday, March 31
:: penangan chocolate ::
tadi kata duit bulan ni ngam2 soi kan.
oke.
tadi dah tengok gaji.
so, daripada bajet yang dibuat, duit gaji tu terlebih RM30.
tak banyak pun.
sehari kegunaan sewaktu bekerja.
heh...
aku beli coklat.
black forest.
adik aku cakap
"makanlah 1 hari 1 bar"
sekarang, dah separuh coklat tu aku belasah.
tak sempat der nak tunggu esok eh.
ahahaha...
maaf ye tak jemput orang lain makan.
tetiba kempunan ceklat plak.
sebab duk pk tak dpt beli cadbury snack itu.
wait n see la apa jadi on next monday.
did I BUY or NOT???
guess???
:: kakiku yang sakit ::
sakit. sakit kaki. saya sakit kaki. sekarang ni lah.
ape nak buat eh. bukan sebab cramp.. Alhamdulillah dah 3 malam tak cramp..
cuma pagi ni, ada tersalah pusing kot..
terus sakit.. dekat lutut.. kalau nak duduk tu memang sakitlah.. nak solat, time duduk antara 2 sujud tu memang sakit..
ape nak buat ni.
waduh2
bikin kaget saje
oh ye. hari ni dah gaji.
tapi duit gaji bulan ni ngam2 soi.
makanya, ketepikanlah cadbury snack itu.
oh tidak!!!
anyone want to treat me? buy for me lah!
oh ye.
aku dah apply leave for my maternity
1 May - 8 July (dont know yet is it approve or not)
sekian.
Tuesday, March 29
:: my baby ::
semalam. balik kerja menaiki kenderaan awam. bas lah ape lagi kan. sampai rumah 745pm. segera menunaikan solat maghrib. mandi. dan berehat. aku berehat serba tak kena. baring atas katil. pindah. baring atas carpet. laki aku tengok jelah.
kebiasaannya balik kerja kalau aku berehat (berbaring), baby mesti akan sangat aktif.
semalam pun sama. aktif. mula2 duk tendang2... tapi aku tak pasti dia tendang ke ape.. sebab macam rasa jantung yang laju dekat perut ku ini. lepas tu mula la dia bergerak2. memang nampak pergerakan dia. bergerak2 perut ku. Ya Allah. terima kasih kerana memberikan aku perasaan ini, dan berpeluang membawa zuriat di dalam rahim ku ini.
aku terlentang. tetap aktif bergerak.
aku mengiring ke kiri. pun sama... lagi banyak dia bergerak.
aku mengiring ke kanan. pun sama jugak.
tetiba teringat misi cakap. kalau bergerak non-stop 5 minit, kemungkinan dia terbelit dengan tali pusat.
ya Allah...aku dah risau dah... air mata dah ngalir dah ni...
pastu laki aku datang...
tolong dengar...dia kata bukan jantung... baby tendang2 (either by hand / leg)
pastu bukan main terkejut lagi dia tengok baby bergerak dalam perut aku...
:) pengalaman ni, masa ni, insyaAllah akan berulang lagi kan...
"baby tak selesa kot... tgh cari port"
ye la kot.... aku turun makan dekat kul 9... lepas makan baru dia senyap..
"baby lapar kot...."
ahahaha.... ada masa hampir 8 minggu lagi baby nak duduk dalam rahim aku...
lepas ni dah keluar tengok dunia...jumpa ibu dan ayah ye...
tak sabar nak jumpa baby ;)
Monday, March 28
:: appreciation day + babies ::
sabtu.aku dan suami ke MIECC. bersebelahan dengan MINES, serdang. ada Appreciation 87Ki Honda. aktiviti dia, makan + main game + tengok persembahan artis je. memang tertutup habislah. semua between 4 walls.
kami sampai awal jugaklah. tupun ada yang kata "rumah dekat pun datang lambat ke?" rileks la. kata registration start 9.30. kami datang 9.00 kire awal lah tu..ahahaha...
lepas tu aku ditinggalkan keseorangan sebab suami ku salah seorang penerima award - long service.. kat honda ni long service dia 5 tahun.
aku pun tercangak2 masuk hall. honda biasalah. berkonsepkan duduk & bersila... ni dgn VVIP pun duduk bersila. seb baik org jepun ni tak kisah duduk2 ni (agaknyelah). yelah, kat jepun pun diorg makan bersila je kan.
emcee pembukaan adalah kak engku. sangat comel oke. daripada aku bosan duk sorang2, dah tak bosan dah. lawak la kak engku ni. heh... sekali dengan kak engku adalah chad hotfm dgn emi radio melaka. so fun, even between 4 walls.
habis je perasmian... gedebush!! belon2 kat atas stage semua jatuh... dan2 je time tu aku rasa berlambak2 plak belon jatuh atas aku.. rupe2nya aku duduk betul2 bawah belon kat tempat penonton. miahahaha... pastu faham2 jelah... mamat2 ni g letop2kan belon tu. apa lagi. melompat2 baby aku dalam perut ni.ahahaha...
kirenya bagi aku ok lah. tak memenatkan aku. duduk je kan appreciation day dorg. sepatutnya kami nak blah kul 12 nak g wedding di melaka + tengok baby2 kat melaka. at last, cancel. laki aku cakap "kita lepak sini sampai petang la"... aku dah agak dah... ahahaha...
ahad. bangun je kami g pasar (1st time g pasar ni beli sayur2 dan lauk bagai)... hahaha.. balik, laki aku mulakan mission dia, bukak "car wash".. aku jadi baby sitter jaga adeeb n ain..sampai aku pun ngantuk.. naik bilik aku tido sampai 130... nak tolong laki aku memang tak larat lah. panas2 camtu basuh kereta. kalau sebijik takpe... 2 bijik dia bantai... nasib bukan 4 bijik... dia kata lagi 2 bijik tu minggu depan. heh...
dia masuk bilik, aku bangun...pindah tido atas katil...dia lak sambung tengok laptop (kebiasaan dia sekarang)...heh...
sedar2 dia kejut suruh siap2... oh ye. kami nak ke melaka tengok baby kawan dia, and baby ayush...
so cute their babies... both are boys...
both moms were ceaser... me? insyaAllah normal...
tapi cerita ayush la paling ngeri aku pernah dengar... sampai 4 hari dia kontraksi.. sebab jalan tak bukak.. pergh... takut lak ai...tu yang last2 dia ceaser tu...hmmm..mudah2an segala2nya dipermudahkan buat aku...amin...
moral of the story daripada banyak org...air selusuh ke..segala benda yang disuruh makan + minum ke... semuanya depend to individual...
amalan sekarang...teruskan dengan bacaan ayat2 suci al-quran... itu sebaik2nya...
SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN BUATKU YA ALLAH...Amin..
Friday, March 25
:: kesedihan seorang kanak2 ::
tapi mulut..masyaAllah...becok macam mak nenek...
membebel je...cerewet je...
alkisahnya
semalam kami sekeluarga pergi hantar abah,emak,atok & zila ke KLIA
untuk menunaikan umrah
insyaAllah kembali ke tanah air pada 4 april ini
ain, macam biasa dia akan berkepit dengan embah lanang (abah) & embah wedok (emak)
hari rabu malam dah bagitau dia yang kita nak hantar embah g mekah..
dia oke je
dekat KLIA dia la yang sibuk menarik beg (beg macam beg sekolah tu)
sewaktu abah, mak, atok & zila nak check-in
mula2 dia salam embah lanang...macam biasa je
pastu dia salam mak zila...mak zila peluk dia...
mulut dia dah cebik2 (hati dia kita x dpt nak baca)
tengok dia je pun aku dah sebak
lepas tu dia salam embah wedok...embah peluk dia...
terus dia meraung...nangis...
yang aku perasan, sebelum dia peluk embah...
dia berdiri kat sebelah beg yang dia tarik tu
tunduk je..dah cebik2...dah sedih dah muka
beria dia nangis...
lepas tu dapat tengok kapal terbang terus senyap
membebel tak ingat dunia..hehehe
tula kan...kite semua tak tau apa yang dia rasa
mungkin dia pelik kot semua salam2...peluk2...
selalu nak g jalan takdelah sampai macam tu...
hmmm...
emak dah pesan awal2..kalau ain kangen same embah, selimut kat bilik ada...
malam tadi dia dah tanye...
"mana embah?"
nasib tak nangis...kang haru plak...
semoga semua yang berada di tanah suci sihat dan selamat hendaknya
kami doakan kalian dalam keadaan sihat....
Wednesday, March 23
:: ape ape aje ::
nanti lepas lunch saya update blog saya ye
huarggghhhh!!!!
sangat tidak tahan...
i need bed & pillow....extra bonus if have blanket..
Thursday, March 3
:: Alhamdulillah ::
Semalam aku pergi checkup biasa, checkup dgn pakar dan MGTT...gile kan...dan aku pun jadi weng semalam sampai laki aku bising...hahaha..mana x weng...tiga benda nak buat dalam masa yang sama.
Al Kisahnya...
pukul 745 sampai sebab MGTT kena seawal 8pagi...nama aku 840 baru dia panggil...amik darah + minum air gula...tak sampai 2 minit aku dah habiskan...tak kuasa nak terkedek2 habiskan air gula tu..ingat sedap ke duk tgk lama2...yarks!... thanks abg sudi temankan...
and then kalau ikut nurse dekat kaunter tu kena MGTT dulu, checkup dgn JM baru jmpa pakar. Nurse yg handle MGTT suh aku jmpa pakar dulu. lagipun waktu nurse bilik doktor tu call dia mmg suh jmpa pakar lepas minum air gula.
aku pun g la jmpa doc pakar... (yang tak berapa nak pakar kot)...sebab time scan tu dia leh tanye camni "uri awak memang kat bawah ke?" aku diam jelah...awak pakar, awaklah yang tau... last2 ayat dia "saya refer awak pada dr pakar kat GH lah".. sudah...habis yang aku ngadap ni ape? hush...buang masa lah...dah bikin aku lagi kalut..lemah semangat ku ini..
habis jmpa pakar aku g kaunter balik tye nurse tu..nak buat checkup biasa ke tak? atau bg next appointment...dia dgn confidentnya... "kena buat lah dik"..buat jelah...
bila dah timbang....dah check urin pergilah jumpa JM. time check urin, akak tu tanye "dik, ko koncing manis ke?" aku pun macam blur2 kejap...dahlah lapar ni... "aaa...tadi buat MGTT tu kot".. pastu akak tu jawab "dah buat MGTT takyah la buat ni lagi"...entah..aku cakap thanks, terus belah....time jumpa JM plak... "nape check dgn saya? dah check dgn pakar tu dah ok lah..kitorg check benda sama je...pakar tu details lagi...sian awak lama2 kat sini...minum air gula lagi" .. aku sengih jelah...aku yg jadi mangsa...korang pun sesama korang bukan bagi arahan yang sama... "akak tu dah pening kot dik".. takpelah kak..buat jelah....
balik umah MIL, rehat sekejap...sebab kul 2 nak pergi jumpa Dr Sukhilmi.
Al Kisahnya pulak
Dr : Apa khabar? Sihat? Macam mana...
Aku : Sihat...tadi check dgn klinik, dia kata uri kat bawah...
Dr : Ye ke? hish...dorg ni selalu takutkan patient lah...jom kite check
Aku sengih jelah...check punye check
Dr : Ok je...awak tengok ni (sambil dia explain mana uri, kepala baby, jalan baby nak keluar) terang dan nyata...
Aku : Owh... (scanner dorg kabur kot - dlm hati je)
Dr : Ok.takde masalah. nanti next month datang balik check dgn saya...awak boleh g shopping..
hahahaha....baguskan doktor ni.... selalu org kata private yg nak amik untung lebih...tp Dr ni tak...takdelah menakutkan aku pun..semangat aku datang balik...
laki aku sengih jelah tengok aku...kalau tak tu macam org ape ntah...hilang semangat...
thanks to Dr Sukhilmi...ape2 pun 16 Mac ni tetap kena g jmpa doktor pakar yg kat GH tu ;)
adios...
p/s: kalau rasa tak betul @ tak puas hati, go for 2nd opinion....
Alhamdulillah, shukran jazilan ya Allah...
Tuesday, March 1
:: ain insyirah ::
adalah semalam.
memanglah.
sebenarnye nak cerita pasal anak buah aku ni ha.
ain insyirah namanya.
macam takde entri lain kan.
saje...tetiba rindu kat ain...
malam tadi aku dgn fairiz nak pergi Jusco.
Tujuan: bayar bil maxis, beli hot choc & apple, beli white board
sebelum pergi, ain dah nampak dah...
terus dia datang...
ain: Mak nani nak pergi mana?
aku: gi jusco lah
ain: nak ikut!
aku: tak boleh... tak kuasa la mak nani nak kejar ko sorang2
ain: waaaaaaaaaaaa....terus menangis
(kalau mak nani tak mengandung, mak nani dah bawaklah ain)
on the way...telefon bunyi...
zila: mak nani beli donut ye
ain: bukanlah...mak nani beli mainan tau!
sampai jusco...nak beli ape untuk ain ni...
belikan donut...kang dia kata bukan mainan...
penyudahnya aku beli sebungkus belon..adalah 10 keping dalam tu...
sampai rumah, sebaik fairiz bukak pintu
ain: beli ape tu? (dah terjenguk kat pintu dah....hahahaha)
fairiz: nah! donut....
ain: ni bukan mainan...ain nak mainan lah
aku: nah belon...boleh?
ain: boleh...mekasih...pastu cam biasa dah dapat habuan dia kiss la aku...
al kisahnye...hahaha...
pastu habis dia buli semua orang ajak main belon dgn dia...
riuh rendah
tapi adeeb buat dek je...membuta tak ingat dunia....
sekian....next entry....
Thursday, February 24
:: ketidakselesaan semasa kehamilan ::
First of all thanks to kak engku.. share info ye.. since lately ni saya selalu cramp pada kaki... so just to post here and remind for me in future...
Anda mungkin mengalami pelbagai ketidakselesaan semasa hamil. Walaupun merisaukan anda, ini adalah perkara biasa. Kebanyakkan daripada ketidakselesaan ini disebabkan oleh perubahan hormon atau badan anda mengalami lebih tekanan daripada biasa semasa hamil. namumbegitu, anda perlu mengambil berat beberapa simptom. Oleh itu, hubung doktor anda jika anda mengalami sebarang aduan berikut:
Gusi Berdarah (memang dari dulu gusi aku berdarah time gosok gigi)
Gusi anda menjadi lebih lembut dan mudah cedera semasa kehamilan. Gusi anda mungkin membengkak, menyebabkan plak terkumpul pada dasar gigi. Ini akan mengakibatkan penyakit gusi dan pereputan gigi.
Simptom:
- Gusi berdarah, terutamanya selepas anda memberus gigi.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berus dan flos gigi anda dengan sempurna selepas makan.
- Berjumpalah dengan doktor gigi anda. Rawatan adalah percuma sepanjang kehamilan tetapi anda tidak sepatutnya mengambil x-ray atau ubat bius yang umum.
Sesak Nafas
Pada peringkat akhir kehamilan, bayi yang membesar mengenakan tekanan ke atas diafragma anda, menghalang anda daripada bernafas dengan bebas. Keadaan ini pulih kira-kira sebulan sebelum pelahiran apabila kepala bayi turun ke ruang pelvik. Sesak nafas juga boleh disebabkan oleh penyakit anemia.
Simptom:
- Sesak nafas apabila anda membebankan diri anda atau apabila bercakap.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehatlah sebanyak mungkin.
- Cuba meringkuk jika tidak ada kerusi di sekitar anda dan anda berasa sesak nafas.
- Gunakan satu lagi bantal tambahan pada waktu malam.
- Sekiranya anda tiba-tiba sesak nafas ketika menaiki tangga, cuba meringkuk. Pegang susur tangga.
- Sekiranya masalah anda ini serius, berjumpalah dengan doktor atau bidan anda.
Sembelit (time pregnant ni Alhamdulillah tak sembelit plak...)
Hormon kehamilan progesteron mengendurkan otot usus. Oleh itu, pergerakan usus anda diperlahankan, menyebabkan anda lebih berkemungkinan mengalami sembelit.
Simptom:
- Pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap daripada biasa.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Makan makanan berserabut tinggi dengan banyak dan minum banyak air. Pergilah ke tandas sekerap yang anda perlu.
- Bersenam dengan tetap.
- Ambil zat besi tambahan yang diperskribkan selepas anda makan, bersama-sama air yang banyak.
- Berjumpalah dengan doktor jika masalah berterusan. Elakkan pengambilan julap.
Kekejangan (kadang2 la...tapi lately ni kaki kanan dah sakit2)
Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.
Simptom:
- Kontraksi otot yang menyakitkan, biasanya pada anak betis dan kaki. Ini kerap berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula apabila anda meregangkan kaki dengan jari kaki mengarah ke bawah.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Urut anak betis atau kaki yang kejang.
- Untuk mendapatkan kelegaan daripada kekejangan yang menyakitkan, tarik kaki ke atas ke arah anda dan urut anak betis dengan kuat.
- Selepas sakit anda hilang, berjalanlah seketika untuk menggalakkan peredaran darah.
- Berjumpalah dengan doktor yang mungkin mempersribkan zat tambahan kalsium dan vitamin D.
Berasa Pitam
Tekanan darah anda lebih rendah semasa hamil, menyebabkan anda lebih berkemungkinan bersa pitam.
Simptom:
- Berasa pening dan tidak stabil. Anda perlu duduk atau baring.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Cuba jangan berdiri terlalu lama.
- Jika anda berasa pitam, duduk dan letak kepala di antara lutut sehingga anda berasa lebih baik.
- Selepas mandian di tab mandi atau baring, berdirilah dengan perlahan. Sekiranya anda berbaring menelentang, mengiring terlebih dahulu.
Kerap Membuang Air Kecil (of course)
Disebabkan oleh rahim yang menekan pundi kencing. Keadaan ini pulih pada bulan pertengahan kehamilan.
Simptom:
- Anda perlu membuang air kecil dengan kerap.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Jika anda terpaksa bangun pada tengah malam untuk pergi ke tandas, jangan minum banyak air sebelum tidur.
- Berjumpalah doktor jika anda berasa sakit kerana anda mungkin mengalami jangkitan.
Pedih Ulu Hati
Injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).
Simptom:
- Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan makan dengan banyak, makanan yang terlalu pedas, atau makanan yang bergoreng.
- Pada waktu malam, cuba minum susu panas dan tinggikan bahagian atas katil atau gunakan lebih daripada sebiji bantal.
- Pedih ulu hati dan tidak dapat tidur, susunan bantal berlapis adalah lebih selesa jika anda mengalami masalah pedih ulu hati atau tidak dapat tidur.
Pelepasan Air Kencing Secra Tidak Sengaja
Disebabkan oleh otot dasar pelvik yang lemah dan bayi yang semakin membesar menekan pundi kencing.
Simptom:
- Pelepasan air kencing secara tidak sengaja apabila anda berlari, batuk, bersin atau ketawa.
- Buang air kecil dengan kerap.
- Latihlah senaman dasar pelvik anda dengan kerap.
- Elakkan sembelit dan mengangkat benda yang berat.
Muntah
Biasanya merupakan tanda pertama kehamilan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan menjadi lebih teruk jika anda keletihan. Rasa loya biasanya hilang selepas minggu 12, tetapi adakalanya kembali semula.
Simptom:
- Berasa loya, biasanya apabila terhidu makanan tertentu atau asap rokok. Kebanyakkan wanita mendapati bahawa simptom berlaku pada masa tertentu dalam sehari.
- Cuba makan sesuatu untuk mengelakkan rasa loya.
- Untuk meredakan rasa loya, cuba makan biskut, roti bakar atau buah-buahan. Biskut berhalia atau air halia juga boleh membantu anda, begitu juga dengan air mineral.
- Elakkan makanan dan bau yang membuat anda berasa loya.
- Makan sedikit tetapi dengan kerap sepanjang hari.
- Untuk meredakan rasa loya, cuba makan biskut, roti bakar atau buah-buahan. Biskut halia atau air halia juga boleh membantu anda, begitu juga dengan air mineral.
Buasir
Tekanan daripada kepala bayi menyebabkan vena disekeliling anus anda membengkak. Keadaan bertambah buruk apabila anda memaksa diri membuang air besar. Buasir yang tidak serius biasanya hilang tanpa perlu dirawat selepas bayi dilahirkan.
Simptom:
- Berasa gatal, sakit atau berlaku pendarahan apabila anda cuba membuang air besar.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan sembelit
- Cuba jangan berdiri terlalu lama.
- Bungkusan ais (kacang pea beku yang diisi dalam beg politena berikat) yang diletakkan pada buasir mungkin mengurangkan gatal.
- Jika buasir berterusan, berjumpalah doktor atau bidan yang mungkin akan memberi anda minyak sapu.
Ruam
Biasanya berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan sentiasa berpeluh. Boleh juga disebabkan oleh perubahan hormon.
Simptom:
- Ruam berwarna merah, biasanya timbul pada lapisan kulit yang berpeluh di bawah buah dada atau di topang.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Sentiasa basuh dan keringkan bahagian ini. Gunakan sabun tanpa pewangi.
- Legakan kulit dengan losyen kalamin.
- Pakai pakaian kapas yang longgar.
Sukar Untuk Tidur
Anda mungkin menghadapi masalah ini kerana bayi anda menendang anda, anda kerap pergi ke tandas, atau saiz bonjolan anda menyebabkan anda berasa tidak selesa di atas katil. Doktor anda mungkin enggan memperdskribkan pil tidur.
Simptom:
- Sukar untuk tidur dan apabila terjaga daripada tidur, sukar untuk tidur semula. Sesetengah wanita mengalami mimpi ngeri tentang kelahiran bayi mereka. Anda tidak perlu risau akan mimpi anda kerana mimpi bukan jangkaan apa yang akan berlaku.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Membaca, senaman ringan untuk relaks atau mandi air panas sebelum tidur, dapat membantu anda tidur.
- Cuba gunakan lebih daripada sebiji bantal. Jika anda tidur mengiring, letakkan bantal di bawah paha anda.
Kesan Regangan
Ini berlaku apabila kulit anda meregang melebihi kekenyalannya yang biasa. Pertambahan berat yang berlebihan juga mengakibatkan kesan ini. Kesan ini jarang hilang, tetapi mungkin pudar menjadi jalur nipis berwarna keperak-perakan.
Simptom:
Tanda merah, yang ada kalanya muncul ada kulit paha, perut atau buah dada semasa kehamilan.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan pertambahan berat badan yang terlalu pantas
- Menyapu pelembap pada kulit mungkin menyejukkan serta melegakan walaupun krim dan ubat sapu tidak akan mengelakkan atau memulihkan kesan regangan
Berpeluh
Disebabkan oleh perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah sepanjang kehamilan
Simptom:
Berpeluh selepas menggunakan sedikit tenaga atau terjaga pada waktu tengah malam dalam keadaan panas dan berpeluh
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Pakai pakaian kapas yang longgar, elakkan fabrik buatan manusia
- Minum banyak air
- Buka tingkap pada waktu malam/buka 'aircond' jika ada
Buku Lali Dan Jari Tangan Bengkak
Sesetengah bengkakan (edema) merupakan perkara biasa semasa kehamilan kerana badan menyimpan lebih banyak air. Ini biasanya tidak perlu dirisaukan
Simptom:
Sedikit bengkakan pada buku lali, terutamanya apabila cuaca panas dan pada penghujung jari. Sepatutnya, ini tidak akan menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa. Anda juga mungkin menyedari keadaan jari tangan anda yang kaku dan membengkak pada waktu pagi, dan cincin anda tidak muat dipakai
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehat dengan meletakkan kaki ke atas
- Cuba senaman kaki yang ringan, Pegang tangan anda di atas kepala, gerakkan sendi, dan regangkan setiap jari
- Berjumpalah dengan doktor atau bidan anda. Tanda kebengkakan yang berlebihan mungkin merupakan penyakit pre eclampsia
Seriawan
Perubahan hormon kehamilan meningkatkan peluang anda menghidap seriawan. Adalah penting penyakit ini di rawat sebelum bayi anda dilahirkan kerana ini mungkin berjangkit ke mulutnya dan menyebabkan sukar untuk memberinya makanan. Mencuci dengan sabun boleh memburukkan lagi masalah ini
Simptom:
Lelehan pekat berwarna putih keluar dan berasa sangan gatal. Anda juga mungkin berasa sakit apabila membuang air kecil
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Hentikan penggunaan sabun jika anda berasa sakit
- Masukkan sedikit dadih biasa ke dalam faraj dengan menggunakan jari
- Elakkan penggunaan seluar dalam daripada nilon, seluar panjang yang ketat, serta semburan penghilang bau untuk faraj
- Berjumpa dengan doktor, yang mungkin memperskribkan krim atau 'vaginal pessary'
Keletihan
Disebabkan oleh kehamilan yang membebankan badan anda. Ada kalanya juga disebabkan oleh kerisauan.
Simptom:
Berasa penat dan berasa hendak tidur pada siang hari. perlu tidur lebih lama pada waktu malam
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehat sebanyak mungkin dan berlatihlah senaman untuk relaks
- Tidur lebih awal
- Jangan bekerja terlalu keras
Lelehan Faraj
Anda mungkin akan mendapati meningkatnya mukus yang dihasilkan oleh faraj disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan
Simptom:
Lelehan faraj yang jernih dan putih meningkat sedikit, tetapi tidak menyakitkan
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan semburan penghilang bau untuk faraj atau sabun yang berpewangi
- Pakailah tuala wanita yang ringan
- Berjumpalah dengan doktor jika anda berasa gatal, sakit atau lelehan yang keluar berwarna atau berbau busuk
Vena Varikos
Anda lebih berkemungkinan mengalami masalah ini pada kehamilan yang lebih lewat sekiranya berat badan anda berlebihan atau anda mewarisinya daripada keluarga anda. Masalah ini bertambah buruk jika anda berdiri terlalu lama atau duduk dalam keadaan kaki bersilang.
Simptom:
Kaki yang sakit; vena pada anak betis dan paha menjadi sakit dan membengkak
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehat dalam keadaan kaki di atas, Cuba naikkan kaki katil anda dengan menggunakan bantal
- Seluar getah ketat yang berpenyokong mungkin dapat membantu anda. Pakai sebelum anda bangun pada waktu pagi
- Lakukan senaman untuk kaki